Jepun adalah negara yang memiliki banyak istana di sepanjang sejarahnya. Hal ini berkait dengan struktur negaranya sendiri yang bersifat feudal, di mana wilayah-wilayah itu memiliki pentadbirnya sendiri yang konsepnya adalah persis seorang raja.
Sejarawan berpendapat, dalam sepanjang berlangsungnya kewujudan negara Jepun terdapat lebih sekurang-kurangnya 5000 istana yang pernah berdiri di negara itu. Satu jumlah yang besar! Meskipun begitu, pada hari ini tinggal kira-kira hanya 100 istana yang masih utuh berdiri di sana.
Dalam lebih 100 istana itu, ada satu istana yang boleh kita sebut sebagai istana paling popular di Jepun. Hal ini berikutan jumlah pengunjungnya yang mengatasi mana-mana istana lain di Jepun.
Istana yang dinyatakan ini adalah Istana Himeji yang terletak di bandar Himeji di wilayah Hyogo, Jepun. Ianya juga disebut sebagai penanda aras senibina istana Jepun di zaman feudal dek keindahannya yang memukau mata sesiapapun yang melihatnya.
Istana Himeji ini memiliki sejarah yang amat panjang dan strukturnya yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada beberapa fasa pembinaan yang berlaku buat beberapa abad.
Pada peringkat awalnya, istana ini adalah tapak kubu puak Akamatsu yang digelar sebagai Kubu Himeyama. Kubu ini telah dibina pada 1333 dek arahan yang diberikan oleh Akamatsu Norimura yang merupakan Shugo atau pentadbir kepada wilayah Harima.
Pada 1346, Kubu Himeyama ini telah dirobohkan dan digantikan pembinaannya dengan sebuah istana baharu yang diberi nama sebagai Istana Himeyama. Hal ini telah dilaksanakan dengan ilham anaknya sendiri, Akamatsu Sadanori.
Istana Himeyama ini telah diperbesar dan diperkemaskan lagi reka bentuknya oleh Kuroda Shigetaka pada tahun 1561 sebelum ianya sekali lagi diperbesar dan diperkemaskan oleh Toyotomi Hideyoshi pada 1581.
Apabila puak Tokugawa memenangi Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600, Istana Himeyama ini telah bertukar tangan kepada Tokugawa Ieyasu yang kemudiannya telah menyerahkan istana ini kepada Ikeda Terumasa.
Terumasa kemudian telah mengambil keputusan untuk merobohkan Istana Himeyama dan membina sebuah istana baharu menggantikan istana yang telah dirobohkannya itu tadi.
Kompleks istana yang baru siap pada 1609 dan struktur bangunan samalah yang kita lihat pada hari ini. Istana ini kemudiannya telah diberi nama baru, iaitu Istana Himeji yang juga kita kenali nama itu pada hari ini.
Istana Himeji mendapat pengiktirafan Tapak Warisan UNESCO pada tahun 1993 dan ianya terus dipelihara oleh kerajaan Jepun. Tambahan pula berikutan keperluan pelancongan negara yang memperlihatkan istana itu sebagai destinasi utama pelancongan di Jepun.
Istana Himeji menerima kira-kira 1.5 juta pengunjung saban tahun, melebihi mana-mana istana Jepun yang lain justeru turut menjadikannya sebagai satu tapak pelancongan yang amat penting buat Jepun.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih





