Kita dapat lihat ada suara-suara sumbang yang cuba menjustifikasikan tindakan sebuah rangkaian kedai serbaneka yang menjual stoking tertera kalimah ALLAH.
Siap ada yang edit gambar tuhan anutan mereka diletakkan pada stoking. Maaf, ianya hanya membakar lagi kemarahan umat Islam di seluruh negara.
Ada pihak kata ini hanyalah isu remeh, tak perlu sensitif pun. Percayalah, ini bukanlah isu remeh, ini ialah isu melibatkan sensitiviti agama.
Macam semua orang tahu, kedudukan istimewa agama Islam, orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sepatutnya terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Masing-masing perlu menghormati antara satu sama lain. Pihak berwajib pun patutnya ambil tindakan tegas untuk bendung isu sebegini dengan laksanakan undang-undang supaya ia tak berlaku lagi.
Bagi kami umat Islam, Islam bukan hanya menjalankan amalan atau rutin harian, tetapi lebih dari itu. Islam ialah budaya hidup kami.
Islam ialah panduan hidup terbaik yang diajarkan oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Oleh sebab itu, apabila isu kalimah ALLAH ini dipermainkan dan dihina, tidak pelik untuk anda lihat respon umat Islam dan orang Melayu dengan memboikot disebabkan isu ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar beri kenyataan berkenaan isu ini. Bagi beliau, isu ini merupakan satu bentuk penghinaan, lebih-lebih lagi berlaku pada Ramadan, bulan yang mulia di sisi umat Islam.
Malah, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sendiri murka dan bertitah akan ambil tindakan paling keras terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Jika tiada benda yang baik untuk dicakap, diam itu lebih bagus. Biar isu kalimah ALLAH ni diselesaikan tanpa campur tangan suara-suara sumbang ini.
Oleh: Azizul Farhan
___
Sebab itulah anda kena dapatkan BERAKAL DALAM BERAGAMA. Buku ni akan buka mata anda supaya anda lebih faham tentang agama dan tidak membuta tuli semata-mata. Dapatkan segera dengan DISKAUN di Shopee kami:
https://shope.ee/5pke7UAHfg
Atau di Website kami:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih