Korang tau tak, Ibnu Sina di antara tokoh terawal yang mengenalpasti penyakit jiwa?
Pada zaman kesultanan Islam dahulu, ada seorang putera raja yang jatuh sakit. Apa yang pelik, lelaki tu mengaku dirinya seekor lembu. Dia akan meminta-minta supaya lehernya disembelih dan dagingnya dibahagikan kepada orang ramai.
Ramai tabib yang cuba merawat namun menemui kegagalan. Putera raja itu terus mendakwa dirinya lembu dan tidak mengendahkan nasihat keluarganya.
Ibnu Sina pun dihemput ke kediaman putera itu.
Dia mendengar dan bertanya khabar putera raja itu. Lelaki tadi masih mengatakan perkara yang sama iaitu dirinya seekor lembu dan meminta supaya disembelih.
Ibnu Sina pun bersetuju untuk menyembelihnya.
Semua orang terkejut.
Akan tetapi, Ibnu Sina mengatakan, “Kalau nak disembelih, kenalah badan gemuk. Mana ada lembu kurus kering yang disembelih.” Dia menyuruh lelaki itu untuk makan dan minum yang secukupnya
Hari demi hari, keadaan lelaki itu bertambah baik di bawah rawatan Ibnu Sina. Kesihatannya semakin pulih. Buat pertama kali dalam sejarah, lelaki ini disahkan mengidap sejenis penyakit jiwa. Boleh jadi kalau melihat ciri-cirinya, ada macam penyakit Skizofrenia.
Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti).




No comments yet