Hashashin merupakan sebuah kumpulan/ sekte yang menganut ajaran Syiah Nizari Ismaili. Puak ini dikatakan mempunyai ritual ritual yang jelas menyalahi syariat Agama. Tidak sekadar itu, kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan pembunuh upahan yang telah direkrut oleh pemimpin mereka iaitu Hassan Sabbah. Namun, apakah yang menyebabkan gerakan ini mendapat dokongan?
[Janji Hassan untuk mereka ke Syurga!]
Hassan Sabbah telah menjanjikan mereka ini Syurga sebagai balasan mereka. Dan mereka juga telah diberikan dadah bagi mengkhayalkan pemikiran mereka. Bagi mereka, untuk mendapatkan ketinggian Syurga perlu menjadikan diri mereka sebagai korban untuk tujuan suci mereka. Disebabkan inilah sekte ini telah mendapat dokongan daripada pelbagai latar belakang. Antara pembunuhan yang pernah dilakukan oleh Hashashin ini adalah pembunuhan ke atas Wazir Nizam Al-Mulk, Wazir Kerajaan Seljuk dan Sultan Imaduddin Zanki. Selain itu, terdapat beberapa percubaan bunuh lain yang pernah dilakukan oleh puak Hashashin ini seperti pembunuhan keatas Sultan Salahuddin Ayyubi. Namun, cubaan ini gagal.
Markaz bagi Hashashin ini terletak di Kota Alamut. Sebuah kota yang terletak di puncak gunung yang sukar didaki dan ditembusi. Hashashin ini akhirnya telah dihancurkan oleh pasukan Monggol usai mereka menghancurkan Baghdad dan sekitarnya. Usai daripada penyerangan Monggol ini maka pupuslah Hashashin ini.




No comments yet