Kaji selidik yang dilakukan pada tahun 1997 mendapati salah satu sebab utama pelajar PhD tidak mampu menyiapkan disertasi atau tesis, adalah sebab buat kerja last minute. Kalau nak buat perbandingan, buat kerja last minute ini adalah satu paksaan terhadap diri kita untuk melayan satu tekanan. Cuba bandingkan dengan buat kerja sikit-sikit secara konsisten setiap hari. Tekanan yang buat kerja sikit-sikit itu ternyata lebih kurang.
Kita mulakan dengan baik dululah. Profesor Adam Grant, seorang ahli Psikologi di AS kata, tangguh kerja ini boleh menarik kreativiti seseorang. Hal ini diungkapkan dalam bukunya Originals: How Non-Comformists Move The World. Bila seseorang buat kerja last minute ini, dia akan cuba sekreatif yang mungkin untuk menyiapkan kerja tersebut, dengan cara yang paling mudah dan padat dia boleh fikirkan. Itulah maksud Grant.
Selain itu, seorang ahli Psikologi British, Anna Abramowski pula kata yang orang buat kerja tangguh-tangguh ini mempunyai keyakinan diri yang agak kuat. Sebabnya, dia tahu yang kerja last minute ini ada tekanan, namun dia tetap nak juga buat.
Ramai juga yang mengatakan orang tak nak buat kerja awal-awal adalah kerana tak nak tambah tanggungjawab dan kerja selepas kerja-kerja yang lain tadi disiapkan awal-awal. Itulah dia.
Ada beberapa kunci besar, kenapa pelajar khususnya suka buat kerja last minute. Ini menurut ahli Psikologi, Ferrari, Johnson dan McCown:
- Pelajar jangka ada banyak lagi masa nak siapkan semua itu.
- Pelajar rasakan motivasi nanti lagi bagus berbanding sekarang. Mesti nanti buat kerja terus tanpa henti, kononnya.
- Pelajar jangka kerja itu boleh disiapkan dalam jangka waktu yang pendek saja. Jadi baik buat nanti.
- Masa sekarang tak sesuai. Kerana situasi sekarang ini, tidak membantu pelajar untuk ada perasaan nak buat kerja itu. Jadi, nantilah baru buat. Nanti mesti ada waktu yang sesuai.
Ini semua kita panggil overestimate dan underestimate. Overestimate yang semuanya akan okey dan underestimate yang kerja itu mudah dan kejap saja nak siapkan. Kalau nak tunggu waktu sesuai nak buat pula, memang tak akan sampai bila-bilalah nak buat pun. Bila waktu sesuai? Nak tunggu sesuai, sampai bila-bila juga waktu itu tak akan sampai.
Tangguh kerja ini tak elok, sebab kita akan menjejaskan hubungan sosial kita dengan orang lain. Orang bergantung kepada kita dalam beberapa hal. Kita pula jenis yang tangguh kerja. Susahlah macam itu. Mungkin kita boleh lihat dari perspektif yang lagi luas. Macam bayar sewa rumah. Bayar hutang member. Buat assignment. Orang lain sibuk buat awal-awal, tiba masa kita pula buat last minute dan cincai pulak itu.
Tapi buat kerja last minute ini hanya masalah maladaptive lifestyle menurut Ferrari (ini nama orang). Iaitu gaya hidup yang tidak cuba disesuaikan dengan keadaan dan situasi. Situasi berkehendakkan kita buat awal, kenalah buat awal-awal. Tak adalah sampai tahap sakit mental pun jenis orang buat kerja tangguh ini. Cumanya ia masalah moral dan karakter.
Artikel dikirimkan oleh Sadiq Salihoddin untuk The Patriots.
RUJUKAN:
Cherry, K. (2019, June 30). The Psychology of Procrastination. Retrieved from Very Well Mind: https://www.verywellmind.com/the-psychology-of-procrastination-2795944
Usborne, S. (2016, June 8). Why do you leave things until the last minute? Retrieved from The Guardian : https://amp.theguardian.com/science/shortcuts/2016/jun/08/why-leave-things-to-last-minute-eu-voter-registration-procrastination
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih