Konflik antara Pakistan dan Bangladesh menunjukkan bagaimana ketidakadilan dalam urusan negara boleh membelahkan kesinambungan sebuah kedaulatan. Perasaan marah, ketidakpuasan hati, benci membenci dan keegoan adalah musuh utama dalam kesatuan. Hasil kekayaan negara mestilah diagihkan secara adil, kalau bukan samarata sekalipun.

Selepas Perang Dunia Kedua, British India telah dikurniakan mandat kemerdekaan; maka lahirlah dua negara yang besar – Dunia Pakistan yang dibahagikan di tengah-tengah oleh Dunia India. Disinilah bermulalah terminologi Bengal Barat (Pakistan) dan Bengal Timur (Bangladesh).

Islamic Republic of Pakistan dan People’s Republic of Bangladesh merupakan satu negara sebelum ini, dibawah nama “Dominion of Pakistan”.

Suka bertukar duka apabila kerajaan Pakistan mengimarahkan struktur negara mereka dengan bahasa Urdu sebagai satu-satunya bahasa kebangsaan; segala protes-protes dan kempen-kempen demi bahasa Bengali dalam BT tidak dilayan, malah dibalas dengan diskriminasi dari segi ekonomi pula.

Diantara 1948 dan 1960, Bengal Timur memberi sumbangan terbesar (70%) dalam usaha pengeksportan, tetapi hanya menerima 25% daripada hasil keuntungan sahaja. Pada tahun 1948, Bengal Timur mempunyai 11 kilang fabrik dan Bengal Barat pula sekadar sembilan sahaja. Tetapi selepas 1970, Bengal Timur telah kembangkan perindustrian mereka sehingga berjaya memilik 26 kilang… tetapi apabila lihat statistik dalam Bengal Barat pula, jelas terpampang sejenis diskriminasi, kerana Bengal Barat memiliki 150 kilang fabrik. Lihat perbezaannya.

Sebanyak AS$2.6bilion dipindahkan daripada Bengal Timur ke dalam ekonomi Bengal Barat.

Berbicara kembali tentang bahasa, ketidakadilan ekonomi akan mengenakan impak yang besar kepada beberapa generasi dalam Bengal Timur sendiri. Ketiadaan belas ihsan pentadbiran Karachi dalam perihal ini akan membuatkan masyarakat yang berpendidikan dalam Bengal Timur tidak layak untuk menjawat apa-apa jawatan dalam kerajaan. Maka saluran pendapatan akan tersekat, membuatkan yuran-yuran pelajaran tidak mampu dibiayai.

Bayangkan nasib orang-orang Malaysia jika secara tiba-tibanya bahasa Portugis digantikan sebagai bahasa rasmi. Hanya bangsa Muhajir dan Bihari yang menggunakan bahasa Urdu, dan kedua-dua mereka bukan bangsa majoriti dalam dua negara Bengal ini. Pada hari ini, bangsa Bihari belum cecah angka sejuta dalam Bangladesh, dan berada sekitar 20juta dalam Pakistan; manakala Muhajir pula dalam 12-13juta di Pakistan sahaja. Tentunya pada masa itu, bilangan ini jauh lebih berkurangan. Bahasa-bahasa Punjabi dan Sindhi yang digunakan secara umum, bukannya Urdu.

Perjuangan demi keadilan ini berubah menjadi peperangan demi kemerdekaan. Tujuh pelajar terkorban dalam demonstrasi pada tahun 1952. Kemarahan masyarakat Pakistan Timur mencanak apabila Taufan Bhola meragut 500,000 nyawa dan menghancurkan jutaan harapan. Tetapi kerajaan Pakistan Barat tidak memberikan bantuan yang secukupnya.

Pada masa ini, nama Pakistan sudah diberikan. Pakistan Barat menganggap merekalah Pakistan yang sebenar, manakala Pakistan Timur sekadar wilayah didalamnya sahaja. Maka keegoan yang memuncak ini meledakkan peperangan apabila Sheikh Mujibur Rahman, wakil Liga Awami dari Timur, menewaskan Zulfikar Ali Bhutto selaku Parti PPP dari Barat dalam Pilihanraya Pakistan 1970. Kemenangan Mujibur Rahman bukannya kecil… beliau mendominasi dalam bilangan kerusi parlimen dan undi popular.

Namun, Zulfikar Ali Bhutto tidak benarkan Mujibur Rahman menjadi Perdana Menteri Pakistan, menyebabkan Mujibur Rahman halang Jeneral Tikka Khan masuk Pakistan Timur untuk memegang jawatan gabenor.

Maka ketenteraan Pakistan pada malam 25 Mac merusuh untuk hancurkan segala tangan-tangan nasionalisme Timur. Universiti Dhaka diserang dengan zalimnya. Semua ahli-ahli media asing dihalau keluar dari Pakistan Timur untuk menghalang berita sahih pembunuhan seramai tiga juta orang dalam Pakistan Timur. Dan Mujibur Rahman diberkas pada hari beliau menandatangani pengisytiharan kemerdekaan Bangladesh.

Bangladesh menubuhkan barisan gerila bernama Mukti Bahini (Pejuang Kebebasan) yang turut dibantu Indira Gandhi. Dalam peperangan ini, India memang berikan bantuan yang banyak kepada 30 juta pelarian. Namun, ada juga segelintir masyarakat Bangladesh yang tidak mahu negara mereka dimerdekakan. Golongan ini dieksploit Pakistan untuk menyerang pemberontakan ini.

Peperangan ini merupakan salah satu daripada banyak pertembungan kuasa-kuasa dunia yang menghampiri dunia kearah tembakan nuklear yang pertama. Bayangkanlah, negara-negara yang kini direndah-rendahkan satu masa dahulu hampir menghancurkan kompleks politik dunia ini apabila USS Enterprise berlabuh di Teluk Benggal, kemudian di respon pula dengan ketibaan Armada Merah dari Vladivostok, pun dengan misil nuklear mereka sendiri.

Kepentingan Amerika Syarikat adalah seperti yang dapat dijangka – menghalang kemaraan pengaruh Kesatuan Soviet. Pakistan merupakan sahabat rapat China, yang Amerika Syarikat berharap mampu mengeksploit susulan keruntuhan diplomasi Sino-Soviet.

Keegoan Pakistan membutakan logik mereka lagi. Pada 3 Disember 1971, Pakistan menyerang pangkalan-pangkalan Tentera Udara India berdasarkan model serangan Israel dalam Perang Enam Hari. Hasrat Pakistan adalah untuk mensifarkan jet-jet pejuang India agar mampu menguasai zon Bangladesh. Serangan ini memulakan Perang India-Pakistan.

Kemasukan India secara sah telah menyebabkan Pakistan tidak mampu mempertahankan Dhaka. India mempunyai peralatan yang lebih canggih, berbanding Pakistan. Dan akhirnya Pakistan serah kalah pada 16 Disember 1971 dan iktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 26 Mac seterusnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply