Meromantiskan sebuah sejarah menjadi satu cereka hikayat tidaklah semudah untuk mendidik masyarakat agar mengetahui perbezaan di antara fakta dan fiksyen. Fiksyen sejarah dicipta berdasarkan material yang diambil dari fakta sesebuah sejarah untuk ditulis semua mengikut naratif yang dikehendaki.
Fiksyen adalah berbeza dengan mitologi, kerana mitologi adalah kisah-kisah yang jelas berunsur mistik mengikut kepercayaan tertentu, manakala fiksyen adalah kisah rekaan yang diceritakan seolah-olah ia benar-benar pernah berlaku berdasarkan logik akal semasa.
China merupakan sebuah ketamadunan yang telah berusia sama ada lebih 5,000 atau 2,000 tahun lamanya. Walaupun mereka telah mendirikan peradaban semenjak zaman kuno lagi, tetapi China antara salah satu ketamadunan yang memiliki sistem simpanan arkib sejarahnya yang sangat teratur dan sistematik.
Di samping itu, dasar-dasar pemuliharaan sejarah dan budaya oleh kerajaan Republik Rakyat China mahu pun Republik China di Taiwan hari ini adalah sangat agresif dalam memastikan usaha memulihara sejarah mereka sentiasa berjalan dengan lancar.
Oleh sebab itulah hari ini negara China memiliki rekod sejarah ketamadunannya yang amatlah panjang namun sumbernya jelas lagi terperinci. Walaupun dipenuhi dengan elemen-elemen syurgawi dan dewa dewi, namun dengan melaksanakan dasar pemuliharaan teks sejarah yang mengasingkan catatan sejarah yang asli dengan karya-karya hikayat berdasarkan sejarah China yang telah diromantiskan, mereka tahu membezakan yang mana satu fakta yang mana satu rekaan.
Semua ini telah dilakukan oleh para sejarawan, penulis kronikel, pencatat sejarah rasmi imperialis China kuno, dan sumber-sumber asing yang menulis tentang China, semenjak bermulanya pemerintahan Dinasti Qin lagi. Sama seperti sebagaimana sejarah tamadun-tamadun di Asia Tengah, Parsi, Turki dan Eropah terjaga dengan baik.
Walau bagaimanapun, tidak semua catatan bersejarah China ini terselamat. Ada yang telah mus.nah kerana faktor perubahan iklim dan geografi, bahkan banyak monumen, artifak dan manuskrip teks bersejarah China kuno yang telah dimus.nahkan semasa Revolusi Kebudayaan dilaksanakan oleh kerajaan Parti Komunis China.
Oleh itu, antara pilihan yang masih ada adalah mereka menjadikan karya-karya fiksyen berbentuk hikayat yang boleh dijadikan sumber kajian penting bagi menyelidik ketepatan sejarah China, terutamanya tentang sejarah Tiga Kerajaan pada era Dinasti Han Timur yang sebahagiaannya masih tercatat pada manuskrip Rekod Tiga Kerajaan, yang kemudian akan diabadikan sebagai karya fiksyen berbentuk novel Hikayat Tiga Kerajaan.
Hikayat Tiga Kerajaan, atau Romance of the Three Kingdoms merupakan salah satu dari karya fiksyen berdasarkan sejarah yang dikarang ke dalam bentuk novel fiksyen sejarah oleh Luo Guanzhong, ia ditulis ketika dia hidup antara era peralihan kuasa pemerintahan Dinasti Yuan (Mongol) kepada pemerintahan Dinasti Ming, iaitu sekitar tahun 1315 sehingga 1400.
Cetakan pertama karya ini dilakukan pada tahun 1522. Ia berkisar tentang kisah perebutan kuasa di antara tiga buah negeri yang berpecah belah semasa pemerintahan Dinasti Han sedang memasuki fasa kemerosotan, latar waktunya dimulakan pada sekitar dua ratus tahun selepas Liu Bang mengasaskan Dinasti Han atau sekitar dua ratus tahun sebelum Dinasti Han dijatuhkan secara mutlak.
Novel Hikayat Tiga Kerajaan ditulis berdasarkan rujukan yang mungkin dilakukan oleh Luo Guanzhong terhadap beberapa sumber terutamanya sisa-sisa catatan bersejarah yang masih ada, boleh dikatakan, mungkin dia hanya merujuk kepada manuskrip Rekod Tiga Kerajaan yang telah disusun oleh pencatat sejarah Dinasti Han bernama Chen Shou secara kontemporari.
