Betul ke pernyataan di atas?
Atau ia hanya sekadar retorik untuk menaikkan kemarahan umat Islam? Maaflah kalau terpanjang sikit. Harap sudi baca.
Kita tahu bahawa Indonesia adalah antara negara Islam yang lantang dalam memperjuangkan isu Palestin. Tetapi, berita semalam, boleh baca di sini: t.ly/Z1MM mungkin meresahkan sebahagian dari kita. Sebelum kita membuat sebarang spekulasi, maka elok kita tahu dasar luar Indonesia terhadap konflik Palestin-Isra.el.
Sejak Indonesia merdeka dari penjajahan Belanda pada Disember 1949, Isra.el telah cuba untuk membuat mengadakan hubungan diplomatik bersama Indonesia. Cubaan mereka yang pertama adalah apabila mereka mengucapkan tahniah kepada Sukarno dan Menteri Luar, Muhammad Hatta.
Kemudian, Isra.el juga telah mengiktiraf sepenuhnya Indonesia sebagai sebuah negara baru pada Januari 1950. Hatta telah respon dengan ucapan terima kasih tapi Indonesia tak iktiraf negara haram Isra.el.
Cubaan mereka seterusnya Isra.el adalah dengan mereka menyatakan ada satu misi yang ‘baik’ untuk kebaikan Indonesia tapi Indonesia telah menangguhkan pertemuan ini. Indonesia ketika era Sukarno lebih menyokong negara Arab kerana mereka telah mengiktiraf Indonesia sebelum Indonesia jadi sebuah negara lagi pada 1949.
Rakyat Indonesia ketika itu adalah majoriti Muslim dan Indonesia memerlukan sokongan negara-negara Arab dalam mendapatkan kawasan barat New Guinea yang tidak dipulangkan oleh Belanda selepas peralihan kuasa.
Sukarno ketika itu mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pan-Arabism iaitu Gamal Abdul Nasser yang juga merupakan Presiden Mesir. Paling menarik, Indonesia pernah mengacarakan sebuah temasya sukan yang dinamakan GANEFO (Games of The New Emerging Forces) sebagai tindak balas kepada IOC yang menarik hak Indonesia sebagai tuan rumah untuk Sukan Asia.
Walaupun Islam adalah agama yang dianuti secara majoriti di Indonesia, tetapi dasar luar Indonesia terhadap isu Palestin tidaklah mempunyai nilai Islam melainkan ia telah dipengaruhi oleh ‘dialectical idea’ dunia. Sukarno percaya kuasa dunia terpecah kepada dunia iaitu New Emerging Forces (Nefos) dan Old Established Forces (Oldefos).
Ia dikuatkan lagi dengan Pancasila yang menekankan perpaduan negara dan theistik tapi ‘non-sectarian secularism’. Inilah yang telah mempengaruhi pandangan Sukarno terhadap dunia. Indonesia bersama negara Arab kerana Isra.el disokong oleh Oldefos sedangkan Indonesia adalah Nefos.
Apabila Indonesia berpindah kepada Soeharto, asas prinsip kepada dasar luar Indonesia tetap sama; Indonesia menolak penjajahan Isra.el dan menyokong hak rakyat Palestin untuk mempunyai sebuah negara merdeka. Berbeza dengan Sukarno, Soeharto membawa pendekatan lebih ‘moderate’.
Selepas perang Arab-Isra.el 1967, Indonesia pernah cuba untuk mengadakan rundingan terus antara negara-negara Arab dan Isra.el tapi ketika itu negara-negara Arab masih ‘panas’ dengan Isra.el.
Indonesia juga tidak menyatakan solidariti kepada mana-mana pihak ketika konflik Arab-Isra.el pada 1973 kerana negara Arab ketika itu mengenakan embargo untuk minyak yang dieksport kepada negara-negara yang menyokong Isra.el. termasuk Amerika Syarikat (AS).
Pada masa yang sama, selepas 1968 syarikat minyak terbesar dari Texas, Mobil Oil (kemudian dikenali sebagai ExxonMobil) telah beroperasi di Indonesia dan bekerjasama dengan Indonesian National Oil Company (Pertamina) sebagai Production Sharing Contractor untuk Pertamina.
Apabila Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC) bersetuju untuk menaikkan kadar minyak eksport sebanyak 10 peratus pada Oktober 1975, Indonesia hanya menaikkan sebanyak 1.6 peratus walaupun telah bersetuju selepas persidangan OPEC di Doha pada Disember 1976.
Ini menunjukkan Soeharto bukan saja tak berminat dengan konflik Arab-Isra.el tetapi beliau tidak mengambil perhatian secara serius untuk segala macam isu di Timur Tengah berbanding Sukarno.
Hubungan rahsia antara Indonesia di bawah Soeharto dan Isra.el bermula apabila Isra.el mengalahkan negara-negara Arab dalam perang 1967.
Panglima tertinggi dalam Tentera Nasional Indonesia (TNI) sangan kagum dengan kekuatan ketenteraan Isra.el Menteri Luar Indonesia ketika itu, Adam Malik telah dalam saluran rahsia telah berhubung dengan Isra.el untuk menerima dasar luar rasmi Indonesia di mana dasar mereka lebih kepada pro-Arab untuk memenuhi keperluan domestik.
Segala perhubungan ini sangat dijaga kerana ia boleh memberi kesan kepada pendapat umum Indonesia terhadap kerajaan. Tahun demi tahun, hubungan Indonesia-Isra.el semakin terbuka.
Kita boleh tengok apabila rakyat Indonesia yang mempunyai pasport biasa dengan kulit berwarna hijau dibenarkan untuk masuk ke Isra.el pada 1983 manakala pemegang pasport Indonesia yang merupakan staf kerajaan yang dikenali sebagai paspor dinas bleh memasuki Isra.el tanpa sekatan.
Pada tahun 1994, 4 pemimpin Islam Indonesia, termasuklah Abdurrahman Wahid dijemput untuk menghadiri satu seminar di Isra.el yang telah dilakukan oleh Harry S. Truman Institute dan menyaksikan perjanjian Isra.el-Jordan.
Sukarno sudah, Soeharto pun sudah, jadi bagaimana pula denga BJ Habibie?
BJ Habibie lebih berminat dengan isu dalaman negara. Lagi pula waktu tu, sentimen dalam kalangan orang Islam telah memuncak terhadap Yahudi dan Isra.el disebabkan oleh kenyataan Tun Mahathir, PM Malaysia ketika itu yang menuduh Geoge Soros, seorang pelabur berbangsa Yahudi, adalah dalang kepada krisis kewangan Asia.
Selepas Habibie, pentadbiran Wahid dan Megawati meneruskan dasar luar untuk menyokong Palestin dan memaksa Isra.el untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.
Abdurrahman Wahid pernah bercadang untuk ke Tel Aviv berbincang untuk mengadakan hubungan diplomatik bersama Isra.el tetapi ditentang hebat dari dalam kerana Alwi Shihab selaku Menteri Luar Indonesia waktu itu menyatakan Indonesia takkan berbaik dengan Isra.el selagi Isra.el tak iktiraf Palestin.
Selepas Wahid ‘disingkirkan’ dari kedudukannya sebagai Presiden Indonesia, Megawati yang merupakan anak Soekarno pula mengambil alih. Megawati juga sama seperti ayahnya yang tidak akan mengiktiraf Isra.el dan akan terus menyokong Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.
Walaupun Indonesia tidak ada hubungan diplomatik dengan Isra.el tetapi Indonesia sering berhubung dengan Isra.el berkaitan perdagangan luar, keselamatan dan pelancongan. Indonesia juga agak berat untuk menormalisasikan hubungan bersama Isra.el kerana tentangan kuat dari rakyatnya, yang mana sebanyak 85 peratus adalah Islam.
Jadi Indonesia akan teruskan sahaja hubungan tak direstui ini dengan formula seperti tentangan terhadap Isra.el yang retorik dan ‘sub rosa economic’ serta hubungan politik. Kerana mereka tahu ini sahaja yang mampu mengekalkan kuasa dan keamanan di Indonesia.
Moga kita terus kuat dalam memberi tentangan kepada Isra.el dan sekutunya demi membebaskan Baitul Maqdis.
Wallahu a’lam.
RUJUKAN:
- Bickerton, I.J. and C.L. Clausner, 2007, A History of Arab-Israeli Conflict, New Jersey: Pearson Prentice Hall
- John, J.M. and Stephen, M.W, 2007, The Israel Lobby And US Foreign Policy, Farrar, Straus and Giroux: New York
- Brown, D., 1995, The States and Ethnics Politics in Southeast Asia. New York: Routledge
- Hudson, V.M., 2007, Foreign Policy Analysis: Classic and Contemporary Theory, Rowman & Littlefield Publisher, Inc.
- Robinson., R. (eds), Politics and Markets in the Wake of The Asian Crisis, London: Routledge
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih