Solat adalah ibadah yang wajib didirikan mengikut waktu – waktunya yang telah ditetapkan . Sepertimana firman Allah SWT di dalam surah An Nisa’ ayat 103 yang bermaksud :

” Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat , maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. ”

Batasan akhir setiap waktu solat adalah ketika masuknya awal waktu solat yang beikutnya kecuali waktu subuh yang berakhir apabila terbitnya matahari di ufuk timur .
..
..
Mengetahui masuknya waktu solat merupakan salah satu daripada syarat sahnya ibadah solat . Oleh itu, pengetahuan untuk mengenal pasti bilakah masuk dan berakhirnya waktu solat adalah wajib bagi setiap muslim .

Didalam menentukan masuk serta berakhirnya waktu solat , terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan iaitu kaedah pengiraan dan juga kaedah pencerapan .
..

Bagi menentukan masuknya waktu solat dengan menggunakan kaedah pengiraan , ia bermula dengan rumusan yang disediakan ahli falak berkaitan kedudukan matahari yang sepadan dengan masuknya waktu solat

Rumusan yang digunakan berkaitan dengan sistem geometri sfera bumi dan sistem sfera samawi . Awal waktu solat dikira berdasarkan perbezaan sudut jam antara waktu istiwa atau rembang iaitu ketika kedudukan matahari berada tegak di garisan meridian tempatan dengan kedudukan matahari bagi setiap waktu solat menggunakan rumus segitiga sfera . .

Kaedah ini agak rumit kerana memerlukan kemahiran yang tinggi .
..
..

Kaedah seterusnya adalah kaedah pencerapan iaitu dengan memerhatikan kedudukan matahari .

Kaedah ini paling umum dan boleh dilakukan oleh orang awam .
..

KEDUDUKAN MATAHARI TANDA BERMULA DAN BERAKHIRNYA WAKTU SOLAT :-

Waktu Solat Subuh :

Waktu subuh bermula apabila terbitnya fajar di ufuk timur sehingga terbitnya matahari.

Terdapat dua jenis fajar iaitu kazib dan fajar sadiq. Fajar yang dicerap bagi menentukan masuknya waktu solat subuh adalah fajar sadiq .

PERBEZAAN FAJAR KAZIB DAN SADIQ :

– Fajar kazib adalah fajar yang bersifat ‘bohong ‘ manakala fajar sadiq merupakan fajar yang sebenar bagi menentukan masuknya waktu subuh .

– Fajar kazib cahayanya menegak dari timur dan mengarah ke tengah langit manakala fajar sadiq melintang di ufuk timur iaitu arah utara sehingga ke selatan

– Fajar kazib bersifat sementara . Ketika langit malam yang gelap , muncul satu cahaya yang menerangi langit di ufuk timur untuk seketika .
Fajar kazib akan beransur-ansur hilang dan langit akan kembali gelap .
Berbeza pula dengan fajar sadiq kerana fajar sadiq cahayanya akan terus bertambah kecerahannya daripada semasa ke semasa sejurus ia muncul sehingga terbitnya matahari di ufuk timur .

– Fajar kazib cahayanya terputus dari ufuk . Diantara fajar kazib dan ufuk , terdapat satu ruang . fajar sadiq pula cahayanya menyatu dengan ufuk timur langit .

Fajar kazib

Fajar sadiq

Kesimpulannya , terdapat dua kali fajar yang muncul sebelum matahari terbit. Fajar yang pertama digelar sebagai fajar kazib iaitu fajar
‘ bohong ‘ dan fajar yang kedua digelar sebagai fajar sadiq iaitu fajar yang sebenar bagi menentukan masuknya waktu solat subuh.

Berakhirnya waktu solat subuh pula ditandai dengan terbitnya matahari di ufuk timur atau dikenali sebagai waktu syuruk .
..

Waktu Solat Zohor :

Waktu solat zohor bermula apabila cakera matahari sepenuhnya melintasi atau
‘ tergelincir ‘ ke arah barat daripada kedudukan istiwa iaitu ketika kedudukan matahari berada tegak di garisan meridian tempatan .

Keadaan ini boleh ditandai dengan memerhati bayangan objek lurus seperti kayu .

Ada tiga kemungkinan arah bayangan objek ketika matahari berada pada kedudukan istiwa .

1. arah bayangan berada di utara objek tersebut iaitu ketika kedudukan matahari berada di kawasan langit selatan .
2. arah bayangan berada di selatan objek tersebut iaitu ketika kedudukan matahari berada di kawasan langit utara .
3. tidada bayangan yang kelihatan ketika istiwa iaitu ketika matahari berada betul-betul tepat ( bersudut 90 darjah ) di atas objek .

Waktu zohor pula bermula apabila bayangan objek mula kelihatan muncul di sebelah timur objek dan berakhir apabila masuknya waktu solat asar iaitu ditandai dengan panjang bayangan objek sama panjang dengan objek atau lebih sedikit .
..

Waktu Solat Asar :

Waktu solat asar bermula apabila berakhirnya waktu solat zohor iaitu ketika panjang sesuatu bayangan objek lurus sama panjang dengan panjang objek itu sendiri atau lebih sedikit .

Berakhirnya waktu asar pula apabila matahari terbenam di ufuk barat .
..

Waktu Solat Maghrib :

Waktu solat seterusnya adalah waktu maghrib .
Ia bermula apabila terbenamnya keseluruhan cakera matahari di ufuk barat dan berakhir ketika hilangnya syafa’ ahmar .

Syafa’ ahmar menurut ahli falak adalah mega yang berwarna kemerahan setelah terbenamnya matahari di ufuk barat .

Mega merah

Waktu Solat Isya’ :

Bermulanya waktu solat isya’ apabila hilangnya mega merah atau syafa’ ahmar di ufuk barat dan berterusan sepanjang malam sehingga ia berakhir apabila munculnya fajar sadiq di ufuk timur .
..
..
Maklumat tambahan :

Waktu Solat Sunat Dhuha :

Waktu solat sunat dhuha bermula apabila kedudukan matahari naik tinggi segalah atau sekitar tujuh hasta daripada ufuk timur dan berakhir apabila matahari berada pada kedudukan istiwa .

Wallahu A’lam .

” Majulah Falak Untuk Ummah ”

..

Sumber Rujukan :

* Jabatan mufti Pulau Pinang : – risalah penentuan waktu solat
*http://www.e-solat.gov.my
( tafsiran astronomi untuk waktu solat )
* ilmu Falak: Teori, Praktik Dan Hitungan oleh
Baharrudin bin ZainaI
* Jabatan mufti Selangor : – Kaedah Penentuan dan Pengiraan Waktu Solat


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Syafiq atau dikenali sebagai Syah, seorang 'Astrophile' yang mempunyai minat mendalam dalam bidang berkaitan Sains terutamanya Astronomi dan juga Meteorologi. Beliau merupakan penulis yang lantang menentang golongan pseudosains dan juga pentaksub membuta tuli teori konspirasi di alam maya.

Leave A Reply