Dekat dunia ni ada dua terusan laut mega yakni Terusan Panama dan juga Terusan Suez. Disebabkan terusan ni menjimatkan dan memendekkan perjalanan kapal dagang dari seluruh dunia, maka terusan ni sangat strategik bagi pemilik mereka. Sebab benda ni, Israel sebenarnya merancang untuk bina satu terusan baru bagi melawan Terusan Suez.
Benda ni akan jadi logik kalau kita tengok sejarah penutupan Terusan Suez tu sendiri. Setakat ni, Terusan Suez dah ditutup beberapa kali seperti Krisis Suez dan juga Perang Enam Hari yang semuanya melibatkan Israel. Sekurang kurangnya tiga daripada empat kes penutupan Terusan Suez berlaku sebab Israel yang jadi punca.
Sebab benda ni buat Mesir ada pemberat dalam dialog diplomasi (semua negara perlukan Terusan Suez), maka Israil merancang untuk bina satu terusan baru yang bernama Terusan Ben Gurion. Terusan baru ni dijangka dibina bermula dari pelabuhan Eilat di perbatasan Israel-Jordan, dan kemudian melalui Ghazzah dan naik ke laut Mediterranean. Terusan ni sedikit panjang (292.9 km) berbanding Terusan Suez (193.3 km) dengan kos pembinaan sekitar USD 16 – 55 billion.
Menurut laporan pakar geopolitik, pembinaan terusan ni sebenarnya akan buat krisis antarabangsa. Pertamanya, ia akan buat negara yang dia cuba nak rapat macam Turki dan Mesir, jadi tegang balik. Mesir sebab dia tiba tiba ada pesaing dan Turki pulak sebab dia akan kacau laluan tenaga Basra-Eropah yang melalui Turki.
Juga, sebab dia lalu sekitar Ghazzah, maka kita tak berani jamin yang Israel akan buat benda tu dengan aman. Malah, tak keterlaluan kalau Israel serang Ghazzah sekarang sebab dia nak ratakan tanah di situ terus. Benda ni sebab dulu mengikut data daripada US, US sebenarnya merancang nak tanam 520 bom nuklear di padang pasir Negev untuk ratakan dan juga buat Terusan Ben Gurion ni pada tahun 1963 tapi tak jadi.
Oleh itu, perihal sama ada terusan ni dibuat atau tak, kita masih tak tahu. Apa yang kita tahu, kalau terusan ni dibuat, Timur Tengah memang akan bergolak balik.




No comments yet