Pada setiap tahun sekitar pertengahan bulan Julai iaitu lebih tepatnya pada 17 Julai sehingga 24 Ogos , semasa mengorbit matahari, bumi akan melalui kawasan yang padat dengan sisa debu yang ditinggalkan sebuah komet yang bernama 109P/Swift-Tuttle

 

Sisa – sisa debu komet tersebut akan memasuki atmosfera bumi dengan kadar kelajuan yang tinggi lalu terbakar dan menghasilkan jalur cahaya yang digelar sebagai hujan meteor perseids

..

 

Kenapa digelar sebagai hujan meteor perseids?

 

Digelar sebagai hujan meteor perseids kerana titik kemunculan meteor tersebut kelihatan berada berhampiran buruj perseus.

..

Mengikut data yang dikeluarkan International Meteor Organization

( IMO ),

Jangkaan hujan meteor perseids tahun ini boleh mencapai kadar 50 sehingga 110

meteor/jam ketika waktu puncaknya iaitu pada:

 

13 OGOS 2018

( jam 04:00 AM, Waktu Malaysia  )

..

 

Perlu diingat,

 

Kadar kenampakan 50 sehingga 110 meteor/jam itu untuk keadaan yang betul-betul sempurna seperti:

Titik kemunculan meteor berada tepat atas kepala ketika waktu puncaknya.

Tiada awan.

Tiada sebarang gangguan cahaya

Cuaca tidak hujan dan beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi kadar kenampakan meteor.

..

 

Tidak seperti tahun 2017 yang lalu, pada tahun ini Kita agak bernasib baik kerana waktu puncak hujan meteor perseids berlaku tiada sebarang gangguan cahaya bulan yang boleh mengganggu kenampakan meteor.

..

 

WAKTU DAN ARAH UNTUK MENCERAP:

 

Walaupun puncak hujan meteor Perseids berlaku pada 13 Ogos, waktu paling terbaik untuk memulakan aktiviti cerapan boleh dilakukan sekitar jam 02:00 AM sehingga ke subuh hari pada 11, 12 dan 13 Ogos 2018.

 

Arah ketika memulakan cerapan adalah sekitar arah TIMUR LAUT iaitu arah dimana buruj perseus mula terbit.

 

Hujan meteor perseids akan semakin mudah kelihatan apabila muncul dipelbagai arah menjelang waktu subuh apabila titik kemunculan meteor sudah berada tinggi di langit..

..

Kedudukan buruj Perseus semakin meninggi di langit menjelang waktu subuh

..

Panduan untuk mencerap hujan meteor:

 

★ berada di kawasan lapang tanpa halangan terutama pada arah titik kemunculan meteor iaitu buruj perseus.

★ berada di kawasan bebas pencemaran cahaya untuk hasil yang lebih baik..

contoh: tepian pantai, perkampungan

★ TIDAK memerlukan binokular atau teleskop, cukup menggunakan MATA KASAR.

★ fokuskan pandangan ke langit.

Mata memerlukan sekurang-kurangnya 20 minit sehingga 30 minit untuk menyesuaikan dengan keadaan langit yang gelap.

★ sediakan ubat nyamuk atau sebagainya untuk keselesaan.

 

..

 

Untuk memudahkan pencarian lokasi titik kemunculan meteor, digalakan untuk menggunakan aplikasi seperti Stellarium, Star Map dan lain lain.

 

Sekian  ..

 

Wallahu A’lam..

 

” Majulah Falak Untuk Ummah “

 

Rujukan:

IMO ( International Meteor Organization  )

 

_________________________________________

Sejak kebelakangan ini, kos operasi untuk menguruskan laman page dan portal The Patriots semakin meningkat. BANTU KAMI KEKAL MENULIS DI ATAS TALIAN dengan membeli buku-buku kami. Untuk keluaran Ogos, kami mempertaruhkan NAZI DI HUJUNG JARI dan DISEBALIK TIRAI LAYAR. Untuk pembelian, bolehlah ke pautan di bawah.

http://bit.ly/pratempah

ataupun

Nazi Di Hujung Jari – http://bit.ly/nazidihujungjari
Di Sebalik Layar – http://bit.ly/disebaliktirailayar


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Syafiq atau dikenali sebagai Syah, seorang 'Astrophile' yang mempunyai minat mendalam dalam bidang berkaitan Sains terutamanya Astronomi dan juga Meteorologi. Beliau merupakan penulis yang lantang menentang golongan pseudosains dan juga pentaksub membuta tuli teori konspirasi di alam maya.

Comments are closed.