Baru-baru ni, pemain bola sepak Algeria yang bermain di Perancis Youcef Atal dihukum rekod sebagai banduan disebabkan oleh sokongannya ke atas Palestin.
Perancis seperti yang diketahui umum sememangnya memiliki mentaliti rasis yang sangat tinggi.
Perancis sangat mengutamakan dasar “Laïcité” atau lebih mudah kita faham sebagai sekularisme dimana semua orang Perancis seharusnya sama tanpa perbezaan dari segi penekanan agama, etnik dan lain-lain.
Tapi dalam masa yang sama, Laïcité dilihat terlalu ekstrim.
Boleh kita lihat isu perkauman di Perancis merupakan kesan kolonialisme yang dilakukan oleh Perancis suatu ketika dahulu di beberapa bahagian di Afrika, Asia, dan Caribbean.
Kehadiran pendatang dari bekas tanah jajahan ini menyebabkan kepelbagaian budaya yang berkembang dan semakin meningkat.
Diorang turut dinilai mengikut “liberté, égalité, et fraternité,” dan idea bahawa semua individu dilihat dan dilayan sama rata sebagai Perancis selagi diorang menganggap nilai Republik Perancis.
Sistem republik yang mengiktiraf kesamarataan dan menafikan kaum dan etnik membuatkan orang-orang Perancis selalu menindas orang yang bukan “berkulit putih”.
Bagaimanapun, dasar anti-diskriminasi di Perancis yang tak mengiktiraf kaum sebagai salah satu identiti Perancis akan membuatkan isu perkauman tidak ada penyelesaian.
Perkauman secara jelas diabaikan dalam dasar Perancis sebabnya diorang takut kalau mengakui kewujudan kaum akan memperkukuhkan lagi ketidaksamaan dan perpecahan, tapi jelas ianya lagi tak berhasil.
Sebagai contoh, bekas Menteri Kehakiman Christiane Taubira, yang dilahirkan di tanah jajahan Perancis iaitu Guiana Perancis di Afrika turut tak terlepas dengan serangan isu perkauman.
Tak lupa juga, Islamophobia juga membuatkan isu perkauman di Perancis menjadi semakin membarah sehingga mendorong kepada keganasan.
Ibarat meludah ke langit, kena batang hidung sendiri. Itu peribahasa yang sesuai nak disebut atas dosa-dosa lama Perancis yang rakus menjajah sehingga terkena pada rakyatnya sendiri hari ini.
Oleh: Azizul Farhan
___
Rasa nak tahu banyak lagi pasal Eropah? Dapatkan KITAB TAMADUN EROPAH beserta Kalendar Tamadun 2024 kami sekarang!
https://shope.ee/20W1OuVjEw




No comments yet