Ini kisah kelakar yang berlaku pada seekor biawak yang dijumpai di sebuah kedai pizza di Florida. Diorang terjumpa seekor biawak yang gemuk, jadi diorang risau la takut biawak ni tengah mengandung telur. Tapi masalahnya bila perut tu dipicit, diorang rasa perut biawak tu lembut je tak rasa macam ada telur.
Bila dikaji di Universiti of Florida, pakar herpetologi (reptilia dan amfibia) dapat tahu yang biawak ni bukan tengah mengandung telur, tapi mengandung taik. Hasil imbasan CT mengesahkan punya la banyak taik dalam perut biawak ni, berat taik tu dah bersamaan 80% daripada keseluruhan berat biawak ni.
Bila dikaji lagi, punca taik dia jadi banyak macam tu ialah sembelit. Sebab biawak ni duduk dekat kawasan kedai pizza, jadi dia melahap serangga dan gris minyak yang bercampur dengan pasir. Hasilnya, taik tu jadi keras sampai dah boleh nak berak keluar.
Sebab takut biawak ni sengsara lagi dan takde cara rawatan lain, biawak ni terpaksa ditidurkan dan dimatikan oleh pakar herpetologi ni. Tapi tu lah, pelik pelik je biawak ni. Lepas ni kalau korang tengok kawan korang yang duduk Setapak perut macam tengah mengandung, mungkin sebab dia tengah sembelit taik penuh dalam perut.




No comments yet