• Apabila berlaku sesuatu fenomena alam contohnya banjir, kita akan dapat melihat pelbagai reaksi dan respon para insan. Respon dan reaksi tersebut sebenarnya menggambarkan hierarki dan maqam insan tersebut.

• Secara umumnya hierarki insan dapat dikelaskan kepada empat golongan, iaitu;
– Awwamul Awwam (عوام العوام)
– Awwam (العوام)
– Khawwas (الخواص)
– Khawwasul Khawwas (خواص الخواص)

• Golongan Awwamul Awwam adalah serendah-rendah hierarki insan. Golongan ini hanya yakin kepada bahan (maddah, مادة) dan rupa (surah, صورة).Bahan boleh juga difahami sebagai idea, manakala rupa boleh difahami sebagai imej. Keyakinan golongan ini bersifat hilomorfik dan empirikal. Banjir hanya dilihat sebagai proses yang terhasil daripada “sebab terdekat” (السبب الأقرب), iaitulah gabungan antara limpahan air yang banyak dan pengaliran air yang tersekat, termasuklah pemusnahan hutan dan pembangunan tidak terancang. Dekat atau jauh di sini merujuk kepada dekat atau jauhnya sesuatu sebab bagi sesuatu fenomena itu menurut kaca mata makhluk.

• Golongan Awwam lebih tinggi hierarkinya berbanding golongan Awwamul Awwam. Mereka yakin kepada rupa, dalam masa yang sama mereka tidak menolak gabungan bahan dan rupa. Apabila banjir, mereka masih boleh menerima sebab yang belum terbukti tetapi tidak mustahil berlaku, contohnya banjir disebabkan ais di Pluto mencair dan melimpah ke Bumi. Itu dinamakan “sebab dekat” (السبب القريب).

• Golongan Khawwas lebih tinggi hierarkinya berbanding golongan Awwam. Mereka yakin kepada bahan atau idea yang mana sifatnya tidak berupa, dalam masa yang sama mereka tidak menolak rupa, serta gabungan bahan dan rupa. Apabila banjir, mereka masih boleh menerima bahawa ianya disebabkan oleh bala daripada Tuhan hasil daripada maksiat, ataupun ujian untuk orang beriman. Itu dinamakan “sebab jauh” (السبب البعيد).

• Golongan Khawwasul Khawwas lebih tinggi hierarkinya berbanding golongan Khawwas. Mereka pada hakikatnya langsung tidak melihat kepada bahan mahupun rupa. Mereka melihat kepada suatu wujud yang tidak berbahan, tidak berupa dan tidak terikat dengan ruang ataupun masa, iaitulah Allah, Tuhan sekalian alam. Allah boleh wujudkan banjir tanpa sebarang sebab sekalipun, sama ada jauh atau dekat, bahkan Dialah hakikat segala sebab, iaitulah “sebab terjauh” (السبب الأبعد). Walau bagaimanapun, mereka tidak menolak atau menafikan keyakinan golongan-golongan yang lain, kerana mereka tahu bahawa itulah hierarki dan maqam yang sesuai dengan tahap jiwa golongan lain.

• PERHATIAN. Klasifikasi “sebab” di sini adalah bersifat relatif menurut kaca mata makhluk, bukanlah absolut. Kerana sebab hakiki yang mutlak bagi setiap sebab yang lain, tidak lain dan tidak bukan ialah Allah, Penyebab Segala Sebab (مسبب الأسباب).

• Adapun pemimpin yang ingin diangkat, sebaik-baiknya daripada kalangan Khawwasul Khawwas, kerana mereka memahami hakikat sebenar sesuatu fenomena, dalam masa yang sama mereka boleh bertolak ansur dengan rakyatnya yang berbagai hierarki.

• Bilamana seseorang pemimpin itu lebih rendah hierarki jiwanya berbanding rakyatnya, maka akan berlaku konflik dalam pemerintahan. Akan berlaku salah guna kuasa untuk meninggikan jiwanya yang sememangnya rendah. Mana mungkin yang memimpin adalah lebih jahil berbanding yang dipimpin, melainkan akan berlaku kerosakan yang teramat sangat dahshat.

TAMMAT


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply