لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ
لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْك
Laungan Talbiah dilafazkan menandakan seruan Allah Yang Maha Agung telah kita sambut untuk menjadi Duyufurrahman di Tanah Suci Mukarramah. Inilah simbolik pelaksanaan ibadah Haji. Di sini, padang Arafah bahkan dalam ibadah ini tidak mengenal pangkat mahupun harta.
Baik Pemimpin, Perdana Menteri bahkan seorang Raja sekalipun akan menghambakan dirinya kepada Tuhannya di sini. Tiada perbezaan pangkat antara mereka. Yang membezakan mereka adalah Iman dan Taqwa mereka kepada Allah SWT.
Di Arafah, sekalian umat Manusia berkumpul di sini, menadahkan doa kepada Sang Pencipta agar Haji mereka mabrur dan diterima Allah SWT. Laksana di Padang Mahsyar. Semuanya akan berada di sini menanti ketentuan Illahi.
Inilah simbolik penghambaan diri yang sebenar. Segala pangkat mahupun jawatan tidak bernilai di sini. Semuanya di sini mengharapkan Redha Allah SWT semata mata. Di ikuti dengan bermalam di Mina. Semua manusia di sini akan merasai mujahadahnya dan susahnya di sini.
Diikuti dengan melontar jamrah, menandakan peperangan diri kita dengan hawa nafsu dan syaitan dan lambang ketaatan kita kepada Allah SWT. Dan diikuti dengan tawaf serta ditutupi dengan Saie. Saie merupakan cebisan kenangan daripada pengorbanan Hajar iaitu Ibunda Nabi Ismail AS, yang mencari sumber air buat keperluan keluarga Khalilullah (Nabi Ibrahim AS).
Semoga Allah SWT menerima ibadah jemaah haji kesemuanya. Insya Allah.
Oleh : Muqri Nizam




No comments yet