Lebih 20 juta artifak. Bayangkan. Segala kerja penyelidikan dan keilmuan selama 200 tahun musnah begitu sahaja.

Antara koleksi disimpan di muzium tertua di Brazil itu termasuk karya seni dan artifak dari era Greco-Roman dan Mesir, selain turut menempatkan fosil manusia tertua yang ditemui di sempadan Brazil, dikenali sebagai ‘Luzia’.

Gambar yang dilampirkan ini adalah dari status Flavia Zanutto yang memetik kenyataan dari Fábio Duarte, seorang pakar linguistik Brazil tentang bagaimana koleksi berkaitan bahasa pribumi sejak tahun 1958 musnah dalam kebakaran ini. Ia membayangkan kehilangan itu, umpama peta Brazil juga turut membakar hangus bersama-sama berjuta memori dan khazanah silam yang disayang-sayang itu.

“Nothing was saved from Linguistics. We’ve lost everything in the Indigenous Languages Archive: the recordings from 1958 forward, the songs in many languages without living speakers, the collection of Curt Nimuendajú: papers, photos, negatives, the original ethno-historico-linguistic map with the locations of all of the ethnic groups in Brazil, the only record that we have from 1945. The ethnographic and archaeological records of the various ethnic groups of Brazil from the sixteenth century forward…In all, an irreparable loss for our historical memory. It hurts so much to see everything in ashes.”

(Fábio Duarte)

Kebakaran di Muzium Nasional Brazil ini memberikan kita banyak iktibar dan pelajaran. Artifak dan bahan-bahan arkib boleh musnah dan hilang dalam pelbagai bencana, seperti kebakaran dan perang. Mungkin anda masih ingat bagaimana tentera Amerika memasuki Muzium Nasional di Iraq ketika perang tahun 2003 yang lalu dan menjarah kira-kira setengah juta item di dalamnya! Bayangkan Pasu Warka yang berusia 5000 tahun, atau Kecapi Ur yang berusia 4500 tahun terlibat dalam tragedi ini.

Jagalah khazanah kita. Hargailah ia ketika masih ada. Negara-negara luar setengah mati mempertahankan artifak mereka dan menangis tak berlagu apabila ia hilang atau musnah, tetapi kita di sini selalu membaca tentang artifak atau premis yang terbiar begitu sahaja tanpa dikatalogkan sejarahnya dan dijadikan item pelancongan sejarah.

Begitu juga bagaimana kisah beribu-beribu manuskrip Melayu yang dirompak British dan Amerika dan sejak itu mereka mengkaji dari semasa ke semasa semua manuskrip itu bagi ‘brainstorming’ idea-idea segar sebagai contoh kejuruteraan pendingin hawa semulajadi dalam rekabentuk rumah, seni metallurgy Melayu dan reaksi kimia, perubatan herba dan petua-petua berkait rapat dengan simbiosis alam yang kalau di tempat lain dijenamakan sebagai ‘Feng-shui’, ‘Law of Attraction’ atau seangkatan dengannya.

Zaman nak memperlekehkan bangsa konon dengan tujuan nak sedarkan tu dah berlalu. Itu zaman penjajah yang tuduh kita nak buat sebatang jarum pun tak reti. Manusia, kalau diberi peluang, galakan, pendidikan yang sama maka semua berpeluang yang sama untuk berjaya. Kalau konon diberi peluang, diberi pendidikan tapi ditekan-tekan diulang-ulang dipsiko kita malaslah, itu lah inilah serupa zaman penjajah, bagaimana bangsa kita nak bebas dari penjara stigma dan budaya hodoh inferior yang menghalang kita bergerak ke depan dan mulai percaya kepada diri sendiri seperti orang lain? Stop this stupid culture membangangkan diri.

Kini dalam Malaysia Baharu ini kita mesti fokus kepada memulihara khazanah negara dan mendidik masyarakat kita yang dikatakan ramai ‘uneducated’ ini supaya faham kepentingan sejarah dan menghargai item-item sejarah dan khazanah pengetahuan, sepertimana yang ditonjolkan oleh orang luar yang selalu kita terkagum-kagum sampai tertonggeng itu


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.