Kecil tak semestinya diam. Danionella cerebrum, ikan jantan lut cahaya dari Myanmar, panjangnya cuma 12 milimeter. Tapi suaranya cukup kuat untuk masuk senarai paling kuat dalam dunia haiwan.
Rekod saintifik tunjukkan ikan ni mampu hasilkan bunyi setinggi 140 desibel. Bunyi gajah pun dalam sekitar 110 lebih saja.
Saintis dari Jerman kaji ikan ni dalam makmal dan dapati bunyi kuat keluar waktu dia bergaduh atau cuba pikat pasangan. Suaranya bukan nyaring, tapi lebih kepada letupan halus yang sangat padat.
Apa yang mengejutkan ialah cara bunyi tu dihasilkan. Dia tarik satu tulang rusuk khas ke belakang dan lepaskan ke arah pundi renang. Macam ada tukul mini dalam badan dia.
Bila tulang tu hentak pundi renang, tercetuslah bunyi yang boleh gegarkan air di sekeliling. Semua tu berlaku dalam masa hanya 2 milisaat.
Organ yang terlibat sangat kecil. Tapi tenaga yang dia lepaskan sangat tinggi berbanding saiz tubuh.
Ikan ni tak gunakan udara, suara atau getaran biasa. Bunyi dia datang daripada hentakan fizikal tulang ke organ dalam. Sistem yang sangat mekanikal, tapi luar biasa efisien.
Lebih gila, dia boleh buat lebih 100 bunyi dalam satu minit kalau perlu. Bila marah atau bersaing, dia jadi macam mesingan bawah air.
Cuma satu tulang rusuk dia ubahsuai untuk fungsi ni. Spesifik, padat, dan betul-betul evolusi ke arah satu tugas iaitu untuk buat bunyi!
Kawasan habitat dia pula sangat terhad. Setakat ni, ikan ni cuma ditemui kat beberapa sungai kecil yang tenang di Myanmar. Korang rasa, Malaysia ada tak?
Kalau kawasan tu rosak, terjejas, besar kemungkinan kita akan kehilangan satu makhluk paling luar biasa yang pernah dijumpai.
Danionella cerebrum juga ada satu lagi keunikan. Tengkoraknya tak tertutup penuh, jadi otaknya boleh dilihat hidup-hidup masa dia berenang.
Otak dia kecil, tapi cukup kompleks untuk dijadikan model dalam kajian neurosains. Saintis boleh perhati aktiviti neuron secara terus.
Sebab tu ikan ni popular dalam makmal. Dalam badan kecil dia, ada rahsia besar tentang otak, sistem deria, dan komunikasi.
Dia hidup dalam air gelap dan keruh. Cahaya susah nak tembus, jadi mungkin bunyi jadi senjata utama atau alat komunikasi untuk dia berhubung.
Siapa paling kuat, dialah dominan. Dalam dunia yang gelap, kabur dan keruh maka suaralah akan jadi kuasa.
Pakar gelar nisbah ni sebagai “sound-to-size ratio”. Danionella cerebrum sekarang duduk di takhta untuk kategori tu.
Penemuan ni ubah cara kita tengok hubungan antara saiz dan kekuatan. Evolusi bukan tentang saiz, tapi tentang cara guna apa yang ada.
Ikan ni kecil, tapi struktur dalamannya macam mesin bunyi mikro. Otot dia kecil macam rambut, tapi hasilkan tenaga macam paluan logam.
Dalam dunia haiwan, benda macam ni jarang berlaku. Biasanya makin kecil, makin senyap. Tapi Danionella langgar semua peraturan tu. Atau kita sendiri yang tak nampak, sebab kecil.
Dari luar, dia nampak macam ikan makmal biasa. Tapi bila dia mula berbunyi, sebenarnya amat bising.
Setiap letupan kecil dari tubuh dia ialah peringatan. Alam sentiasa ada kejutan, cuma kita yang belum perhati betul-betul.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.