Pasta                     = USD301.50

Susu Tepung       = USD703.54

Telur (12 biji)     = USD150.76

Tembikai              = USD40.00

(harga ini diambil dari laporan CNN August 2016 Venezuela: Where flour, pasta and milk can cost a month’s pay)

Ini merupakan antara harga barangan asas yang dijual dipasaran gelap (black market) di Venezuela. Venezuela telah berhadapan dengan inflasi (bahasa mudah, kenaikan harga barang) sebanyak 800% rekod untuk tahun 2016 iaitu paling tinggi pernah dicatat oleh sebuah Negara dan dijangka meningkat sehingga 2200% pada 2017 mengikut laporanVox May 2016 “How Venezuela’s socialist dream collapsed into a nightmare”. Bunyi macam fiksyen tetapi ini adalah realiti yang terpaksa di telan oleh rakyat Venezuela.

Suasana penjualan barangan asas di kaki lima (pasaran gelap) seperti telur, susu dan sabun. Gambar diambil dari The Telegraph: Venezuela’s ‘socialist paradise’ turns into a nightmare.

Ianya bermula apabila Hugo Chaves dipilih oleh rakyat Venezuela untuk memegang takhta sebagai Presiden Venezuela pada 1998. Beliau telah mencetuskan “Bolivarian Revolution” iaitu dasar sosialis dimana salah satu dasar yang beliau perkenalkan adalah dengan mengawal harga barangan supaya ia tidak membebankan rakyat bawahan. Terdapat 6000 barangan berupa makanan, barangan asas dan juga ubat-ubatan telah dikenakan kawalan harga dan tindakan akan diambil jika pekedai atau syarikat didapati menaikkan harga barang dan tidak mematuhi harga yang ditetapkan kerajaan.

Menarikkan? Mana tak menariknya apabila tiada kenaikan harga langsung! Pada masa itu beliau diangkat sebagai hero oleh rakyat beliau. Dirai dan dijulang setinggi tingginya.Tapi pernahkah kita fikir kesannya pada jangka masa panjang? Mari kita dalami dan buat penilaian.

Hasil daripada dasar kawalan harga yang dibuat, margin keuntungan pengeluar atau syarikat pembekal menjadi kecil dan secara perlahan mereka ini mula mengecilkan jumlah pengeluaran dan menukar bidang perniagaan kerana margin keuntungan yang kecil. Ini telah menyebabkan pembekalan barangan asas menjadi kurang dimana permintaannya masih lagi tinggi. Dengan permintaan yang tinggi maka pasaran gelap telah muncul sebagai salah satu alternative untuk mendapatkan barangan asas dimana kerajaan tidak mempunyai kawalan terhadap harga barangan yang dijual dan harganya? Nauzubillah, nak beli telur dah macam nak beli telefon pintar Samsung Galaxy J5.

 

Kiri: Rak yang kosong yang sepatutnya menjual tisu toilet, tuala wanita dan juga sabun

Kanan: Keadaan diluar pasaraya tempatan yang penuh dengan penduduk yang beratur untuk mendapatkan barangan asas. Gambar diambil dari The Telegraph: Venezuela’s ‘socialist paradise’ turns into a nightmare.

Rakyat Venezuela juga mempunyai pilihan untuk membeli dipasaraya2 besar dan juga pasaraya milik kerajaan yang harganya dikawal tetapi mereka perlu beratur panjang seharian semata-mata ingin mendapatkan tisu tandas atau tuala wanita dan itu pun kalau stoknya mencukupi untuk semua. Dia punya beratur dah macam ada rusuhan. Dah beli satu hal, nak balik pun kena berhati-hati supaya tidak dirompak.

Ini tak bercakap tentang kadar kematian lagi akibat dari kekurangan ubat ubatan dan juga kegagalan hospital untuk berfungsi. Sedih! Tetapi inilah realiti kehidupan rakyat disebuah negara yang kaya dengan hasil minyak dimana harga minyaknya adalah yang paling rendah didunia dan mereka juga tidak terbeban dengan kenaikan harga barang tetapi akhirnya terpaksa mengemis dan bergolok gadai untuk membeli sedozen telur atau pun segulung tisu tandas. Selamat menilai.

Sumber:
https://www.google.com/amp/s/amp.businessinsider.com/venezuelas-inflation-rates-highest-in-the-world-food-prices-sky-high-2016-8?client=ms-unknown

https://mises.org/blog/price-controls-are-disastrous-venezuela-and-everywhere-else

https://mobile.nytimes.com/2012/04/21/world/americas/venezuela-faces-shortages-in-grocery-staples.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku masih lagi mencari identiti dalam disiplin penulisan ini dan berharap setiap penulisan aku ini dapat membuka benak pemikiran pembaca dan juga diri sendiri. InsyaAllah.

Leave A Reply