Rekod Tiga Kerajaan merangkumi peristiwa-peristiwa yang bermula dari Pember.on.takan Serban Kuning pada tahun 184 M dan diakhiri dengan penyatuan semula Tiga Kerajaan yang berpe.rang ini di bawah Dinasti Jin pada tahun 280 M sekaligus mengakhiri usia Dinasti Han.
Novel ini turut diisi dengan banyak bahan-bahan berbentuk puisi secara selingan yang berasal dari era Dinasti Tang, opera dari era Dinasti Yuan, serta rumusan dan tafsiran peribadi pengarangnya sendiri dalam bentuk puisi, selalunya berkisar mengenai sesetengah unsur-unsur seperti sifat belas ihsan dan keabsahan kuasa.
Dalam erti kata yang lebih mudah, Luo Guanzhong telah menggabungkan ilmu pengetahuan tentang sejarah dengan naratif yang digarap mengikut ideanya sendiri, serta memanfaatkan bakat penceritaan dan berpuisi untuk mencipta satu alam pengembaraan yang mengasyikkan pembaca.
Kebanyakan beberapa babak-babak penting dalam novel ini adalah berstatus rekaan sepenuhnya, manakala selebihnya adalah hasil pengubahsuaian kisah-kisah dari teks asal Rekod Tiga Kerajaan. Dan ada beratus-ratus watak sampingan yang sebenarnya tidak pernah wujud atau sebutan mengenainya tidak ada perincian yang jelas dalam catatan sejarah sebenar.
Contohnya, Diao Chan adalah watak fiksyen yang dicipta oleh Luo Guanzhong berdasarkan sebutan tentang isteri kedua Lu Bu yang tidak pernah dinyatakan namanya. Atau watak Sun Shang Xiang yang merupakan adik perempuan Sun Quan tetapi dalam sejarah sebenar dia hanyalah dikenali dengan panggilan sebagai “Puan Sun” sahaja
Bahkan terdapat banyak lagi kisah-kisah dan watak rekaan pada setiap bab di dalam Hikayat Tiga Kerajaan. Tetapi, adakalanya penulis tertanya-tanya juga bagaimana China mampu meromantiskan sejarah sendiri tanpa dipertikaikan rakyat. Sedangkan kita baru menghadapi kekeliruan tentang lokasi tepat di mana Hang Tuah telah dimakamkan pun sudah menjadi satu isu besar.
Lebih menyedihkan, segelintir dari kita hari ini bukan sahaja menerima kisah-kisah fiksyen seolah-olah ianya satu fakta sejarah, bahkan, ada yang mempercayai bulat-bulat kisah-kisah lagenda mitos yang diromantiskan tanpa menyelidik kebenarannya, contohnya kisah Merong Mahawangsa melawan ‘Garuda’ yang menye.rang rombongan Putera Rom dan Puteri China.
Setakat ini apa yang jelas ialah, sejarah yang diromantiskan tidak menjadi satu masalah besar di China kerana mereka telah sedia memiliki sistem pemuliharaan artifak yang baik dan arkib simpanan rekod sejarah mereka yang penting sebagai sumber rujukan, dan semua tradisi pemuliharaan sejarah mereka ini telah pun dilakukan sejak ribuan tahun yang lalu.
Berbeza sekali dengan kita yang amat kekurangan sumber yang benar-benar asli hingga terpaksa bergantung kepada hikayat dan sumber-sumber luar seperti Portugis. Situasi ini mendorong orang Melayu untuk menerima secara bulat-bulat setiap maklumat sejarah yang muncul tentang Melayu walaupun ianya adalah rekaan semata-mata, ini turut mencetuskan budaya pseudo-sejarah yang sangat teruk di kalangan melayu hingga melahirkan begitu ramai pentaksub teori konspirasi hari ini.
Walaupun begitu, China juga tidak kurang hebatnya dalam meromantiskan sejarah mereka sendiri, terutamanya melalui sejarah Tiga Kerajaan. Berikut adalah senarai beberapa lagi peristiwa yang muncul dalam novel Hikayat Tiga Kerajaan tetapi sebenarnya tidak pernah berlaku pun dalam sejarah.
Berikut adalah senarai peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam novel Hikayat Tiga Kerajaan yang ditulis oleh Luo Guanzhong, tetapi tidak wujud atau tidak pernah dicatatkan sebagai pernah berlaku dalam catatan bersejarah secara rasmi melalui Rekod Tiga Kerajaan, Sejarah Han Akhir, dan Sejarah Dinasti Jin, mahu pun sejarah China yang disusun secara kronologi di dalam kitab Zizhi Tongjian.
Ini bermaksud, semua peristiwa yang disenaraikan di dalam artikel ini, iaitu yang dipetik dari novel Hikayat Tiga Kerajaan, adalah sama ada tidak pernah berlaku dalam sejarah atau telah ditokok tambah untuk menjadikan penceritaannya bertambah menarik.
Guan Yu Memb.unu.h Hua Xiong
Peristiwa ini merupakan sebahagian daripada babak dalam Pertem.puran Sishui. Dalam novel Hikayat Tiga Kerajaan, Guan Yu telah menawarkan diri untuk bertarung melawan Hua Xiong yang telah mengalahkan beberapa pahlawan tentera pakatan penentang Dong Zhuo, termasuklah Sun Jian.
Sebelum berangkat untuk bertanding secara satu lawan satu, dia dihidangkan secawan wain panas untuk diminum dan meningkatkan semangat juangnya, tetapi Guan Yu yang ego itu menolak, dia mengatakan “biar aku selesaikan kerjaku dahulu, kemudian aku akan kembali dan meminum wain ini semasa ia masih panas”. Tidak lama selepas dia keluar, dia kemudian kembali dengan membawa kepala Hua Xiong di tangannya lalu meneguk wain yang masih panas.
Tetapi hakikatnya dari segi fakta sejarah yang terdapat dalam teks Rekod Tiga Kerajaan, sebenarnya Guan Yu tidak pernah terlibat dalam Kempen menentang pemerintahan Dong Zhuo, maka, adalah tidak masuk akal jika dikatakan Guan Yu pernah memb.unu.h mahupun bertemu Hua Xiong.
Bahkan, apa yang terjadi sebenarnya adalah, Hua Xiong dihantar ke Yangren bersama dengan Lu Bu dan Hu Zhen untuk meme.rangi Sun Jian. Tetapi Lu Bu dan Hu Zhen telah dikalahkan oleh Sun Jian lalu mereka berundur, dan Hua Xiong dipetik telah terb.unu.h semasa pertem.puran.
Peristiwa ini juga turut ditemui di dalam teks fiksyen Sanguo Zhi Pinghua yang telah ditulis jauh lebih lama sebelum Hikayat Tiga Kerajaan.
Dari segi sejarah, para panglima pera.ng yang membentuk pakatan adalah agak dingin antara satu sama lain dan berada di kedudukan yang jauh di antara satu sama lain. Mungkin untuk mempermudahkan gaya penulisan yang lebih mudah difahami, maka Luo Guanzhong telah mengumpulkan kesemua panglima pera.ng di tempat yang sama, atau ia dilakukan agar semua panglima pera.ng dapat menjadi saksi pencapaian Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei menentang Hua Xiong dan Lu Bu.
Zhang Jue Menerima Tiga jilid Kitab Syurga Dari Pertapa Suci Selatan
Kisah ini terdapat dalam bab pertama. Zhang Jue bertemu dengan seorang lelaki tua yang penuh misteri semasa sedang memetik tumbuh-tumbuhan herba di hutan pergunungan. Dia dibawa oleh lelaki tua itu ke dalam sebuah gua, yang kemudian memberitahu kepadanya bahawa dia adalah Sang Pertapa Suci dari Tanah Selatan sebelum mengurniakan tiga jilid Kitab Syurga kepada Zhang Jue untuk dipelajari dan dihafal demi menyelamatkan umat manusia yang sedang dalam kekacauan.
Zhang Jue dan adik-beradiknya Zhang Bao dan Zhang Liang menguasai dan menghafal kitab tersebut sebelum mula melancarkan pember.on.takan terhadap Dinasti Han dengan menghasut rakyat yang sedang dilanda wa.bak dan kebu.luran.
Walau bagaimanapun, babak ini adalah rekaan fiksyen sepenuhnya, bahkan watak Zhang Jue sendiri merupakan watak fiksyen rekaan. Dan watak Sang Pertapa Suci dari Selatan juga adalah watak yang direka walaupun dalam versi terjemahan terkemudian, namanya akan ditulis sebagai Zhuangzhi, yang merupakan nama seorang watak bersejarah. Bahkan Kitab Syurga juga adalah barang rekaan.
Walaupun Kitab Syurga tidak pernah muncul dalam sejarah, ada sebutan yang menyatakan Zhang Jue memiliki kitab yang lain, yang disebut sebagai Taiping Qingling Shu (Kitab Keamanan Agung, dengan Judul Kehijauan), kitab ini biasanya dikenali dengan salah satu teks klasik Taoisme berjudul Taiping Jing.
Dalam novel fiksyen, Kitab Syurga digunakan oleh Zhang Jue untuk menguasai unsur-unsur seperti angin dan hujan, namun sejarahnya tidak menjelaskan mengapa dan sejauh mana Zhang Jue menguasai Taiping Qingling Shu
Zhang Liao Membela.sah Pemeriksa Imperial
Ini adalah salah satu babak yang agak menarik perhatian penulis, ia muncul dalam Bab Kedua Hikayat Tiga Kerajaan. Menceritakan kisah tentang seorang Pemeriksa Imperial (inspektor) yang perlu memeriksa kelayakan Liu Bei yang telah dilantik untuk menduduki jawatan sebagai majistret kecil peringkat daerah berikutan kejayaannya memadamkan Pember.on.takan Serban Kuning.
Pemeriksa Imperial yang korup itu sebaliknya meminta rasuah dari Liu Bei, tetapi Liu Bei berkeras enggan menunaikan permintaannya sehingga Pemeriksa Imperial marah lalu bertindak memaksa penduduk tempatan untuk mengemukakan aduan tidak puas hati terhadap Liu Bei.
Zhang Fei, salah seorang dari tiga orang yang mengangkat sumpah sebagai tiga bersaudara (Liu Bei, Guan Yu, Zhang Fei) yang juga seorang sudah sedia panas baran sifatnya terus naik angin setelah mendengar tentang perkara ini dan telah bertindak membela.sah Pemeriksa Imperial dengan begitu teruk sekali.
Sebenarnya, kisah yang serupa turut ditemui melalui biografi rasmi Liu Bei dalam Rekod Tiga Kerajaan, tetapi sebenarnya ia menunjukkan bahawa bukanlah Zhang Fei yang telah membela.sah Pemeriksa Imperial tersebut, tetapi hakikatnya orang yang memuku.l pegawai itu adalah Liu Bei sendiri, ia kerana Pemeriksa Imperial langsung tidak berminat untuk memandang Liu Bei, apatah lagi hendak memeriksa prestasi kerjayanya.
Luo Guanzhong telah mengubah fakta sejarah tersebut dengan membuat Zhang Fei menjadi orang yang bertanggungjawab di atas tindakan terburu-buru itu, ianya adalah demi mengekalkan pesona karisma dan ciri-ciri perwatakan peribadi Liu Bei sebagai seorang pahlawan dan pemimpin yang baik hati, dan meletakkan naratif sebagai kaki p.uku.l itu terhadap Zhang Fei yang lebih sesuai dengan sifat keperibadiannya.
Ini menunjukkan bahawa Liu Bei sebenarnya bukanlah seorang tokoh yang ‘humble’ dan lemah lembut seperti yang dipopularkan oleh budaya-budaya pop semasa (filem, drama, permainan video). Sebaliknya jika kita membandingkan Liu Bei versi Hikayat dengan Liu Bei versi Sejarah, bezanya bagaikan langit dan bumi.
Tindakan meromantiskan watak Liu Bei ini menyebabkan seorang pengkaji sejarah perlu menjadikan sikap spektikal sebagai satu keperluan terhadap sebarang fakta yang ditemui mengenai Liu Bei.
Sumpah Tiga Bersaudara Di Taman Persik
Babak ini boleh ditemui di dalam Bab Pertama novel fiksyen Hikayat Tiga Kerajaan. Dan babak ini mungkin adalah salah satu peristiwa tokok tambah secara fiksyen yang paling terkenal di dalam novel tulisan Luo Guanzhong itu.
Tujuan asal Sumpah Tiga Bersaudara di Taman Persik adalah untuk menyatakan kesungguhan Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei yang mahu turut serta dalam kempen ketenteraan bagi melindungi Dinasti Han dari Pember.on.takan Serban Kuning. Upacara angkat sumpah ini turut mengikat tiga watak utama kerajaan Shu-Han pada masa depan dan sering dianggap sebagai simbol kesetiaan persaudaraan.
Teks Sanguo Zhi Pinghua (1321-1323) adalah teks fiksyen yang merupakan pendahulu kepada novel Hikayat Tiga Kerajaan. Kehanyakan peristiwa rekaan atau fiksyen yang ditulis dalam hikayat yang dikarang oleh Luo Guanzhong berasal dari Sanguo Zhi Pinghua. Peristiwa mengangkat sumpah di Taman Persik merupakan salah satu darinya.
Walau bagaimanapun, dari segi fakta, peristiwa ini tidak pernah disebut di dalam biografi rasmi Liu Bei, Zhang Fei dan Guan Yu yang merupakan sebahagian dari Rekod Tiga Kerajaan.
Dalam fiksyen, ketiga-tiga lelaki itu ditemukan semasa Pember.on.takan Serban Kuning, sedangkan di dalam catatan sejarah sebenar, mereka seolah-olah sudah lama saling mengenali antara satu sama lain sebelum itu. Walaupun Sumpah di Taman Persik tidak pernah berlaku, ketiga-tiga lelaki itu tetap digambarkan sebagai “rapat seumpama saudara” dan bahkan akan berkongsi tempat tidur yang sama.
Lu Bu Memb.unu.h Ding Yuan Selepas Dirasuah Musuh
Babak ini berlaku dalam Bab Ketiga. Ketika Dong Zhuo menguasai pemerintahan secara de facto dengan menjadikan Maharaja Xian sebagai bonekanya, Ding Yuan segera bangkit menentangnya tetapi Dong Zhuo sangat mengagumi kehandalan anak didik musuhnya itu yang bernama Lu Bu. Li Su memberitahu Dong Zhuo bahawa Lu Bu adalah seorang lelaki yang tamak dan boleh disuap dengan menawarkannya kuda yang bernama Kelinci Merah.
Dong Zhuo bersetuju lalu memerintahkan Li Su untuk melakukannya memandangkan Li Su sendiri merupakan kenalan lama Lu Bu. Akhirnya Lu Bu memb.unu.h Ding Yuan yang sebelum itu dianggapnya sebagai bapa angkat untuk berpaling tadah lalu berkhidmat kepada Dong Zhuo.
Biografi rasmi Lu Bu dalam Rekod Tiga Kerajaan dan Sejarah Han Akhir mengatakan bahawa Lu Bu pernah menunggang kuda Kelinci Merah semasa dia berkhidmat untuk Yuan Shao dan berpera.ng menghapuskan penyamun di Bukit Hitam. Ia turut menyebut tentang peristiwa Li Su merasuah Lu Bu agar memihak kepada Dong Zhuo.
Tetapi bukan kuda Kelinci Merah yang ditawarkan, sebaliknya Lu Bu disuap dengan hadiah berbentuk pelbagai harta dan kekayaan. Kedua-dua kisah ini mungkin telah disatukan oleh Luo Guanzhong.
Aksi Kepahlawanan Zhao Yun Menyelamatkan Putera Liu Shan Di Changban
Dalam kekacauan semasa Pertem.puran Changban, Zhao Yun atau Zilong tiba-tiba menghilang di sebelah utara Changban, tindakannya menimbulkan syak wasangka di kalangan rakann seperjuangannya akan kemungkinan Zhao Yun telah berpaling tadah dengan menyerah diri kepada Cao Cao. Ketika gosip itu tiba kepada Liu Bei, Liu Bei dengan marah melemparkan kapak dan berkata, “Zilong tidak mungkin akan meninggalkan aku!”
Benar, Zhao Yun kembali bersama dengan anak lelaki Liu Bei yang dibawa dalam pelukannya, dan turut membawa bersama dengan Puan Gan (salah seorang isteri Liu Bei). Liu Bei kemudian mengambil anaknya itu kemudian dicampakkan ke tanah kerana menganggap anaknya membawa malang yang hampir menyebabkan dia kehilangan seorang pejuang yang berbakat besar. Dengan ini, Zhao Yun dinaikkan pangkat menjadi Panglima Panji-panji.
Seperti kisah-kisah dramatik yang lain dalam Hikayat Tiga Kerajaan, peristiwa ini juga tidak pernah berlaku dalam Pertem.puran Changban. Walaupun Zhao Yun memang menyertai perte.mp.uran ini, namun peristiwa itu hanyalah peristiwa yang ditokok tambah dalam Perte.mp.uran Changban.
Xiao Qiao Menyerah Kepada Cao Cao
Jika anda pernah menonton filem Red Cliff yang diarahkan oleh John Woo. Anda pasti mengingati babak ini yang berlaku semasa Perte.mp.uran Chibi. Babak ini telah diambil dari novel Hikayat Tiga Kerajaan
Ketika seluruh persiapan dimulakan untuk melaksanakan rancangan ‘Ser.an.gan Kapal Terbakar’ yang dicadangkan oleh Zhou Yu untuk memus.nahkan armada laut Cao Cao, Zhuge Liang menyedari arah tiupan angin tidak memihak rancangan tersebut. Zhuge Liang meramalkan arah angin akan berubah, tetapi hanya selepas beberapa jam sebelum perte.mp.uran bermula.
Xiao Qiao yang terdengar perbincangan itu bertindak menyelinap masuk ke dalam kem Cao Cao. Cao Cao yang sudah lama memuja kecantikan Xiao Qiao itu terus menerima kehadiran Xiao Qiao ke kemnya. Sementara pasukan tentera Sun Quan dan Liu Bei sedang menunggu angin timur bertiup.
Xiao Qiao berjaya memberikan Sun Quan masa yang cukup untuk menunggu angin timur dengan mengalihkan tumpuan Cao Cao, dia berusaha menarik perhatian Cao Cao dengan menceritakan semua yang dia tahu tentang proses pembuatan teh yang baik.
Walau bagaimana pun, dari segi fakta sejarah, Xiao Qiao bukanlah salah satu punca yang mencetuskan Pertem.puran Chibi mahu pun menjadi punca yang menyebabkan Cao Cao kalah teruk dalam pertem.puran itu.
Dan walaupun Pertem.puran Chibi itu sendiri diragui sebagai pernah berlaku, namun apa yang ada sama ada dalam karya fiksyen atau sumber dari tradisi lisan adalah semasa pertem.puran hendak dimulakan, angin timur tidak pernah menjadi satu masalah dan tidak ada keperluan untuk Xiao Qiao mencuri masa Cao Cao.
Zhuge Liang Melakukan Ritual Doa Memohon Angin Timur
Babak di mana Zhuge Liang melakukan upacara ritual bagi memohon kedatangana angin dari timur untuk melancarkan ser.an.gan kapal terbakar terhadap armada laut Cao Cao adalah salah satu peristiwa fiksyen dari novel Hikayat Tiga Kerajaan. Babak ini adalah sebahagian daripada Pertem.puran Chibi.
Setelah semua persiapan untuk ser.an.gan kapal terbakar terhadap armada Cao Cao dibuat, Zhou Yu menyedari arah tiupan angin tidak menyebelahinya dan malah ia mungkin akan memb.akar armadanya sendiri. Zhuge Liang secara sukarela melakukan ritual berdoa di altar agar angin timur bertiup.
Berdasarkan lokasi yang dipercayai sebagai lokasi tepat di mana Pertem.puran Chibi telah berlangsung iaitu di wilayah Jiangnan selatan, sebenarnya kawasan itu adalah kawasan yang amat terdedah kepada tiupan angin dari timur. Dan catatan sejarah Rekod Tiga Kerajaan tidak pernah menyebut Zhuge Liang pernah melakukan ritual itu.
Tabib Hua Tuo Membedah Lengan Guan Yu Hidup-hidup
Dalam Hikayat Tiga Kerajaan Bab ke-75, ketika Guan Yu sedang mengepalai ser.an.gan ke atas Fancheng (kini Xiangfan, di provinsi Hubei), dia terkena pan.ah bera.cun yang ditem.bak oleh musuh lalu dia berundur. Anak angkat Guan Yu, Guan Ping, berjaya menemui tabib yang paling terkenal pada zaman itu untuk menyembuhkan kecede.raan Guan Yu.
Tabib terkenal itu adalah Hua Tuo. Hua Tuo memberitahu Guan Yu bahawa jika Guan Yu mahu sembuh, dia harus melakukan pembedahan terhadap lengan Guan Yu dengan membelah dan mengikis kesan rac.un pada tulang.
Hua Tuo menasihatkan agar Guan Yu diberikan can.du kemudian matanya ditutup dan lengannya diikat dengan ketat kerana pembedahan itu sangat menyak.itkan, tetapi Guan Yu yang penuh keegoan itu menolak, bahkan memerintahkan Ma Liang untuk bermain Weqi (permainan catur China kuno) bersamanya sambil Hua Tuo membedah lengannya.
Semasa Hua Tuo melakukan pembedahan, para panglima bawahan Guan Yu tidak sanggup menyaksikannya, tetapi Guan Yu kekal tenang dan mampu mengalahkan Ma Liang dalam permainan Weqi seolah-olah pembedahan itu tidak pernah berlaku.
Selepas pembedahan, Hua Tuo berjaya menyembuhkan lengan Guan Yu dan menjahitnya selepas menyapu ubat. Guan Yu menggelarkan Hua Tuo sebagai “Dewa Tabib” dan memutuskan untuk memberinya hadiah, tetapi Hua Tuo menolak kerana dia tidak mahu menerima hasil yang disumbangkan dari pepe.ra.ngan yang memecah belahkan manusia.
Namun, hakikat yang sebenarnya adalah peristiwa ini tidak pernah berlaku. Dari segi fakta sejarah, Hua Tuo telah meninggal dunia pada tahun 208 Masehi. Manakala Pertem.puran Fancheng pula berlaku pada tahun 219 Masehi. Dalam sejarah, Hua Tuo dianggap sebagai tokoh pertama yang memperkenalkan teknik pembedahan dalam dunia perubatan China.
Cao Cao Meminjam Golok Tujuh Bintang Dari Wang Yun
Babak ini ada di dalam Bab Keempat. Wang Yun meminjamkan Cao Cao sebilah sen.jata warisan turun temurun keluarganya yang bernama Golok Tujuh Bintang setelah Cao Cao berjanji kepadanya untuk membun.uh Dong Zhuo menggunakan golok tersebut. Tetapi rancangan pembun.uhan itu terbongkar lalu gagal dan Cao Cao menjadi pelarian yang diburu kerajaan.
Babak ini menunjukkan ada sedikit persamaan dengan catatan dari biografi rasmi Cao Cao dalam Rekod Tiga Kerajaan, yang menyatakan bahawa Dong Zhuo ingin melantik Cao Cao sebagai Kolonel Pemberani Tentera Berkuda. Cao Cao merasa tidak selesa mengenainya dan bertindak melarikan diri keluar dari ibu kota melalui penyamaran.
Cao Cao Ditangkap Dan Dibebaskan Oleh Chen Gong
Babak yang juga berlaku dalam bab keempat ini menceritakan bagaimana Cao Cao ditangkap oleh Chen Gong tetapi juga dibebaskan oleh orang yang sama. Ini adalah babak fiksyen.
Dalam novel hikayat, Cao Cao melarikan diri selepas percubaan membun.uh Dong Zhuo gagal, tetapi hebahan notis memburunya telah ditampal di seluruh kawasan kota untuk mencari dan menangkap Cao Cao. Cao Cao kemudian ditemui oleh seorang majistret daerah bernama Chen Gong dan akhirnya dia ditangkap.
Chen Gong pada mulanya mahu mengugut mahu menghantar kepala Cao Cao kepada Dong Zhuo demi menuntut ganjaran besar yang ditawarkan kerajaan, kemudian memutuskan untuk melepaskan Cao Cao dan mengikut Cao Cao dalam perjuangannya.
Tetapi berdasarkan catatan Rekod Tiga Kerajaan, Chen Gong tidak pernah memutuskan untuk berkhidmat kepada Cao Cao sehingga tahun 191 Masehi. Dan walaupun Cao Cao memang dicatatkan pernah ditangkap dan dibebaskan, tetapi bukan oleh Chen Gong.
Lu Meng M.ati Dibun.uh Oleh Roh Guan Yu
Ini antara babak fiksyen yang paling menarik dalam Hikayat Tiga Kerajaan kerana ia menampilkan sisi ketaksuban para penyokong Guan Yu. Kisahnya bermula selepas Lu Meng berjaya mengalahkan dan membun.uh Guan Yu semasa penak.lukan Jingzhou.
Sun Quan mengadakan pesta untuk meraikan kejayaan Lu Meng. Di tengah-tengah pesta, Lu Meng tiba-tiba dirasuk oleh roh Guan Yu dan da.rah tersembur keluar dari mulut dan hidungnya. Tiba-tiba, Lu Meng bangun dan menangkap Sun Quan, tetapi para panglima Sun Quan dengan pantas meluru untuk menyelamatkan Sun Quan. Lu Meng kemudian bersumpah untuk membalas de.ndam sebelum rebah dan m.ati.
Dalam versi fiksyen yang lain, pesta itu dikatakan diadakan oleh Sun Quan dengan tujuan kononnya untuk meraikan kejayaannya, tetapi sebenarnya Sun Quan mahu membu.nu.h Lu Meng kerana marah dengan tindakan membu.nu.h Guan Yu yang pastinya akan menyulitkan lagi perm.usuhan dengan Liu Bei.
Setelah Lu Meng meninggal dunia, Sun Quan mengirimkan kepala Guan Yu kepada Cao Cao sebagai taktik untuk melaga-lagakan Cao Cao dengan Liu Bei sekaligus mengelakkan dirinya dijadikan sasaran kemarahan Liu Bei. Dia juga memaklumkan kepada Liu Bei bahawa dia telah membu.nu.h Lu Meng yang ‘didakwa’ membu.nu.h Guan Yu demi menarik perhatian Cao Cao.
Sayangnya, fakta sejarah menunjukkan bahawa pesta meraikan kejayaan Lu Meng itu tidak pernah diadakan. Bahkan hingga hari ini tidak pernah diketahui siapa sebenarnya yang membu.nu.h Guan Yu, apa yang diketahui hanyalah kem.atian Guan Yu berlaku semasa dia dikejar dan ditangkap oleh tentera Wu.
Manakala Lu Meng pula sebenarnya jatuh sa.kit kerana peny.akit misteri dan Sun Quan sendiri telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya, tetapi Lu Meng tidak mampu bertahan dan meninggal dunia pada usia 41 tahun (219 M).
Selain Lu Meng, beberapa lagi nama yang lain juga pernah dicadangkan sebagai individu yang bertanggungjawab membu.nu.h Guan Yu. Antaranya ialah Gan Ning dan Pan Zhang, serta seorang panglima dari kerajaan Wei iaitu Cao Ren. Bahkan, Zhuge Liang selaku perdana menteri kerajaan Shu yang dipertahankan Guan Yu sendiri juga pernah dicadangkan sebagai berkomplot untuk membu.nu.h Guan Yu.
Selain dari semua perbandingan antara fakta dan fiksyen yang penulis kemukakan di atas ini, ada beratus lagi kisah-kisah yang diceritakan di dalam Hikayat Tiga Kerajaan adalah berstatus fiksyen. Antaranya ialah:
- Pertempuran Gerbang Hulao
- Peristiwa Guan Yu melepasi lima (atau enam) halangan selepas dibebaskan dari tahanan oleh Cao Cao.
- puran Shishui.
- Diao Chan mempergunakan Lu Bu untuk membu.nu.h Dong Zhuo.
- Zhuge Liang mengumpulkan anak pa.nah menggunakan sampan yang dipenuhi rumput jerami.
- Maharaja Xian dibu.nuh secara komplot oleh Cao Pi selepas Dinasti Han digulingkan.
- Kisah percintaan Lu Bu dan Diao Chan
- pur.an Changban
- uran Bowang
- Tiga Kali Kunjungan ke Pondok Jerami Zhuge Liang.
- Kuda Liu Bei menyeberangi Sungai Tan yang penuh lagenda.
- Cao Cao dan Chen Gong tersilap membu.nuh Lu Boshe dan penduduk kampung.
- Pang Tong mencadangkan strategi merantai kapal-kapal armada Cao Cao semasa Pertem.puran Chibi.
- Kitab Mengde Baharu yang kononnya kitab strategi pe.rang yang dikarang oleh Cao Cao berdasarkan rujukan dari Seni Pepe.rang.an oleh Sun Tzu.
Dan bermacam-macam lagi peristiwa fiksyen yang tidak muat untuk dimasukkan dalam satu artikel ini.
Meskipun begitu, novel ini tidak pernah diterima sebagai fakta secara bulat-bulat oleh rakyat China sendiri, berikutan pendekatan kerajaannya yang tidak berlebihan tetapi tidak pula mengabaikan warisan kebudayaan silam bangsa mereka.
Walau bagaimanapun novel Hikayat Tiga Kerajaan tetap menjadi salah satu karya yang teragung pernah ditulis dalam sejarah, sebaris dengan teks-teks fiksyen dan mitologi yang lain seperti Epik Gilgamesh dari tamadun Parsi mahupun Kisah Dewa Deli Demir dari tamadun Turki.
Jika pembaca ingin membaca sendiri karya penulisan Luo Guanzhong ini, penulis mencadangkan agar dapatkan buku Romance of the Three Kingdoms versi terjemahan bahasa Inggeris yang paling terkini, iaitu yang diterjemahkan oleh Martin Palmer terbitan Penguin Classics. Ia menyediakan konten yang lebih mudah untuk difahami sama ada dari segi isi kandungannya mahu pun puisi-puisi selingan.
RUJUKAN:
Guanzhong, L., & Palmer, M. (2018). The Romance of the Three Kingdoms. Penguin Classics.
Vaughn-Lewis, Steven. (2009). History vs. Fiction in The Romance of the Three Kingdoms. Sino-Platonic Papers.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih