Sebelum daripada trend Tiktok mintak kepala budak dan selain daripada van putih culik budak-budak yang menjadi igauan kanak-kanak. Jaafar Tonggek antara salah satu nama yang dimomokkan pada kanak-kanak.
Kisah lagenda di negeri Kelantan iaitu kisah Jaafar Tonggek potong kepala budak pada waktu itu membuatkan ramai orang takut dan isunya menjadi tular dari mulut ke mulut, kemudian dari satu daerah ke daerah bukan kes culik budak tetapi kes potong kepala budak.
Modus operandi Jaapar Tonggek dikatakan bahawa dia akan kerat kepala budak dan masukkan dalam guni.
Namun, tidak tahu dari mana dan tiada siapa dapat membuktikan wujudnya nama Jaafar Tonggek dan di mana ia berlaku.
Nama Jaafar Tonggek itu asalnya muncul pada musim buah ketereh (gajus) berbuah kerana dikatakan budak-budak suka mencuri biji gajus yang mahal.
Mungkin nama ni digunakan untuk mengelak dari budak budak berkeliaran di luar rumah dan memulas biji ketereh maka timbul nama Jaapar Tonggek si pemenggal kepala budak dan isi dalam guni.
Ada juga cerita yang mengatakan Jaapar ini amalkan suatu ilmu sehingga dia terpaksa meminum darah orang lain untuk melengkapkan ilmunya.
Tetapi kebanyakan mangsanya adalah dikalangan kanak-kanak yang berjalan sendirian, dia hanya akan meminum sedikit daripada darah mangsanya sebelum membenarkan mangsanya pulang ke rumah.
Dia akan memukau kanak-kanak tersebut sebelum menjadikannya mangsa sebelum membenarkan kanak-kanak tersebut pulang tanpa mengingati segala kejadian yang berlaku.
Sejauh mana kesahihan dan kepastian cerita-cerita berkenaan Jaafar Tonggek ini tidak dapat diketahui. Kerana cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut ini kita tidak dapat tahu sumbernya dari mana.
Oleh: Azizul Farhan
___
Budaya kita, identiti kita. Nak baca lagi kisah-kisah legenda Kelantan yang lain seperti Puteri Saadong yang diculik untuk merawat Raja Siam? Tahu kesudahannya di dalam KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee. Ada DISKAUN SETINGGI RM15 SEKARANG!: https://bit.ly/KKTMShopee
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih