Baru-baru ini saya menonton filem Gabbar Is Back, jadi satu babak tentang penipuan hospital swasta mendorong saya untuk menulis status ini.
Hospital-hospital yang ditubuhkan dalam kerajaan-kerajaan Islam lampau seperti Andalusia, Abbasiyah, Uthmaniyah & lain-lain merupakan hospital yang terbaik dalam sejarah dunia. Selain dari menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada semua golongan, ianya menawarkan khidmat ‘kelas pertama’ yang terbaik, hatta kepada orang2 miskin.
Sebagai contoh Hospital Al Mansuri. Sultan Mansur Al Qalawun yang memerintah kerajaan Mamluk di Mesir telah membina sebuah hospital yang besar yang dinamakan Hospital Al Mansuri pada tahun 1284 M.
Hospital ini telah merawat sekitar 8000 orang pesakit sehari. Di hospital ini juga disediakan kemudahan taman bunga, gudang, pasar dan rumah kuarters untuk kakitangan hospital.
Pada dokumen Hospital Al Mansuri ini dinukilkan catatan berikut:-
“Hospital ini hendaklah menjaga dan merawat semua pesakit, lelaki atau perempuan sehingga mereka benar-benar pulih. Bayaran ditanggung oleh hospital sama ada pesakit datang dari dekat atau jauh, penduduk tempatan atau luar, kuat atau lemah, tinggi atau rendah, miskin atau kaya, bekerja atau tidak bekerja, buta atau tidak buta, sihat atau gila dan mempunyai pelajaran atau sebaliknya. Tiada syarat untuk pertimbangan dan pembayaran; semua percuma. Semua perkhidmatan yang diberikan hanya kerana kebesaran Allah SWT, Yang Maha Pemurah.”
Selain dari menyediakan rawatan yang percuma kepada seluruh masyarakat, Hospital Al Mansur juga menyediakan layanan yang sangat baik kepada para pesakit. Terdapat catatan tentang layanan yang diberikan oleh Hospital Al Mansuri kepada para pesakit seperti berikut:-
“Sultan memerintahkan setiap pesakit yang telah sembuh diberikan pakaian baru dan yang telah meninggal dunia pula diberikan kain kapan dan dikebumikan. Sultan juga telah melantik tiga orang doktor, pakar mata, pakar bedah dan pakar tulang merawat pesakit. Tiga orang lelaki dan wanita telah digaji untuk mengiringi pesakit, membersihkan bilik, mencuci pakaian dan mengiringi pesakit ke dalam bilik air.”
Hospital-hospital dalam kerajaan-kerajaan Islam lampau mampu memberikan khidmat percuma kerana sistem wakaf yang aktif & telus. Manakala layanan terbaik pula lahir dari sifat iman.
Di zaman kegemilangan Islam ini, tiada istilah hospital swasta. Namun orang2 miskin dapat rawatan sebaik hospital swasta. Hospital seperti ini nampaknya tidak lagi wujud di zaman kapitalis giat menguasai dunia ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih