Jika di Malaysia rumah tradisional Melayu seperti rumah Melayu melaka, rumah Melayu Johor dan lain-lain lagi di setiap negeri di Tanah Melayu yang di mana bukan sahaja bentuk reka bentuk luaran dapat memberi maksud gambaran kesenian, malah rekaan dalaman dan bahan-bahanya juga unik, tahukah anda di Russia juga mempunyai rumah tradisional mereka yang tersendiri sejak dahulu?
Nama rumah tradisional dikenali sebaga rumah Izba, nama yang diambil daripada peralatan dapur bermaksud ‘’dipanaskan’’ atau dalam kata erti lain ‘’ketuhar Russia’’. Rumah Izba merupakan tempat tinggal golongan-golongan para petani di Russia. Rumah ini juga agak unik walaupun saiznya tidak terlalu besar, hanya dianggarkan dalam 256 kaki persegi.
Rumah Izba dibuat dengan menggunakan peralatan seperti tali, pisau, gergaji serta penyodok. Bahan binaan rumah Izba menggunakan bahan-bahan seperti batu-bata, tanah liat, jerami, serta kayu-kayuan daripada pokok pine. Mereka tidak akan mengunakan kayu birch kerana kayu dari pokok birch memberi kesan buruk kepada anggota badan seperti kegatalan kulit, mual dan tidak tidur nyenyak.
Batang pokok lain juga digunakan untuk membuatnya. Rumah Izba tidak memerlukan simen, kaca serta besi kerana besi agak mahal untuk dibeli kerana segelintir marhein tidak mampu membelinya pada zaman abad ke-18 di Russia.
Selain itu, pintu pada rumah Izba selalunya di sisi dinding ataupun di belakang rumah ia memberi makna iaitu pintu gerbang ‘’Dunia dalam’’ dan ‘’Dunia Luar’’ bagi kepercayaan masyarakat russia pada waktu itu. Bahagian komponen dipotong hanya mengunakan kapak ataupun gergaji dan mengunakan teknik tanggam seperti rumah tradisional Melayu.
Di dinding rumah pula diletakkan tingkap untuk memberi angin masuk. Masyarakat russia mengunakan kulit haiwan dan papan sahaja untuk menutup tingkap tersebut sama seperti tingkap pada abad ke-19. Hanya pada abad ke-19, tingkap sudah dinaiktaraf dengan bingkai serta kaca. Sesetengah penduduk mereka mengecat bingkai tingkap dengan warna merah memberi maksud ‘indah’. Bumbung rumah Izba mengunakan jerami gaya klasik Izba adakalanya mereka akan mengunakan kayu sahaja.
Di bahagian dalaman rumah pula ada ruangan memasak, meja serta kerusi sesetengah orang Russia yang lebih berkemampuan akan membina ruangan porch, bilik serta bilik bawah tanah, untuk meletak ketuhar dan di atas pula tempat memasak, ianya satu kelebihan kerana bila sampai waktu malam, mereka akan memasak dengan menghidupkan api didalam ketuhar dan api akan naik keatas di tempat memasak tersebut.
Api yang tadi akan bernyala sehingga awal pagi esok untuk mendapatkan keselesaan ketika bermalam di dalam rumah.Bagi orang russia yang sederhana, mereka akan membina ketuhar yang diletakkan di sudut rumah, Fungsinya hampir sama cuma ianya akan memakan ruang. Di atas ketuhar itu juga adalah tempat tidur bagi kanak-kanak. Ianya agak pelik jika kita mendengar pada mulanya. Tetapi itulah yang berlaku, tempat duduk serta lantai juga menjadi tempat para ibu dan bapa tidur. Selalunya sebuah Izba mampu memberi ruang yang boleh dimuatkan sebanyak 10 orang.
Kepercayaan Mistik
Semasa abad ke-18, masyarakat Russia kebanyakkanya menganut ajaran pagan. Antara ajaran pagan yang mereka ikuti adalah :
- Sebelum mereka membina Izba, mereka akan memotong kepala ayam dan tanam di sudut utama iaitu bucu rumah mengikut kepercayaan mereka. Hari ini, masih ada ritual tersebut digantikan dengan memberi haiwan peliharan seperti kucing masuk dulu ke rumah untuk dirahmati.
- Di setiap rumah Izba mempunyai tempat tinggal roh dinamakan ‘Domovoi’. Semangat ini memelihara kediaman mereka, Tempatnya domovoi terletak di atas meja ataupun dibawah gambar keluarga mereka . Mereka akan memberikan domovoi ini makan pada waktu tertentu.
- Duit syiling ataupun pisau akan diletakkan di bingkai pintu untuk menjaga kediaman daripada kecelakaan.
Meja ini digunakan oleh para-para suami untuk menjamu selera terlebih dahulu sebelum ahli keluarga lain memakan hidangan. Meja makan ini selalunya terletak berhampiran gambar dikenali sebagai ikon dan tempat domogoi.
Keunikan Rumah Izba
Seperti yang dimaklum rumah Izba bagi orang berkemampuan, mereka akan menghiasi Izba mereka dengan cat serta rekaan yang menarik dan berwarna warni. Jika anda pergi ke perkampungan masyarakat Russia, anda akan juga akan dapat melihat banyak rumah Izba yang dijaga oleh kerajaan Russia bagi menarik pelancong untuk mempersembahkan diri mereka sebagai legasi daripada keturunan petani Russia. Selain itu, rumah seperti ini banyak dijumpai di Siberia, Ukrain dan sebahagian negara Eropah lain. Antara Izba yang terkenal adalah seperti di bawah:
Izba Milik Keluarga Pogodin
Salah satu Izba yang masih bertahan adalah Izba yang berada di Khamovniki, sebuah daerah Moscow. Izba ini dibangun pada 1856 oleh seorang sejarawan terkenal Mikhail Pogodin. Rumah kayu ini seakan-akan tampak seperti rumah yang keluar dari sebuah karya fantasi dongeng kerana dibina berdekatan dengan bangunan pencakar langit moden di kota tersebut.
Izba eropah (Rumah Keluarga Shastin) di Irkurtsk
“Izba Eropah” yang dibangunkan sebagai kediaman keluarga Schastin pada abad ke-19. Pada tahun-tahun pertama abad ke-20, rumah kayu ini mula dihias dengan dekorasi yang indah dan ini menjadi salah satu harta pusaka menakjubkan di Siberia.
Rumah Izba yang besar milik Vladimir Sukhachyov, seorang pereka seni asal Siberia
Rumah besar ini adalah milik Vladimir Sukhachyov, seorang pereka seni asal Siberia. Izba ini dibangun di Irkurtsk pada 1882. Daripada hubungan yang erat antara Siberia dan China pada abad ke-19, muncullah unsur seni oriental yang popular pada masa itu. Inilah sebabnya mengapa pada rumah ini terdapat motif-motif seni khas dari China. Kini di rumah itu sering diadakan pameran seni, konsep, serta kegiatan-kegiatan lainnya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih