Komet, meteor, dan meteorit mempunyai sejarah yang panjang dengan Bumi sejak Bumi lahir lagi. Dari berjuta-juta tahun sehingga sekarang, komet dan meteor masih membelah langit malam, dan meteorit masih banyak menghentam Bumi.

 

Untuk trivia ini, saya menceritakan tentang meteorit terbesar di dunia, iaitu meteorit Hoba. Mungkin ada antara korang keliru, apa bezanya meteorit dengan meteor. Meteor ialah batu angkasa yang terhakis sehingga tiada apabila melalui atmosfera Bumi. Apabila batu angkasa masih bertahan sehingga menghempas permukaan Bumi, barulah batu itu dipanggil dengan nama ‘meteorit’.

 

Berbalik kepada meteorit Hoba, meteorit besi yang terletak di negeri Otjozondjupa, Namibia ini menghempas Bumi pada 80,000 tahun lalu dan satu-satunya meteorit yang kekal rupa bentuknya setelah melintasi atmosfera. Berat meteorit ini melebihi 60 tan (60,000 kg), jadi meteorit itu kekal di tempatnya sehingga ditemui oleh manusia.

 

 

Pada tahun 1920, petani bernama Jacobus Hermanus Brits menemui meteorit ini secara tak sengaja ketika membajak tanamannya. Pada 15 Mac 1955, meteorit Hoba diwartakan sebagai ‘monumen negara’ bagi mengelak vandalisme berlaku ke atas meteorit itu.

 

Masuk tahun 1988, kerajaan Namibia menjadikan meteorit Hoba dan kawasan sekitarnya sebagai lokasi perlancongan untuk pelancong datang melihat sendiri meteorit terbesar dunia ini.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply