Bapak ah. Nub gila. Pengarah FBI kena hack dengan hacker Iran.
Lagi kelakar, sekarang ni tular video seorang lelaki menari ala Bollywood dengan gaya over dikatakan milik Pengarah FBI, Kash Patel.
Tapi betul ke itu dia?
Lepas siasatan dibuat, katanya itu bukan Kash Patel. Video tu sebenarnya dah lama wujud. Ia bukan video baru, tapi klip lama yang dah tersebar sejak tahun 2022 lagi. Maksudnya, ada pihak yang sengaja recycle video lama untuk create naratif baru.
So kenapa tiba-tiba video ni naik balik?
Jawapannya ada pada satu insiden yang berlaku serentak iaitu akaun e-mel peribadi Kash Patel telah digodam.
Dan di sinilah cerita mula jadi lebih serius.
Satu kumpulan penggodam yang menggunakan nama ‘Handala Hack’ tampil mendakwa mereka berjaya pecah masuk akaun Gmail milik Patel. Kumpulan ni dipercayai ada kaitan dengan rangkaian siber Iran, walaupun seperti biasa, perkara macam ni memang susah nak dibuktikan secara terus.
Lebih 300 e-mel, gambar peribadi dan dokumen lama antara tahun 2010 hingga 2019 didakwa telah diakses dan sebahagiannya disebarkan ke internet.
FBI sendiri mengesahkan bahawa memang ada cubaan godaman terhadap e-mel Patel.
Tapi mereka cepat jelaskan semua data yang terjejas adalah lama, bersifat peribadi dan tak melibatkan maklumat kerajaan atau rahsia keselamatan negara.
Maknanya, dari sudut keselamatan negara, tak ada kebocoran kritikal.
Tapi dari sudut imej?
Itu cerita lain.
Selain e-mel, penggodam turut lepaskan beberapa gambar peribadi Patel. Antaranya gambar dia dalam suasana santai, hisap cerut, naik kereta klasik dan posing dengan botol arak.
Benda-benda macam ni mungkin nampak remeh.
Tapi dalam dunia politik dan keselamatan, ini senjata.
Pakar keselamatan siber sendiri cakap, operasi macam ni bukan nak curi data je. Tujuan sebenar dia adalah untuk malukan, memalukan individu sasaran dan buat mereka nampak lemah di mata dunia.
Dalam kes ni, video Bollywood tadi hanyalah “umpan emosi”.
Sedangkan hakikatnya, video tu langsung tak ada kaitan dengan Patel.
Lebih ironik, analisis pakar media mendapati lelaki dalam video tersebut hanyalah individu biasa yang sedang menari meraikan kepulangan isterinya langsung tak ada kena-mengena dengan FBI, Amerika atau mana-mana operasi risikan.
Tapi damage dah pun berlaku.
Nama dah naik.
Naratif dah tersebar.
Dan dalam dunia hari ini, persepsi kadang-kadang lebih kuat daripada fakta.
Untuk menjejaki dalang sebenar, Program Rewards for Justice di bawah Jabatan Negara Amerika Syarikat sanggup tawarkan ganjaran sehingga AS$10 juta bagi maklumat yang boleh membawa kepada pengecaman ahli kumpulan ‘Handala Hack’.
Itu menunjukkan betapa seriusnya ancaman siber sekarang.
Kalau dulu perang guna senjata, sekarang perang guna data.




No comments yet