Di Semenanjung Korea terutama Korea Selatan, kita maklum umat Islam merupakan kelompok komuniti. Di sebalik pelbagai label buruk yang dilempar pihak tak bertanggungjawab, terdapat 0.3% populasi Korea Selatan yang beragama Islam. Tetapi bila Islam sampai di bumi Korea ini?

Ramai sejarawan percaya interaksi pertama antara umat Islam dengan orang Korea bermula sekitar 640-an Masihi. Tempoh tersebut merupakan tempoh pemerintahan khalifah ketiga Khulafa’ al-Rashidin/Negara Islam Madinah (NIM), Uthman bin Affan r.a. Pada tahun itu, pengaruh Islam telah sampai ke bumi Parsi sebelum dibawa ke negeri Dang (China). Dari sinilah, Islam terus tersebar sehingga ke bumi Semenanjung Korea yang ketika itu diperintah kerajaan Silla.

Semasa tempoh ini, kerajaan Silla berada pada kedudukan kukuh. Ini kerana dua lagi kerajaan yang muncul ketika itu iaitu Baekje dan Goryeo diserap menjadi sebahagian daripada Silla pada 660 dan 668 Masihi. Disebabkan hubungan rapatnya dengan China, pengaruh kerajaan itu dapat dilihat dari segi politik, ekonomi dan kebudayaan.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ramai percaya Islam tiba di sini melalui jalan perdagangan dari China. Ini dibuktikan menerusi teks sejarah Silla, Baekje dan Gogoryeo yang dikenali sebagai Samguk Sagi. Dalam manuskrip berkenaan, wujud kisah empat orang saudagar yang beragama Islam dengan salah seorang daripada mereka bernama Cho Young. Selepas tiga rakan saudagarnya itu meninggal dunia, Cho Young terus kekal di situ sebagai satu-satunya Muslim di bumi Semenanjung Korea.

Bagaimanapun, ada merasakan tempoh lebih tepat Islam hadir di bumi itu pada abad ke-11 – lebih tepat era Raja Goryeo, Hyeonjong (1009-1031). Baginda menerima kehadiran 100 pedagang Arab yang menghadap dan membawa hadiah kepadanya sebagai tanda persahabatan. Golongan Arab dipanggil dengan pelbagai nama mengikut rekod China dan Korea iaitu Tashi, Tasih, Daesik dan Hui-Hui.

Malah, satu terma Korea yang merujuk kepada agama Islam iaitu Hae Hae Kyo terus digunakan sehingga hari ini. Hae Kyo dalam Bahasa Korea bermaksud agama yang bersih dan jujur. Selepas kemunculan Empayar Mongol dan seterusnya Dinasti Yuan di China, orang Islam mula tiba ke sebelah Timur Jauh dari Timur Tengah dan Asia Tengah. Dan ini membawa kepada lebih banyak interaksi antara orang Korea dengan umat Islam ketika itu.

Satu kawasan yang dikatakan pernah dihuni umat Islam di Semenanjung Korea ialah Kaesong (kini terletak di sebelah Korea Utara). Di sinilah, wujudnya masjid pertama di bumi Korea di mana ia berfungsi sebagai pusat ibadat dan pusat komuniti umat Islam ketika itu. Selain itu, golongan agamawan kadang-kadang turut dijemput oleh pemimpin kerajaan bagi membacakan doa untuk majlis rasmi.

Satu ketika dahulu, wujud sebuah masjid era Goryeo di Kaesong, Korea Utara. Sumber: David Stanley/CC BY 2.0

Tetapi zaman Goryeolah yang menyaksikan umat Islam pernah dilantik sebagai pegawai kerajaan. Semasa era Raja Chungnyeol (1274-1308), seorang lelaki Muslim bernama Samqa dilantik sebagai pegawai kerajaan baginda. Sebagai tanda penghargaan kepada figura itu, Chungyeol mengurniakan nama baru buat pegawainya itu iaitu Jang Soon Ryeong.

Ramai sejarawan berselisih pandangan tentang latar belakang sebenar Samqa. Ada yang berpandangan beliau seorang pedagang Arab atau Parsi. Tetapi ada juga yang berpandangan Samqa sebenarnya berdarah Uighur. Ini disebabkan salah satu bahasa asing utama Korea semasa era Dinasti Joseon dan digalakkan untuk dipelajari. Tidak mustahil jika ada berpandangan ini merupakan legasi Samqa yang diteruskan oleh pengganti kerajaan Goryeo, Dinasti Joseon.

Menjelang abad ke-15 dan ke-16, pengaruh pedagang Islam mula menurun. Ini disebabkan kemunculan kuasa-kuasa Eropah seperti Portugal dan Sepanyol mula berlayar di lautan dan mengembangkan pengaruh masing-masing. Walaupun tidak mengamalkan dasar tutup pintu seperti China dan Jepun, kelibat orang asing seperti umat Islam tidak dialu-alukan oleh Dinasti Joseon. Islam kembali memancarkan sinarnya di bumi Korea pasca-Perang Korea menerusi pasukan pengaman PBB dari Turki.

RUJUKAN

Seun Geun, A. A. (2011). Islam Damai Di Negeri Asia Timur Jauh. UIN Jakarta Press. Islamisasi Awal Di Tanah Korea. Halaman 85-95.

El Zaher, S. (2017, 27 April). This is How Korean and Islamic Traditions Are Connected, in History and Today. Mvslim.com


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply