Gaduh dengan makwe/isteri/pakwe/suami ini benda biasa. Tapi jangan dibuatkan kebiasaan ini menjadi toksik.

Bila toksik, ia akan menjadikan kita juga tak sihat. Hubungan toksik ini yang sebab jadi putus dan runtuhnya hubungan. Ia jadikan fizikal dan mental kau pun tak sihat.

Tapi kalau dilihat dari kaca mata hubungan sosial pun, benda ini berlaku juga. Kat bawah ini ada beberapa jenis hubungan toksik.

  1. Hubungan Selalu-Nak-Menang

Hubungan ini berbentuk kau ungkit kesilapan masa lalu pasangan kau dan gunakan kesilapan itu sebagai merit untuk kau menang dalam pergaduhan.

Ungkitan ini juga digunakan untuk menjadikan kau adalah orang selalu betul dan pasangan kau selalu salah.

Hubungan ini dah jadi macam bentuk pertempuran siapa yang paling banyak buat salah. Kau ungkit dia buat sekian-sekian, kemudian dia balas balik kau pun pernah buat sekian-sekian.

Nanti ada-lah ayat, “Kau lagi teruk, sekurang-kurangnya aku…bla-bla-bla…

Toksiknya hubungan ini akan menjadikan kedua-duanya akan menghabiskan hubungan mereka dengan mencari kesalahan masing-masing.

Kemudian, yang terbina dalam hati cuma rasa bersalah dan rasa pahit. Masalah tak pernah selesai sampai bila-bila.

  1. Hubungan tak cakap ‘direct‘.

Ini benda biasa. Bila kau sakit hati ataupun terasa dengan tindakan pasangan kau, kau tak cakap ‘direct‘. Kau cuma bagi ‘hint‘ dengan harapan dia sedar sendiri kesalahannya.

Bila dia buat kau terkilan, kau harap dia boleh baca fikiran kau apa yang buatkan kau terkilan.

Bila dia tak dapat baca fikiran ataupun tak dapat ‘hint‘ yang kau bagi, kau ‘rage‘ dan tertekan tak tentu pasal.

Bila kau marah, pasangan kau pun melenting juga sebab kau marah tak tentu pasal.

Hubungan ini menunjukkan kau tak mempunyai komunikasi yang baik antara satu sama lain. Kau tak mempunyai kefahaman antara satu sama lain. Kau ego.

Kalau kau rasa terkilan ataupun perlukan sokongan, kau beritahu apa yang kau rasa. Tak perlulah nak sembunyi-sembunyi.

  1. Hubungan yang jadikan hubungan sebagai tebusan.

Contohnya pasangan kau dingin dengan kau. Daripada kau tanya kenapa dia dingin, kau ugut dia dengan cakap, “Aku tak mahu hidup dengan orang yang dingin.”

Kalau dia marah, kau ugut hubungan korang dengan cakap, “Aku tak nak orang yang selalu marah-marah.

Ini toksik yang paling teruk kerana kau mengugut emosi pasangan kau. Kemudian akan menimbulkan pemikiran yang negatif terhadap hubungan.

Dalam hubungan ini kau tak boleh mudah-mudah cakap, kau terima semuanya pasal pasangan kau.

Akan ada suatu masa, dia akan tunjukkan sikap-sikap yang kau susah nak terima dan kau tak suka. Ada suatu masa dia akan tunjukkan sikap yang kau rasa tak sempurna.

Kau boleh-lah kritik sikap dia tapi jangan sampai ugut hubungan kau. Sampai nak putus-lah apa semua. Kalau kena kritik, muhasabah diri.

Perkara paling ideal sekali apabila berpasangan adalah sikap ‘aku terima kau seadanya’.

Tak. Kau terima dia apa yang dia tak boleh ubah. Kalau sikap teruk-teruk, kau kena tegur juga. Sebab itulah selalu goyah apabila terlalu ideal.

  1. Hubungan Salahkan Pasangan Sebab Emosi Kau Sendiri.

Kau tertekan lepas balik kerja. Kau rasa tak puas hati juga sebab rakan kerja dan bos buat hal.

Kau balik rumah, kau harap pasangan kau boleh legakan kau dengan bagi kau perhatian. Tapi pasangan kau sibuk teruk. Kau pun marah dia.

Kiranya kau lepaskan rasa marah dan tak puas hati kat dia. Nanti benda yang dia buat semua tak kena dan benda yang dia buat itulah jadi punca kau marah. Kira kau salahkan dia sebab emosi kau tak terurus di pejabat.

Jangan sebab kau ada masalah dengan orang lain, masalah itu kau salurkan ke pasangan kau. Kemudian, kau jadikan pasangan kau kambing hitam pula atas sebab emosi kau.

  1. Hubungan Cemburu Membabi Buta.

Kau rasa cemburu bila pasangan kau berborak ataupun bermesej dengan orang lain. Walaupun benda yang diborakkan itu cuma benda-benda penting.

Paling teruk kau cemburu bila pasangan kau berborak ataupun bermesej dengan orang yang sama jantina dengan pasangan kau.

Ini betul. Aku ada kawan macam ini. Dia borak dengan kawan dia, pasangan dia jalan kat belakang. Pasangan dia cemburu teruk, terus merajuk.

Sikap ini akan membawa pada sikap cuba nak ‘hack‘ akaun media sosial pasangan kau ataupun selalu sangat nak tengok mesej WhatsApp pasangan kau. Ataupun mengintip pasangan kau nak ke mana.

Ini akan menjadikan kongkongan terhadap pasangan. Pasangan kau akan dikongkong dan dikawal oleh kau.

Itu tak boleh. Ini tak boleh. Semua hidup dia kau nak kawal. Ini akan mengakibatkan terhakisnya kepercayaan. Nanti lama-lama apa yang dia buat dan apa dia cakap, semuanya kau susah nak percaya dan sering persoalkan.

Jadi, percayakan pasangan kau. Ia agak radikal, tapi cemburu yang berlebihan memang memakan hubungan kau sendiri. Jangan tuduh bukan-bukan.

  1. Membeli Solusi Apabila Hubungan Ada Masalah.

Bila masalah timbul dalam hubungan, kau tak cari jalan nak selesaikan. Tapi kau lari. Kau tutup masalah itu dengan makan tempat sedap-sedap dan pergi melancong.

Kau buat macam ini dengan harapan masalah itu berlalu pergi dengan sendirinya dan biarkan ia tak terjawab dan dilupakan.

Bila ada masalah, berbincang dan selesaikan. Bukan lari dan melancong. Tak kisahlah nak ambil masa untuk tenangkan diri. Tapi janganlah jadikan itu untuk tutup masalah.

Sumber: Mark Manson

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply