Setiap tahun, rakyat Amerika Syarikat berbelanja sebanyak AS$8.8 bilion untuk baju, hiasan dan gula-gula. Sementara gula-gula dimakan, baju dan hiasan tersebut hanya digunakan sekali sahaja. Akibat amalan sebegini, Halloween telah sah menjadi salah satu ancaman kepada alam sekitar. Namun ini tidak bermakna Halloween seharusnya dihapuskan. Sebelum itu, perlu dijelaskan terlebih dahulu asal-usul Halloween yang disambut setiap 31 Oktober.

Terdapat beberapa pendapat tempatan yang menempelak bahawa Halloween berasal daripada agama Kristian. Perkara ini separa-benar. Halloween atau sebutan-sebutan lain iaitu Hallows’ Evening, Allhalloween, All Hallow’s Eve dan All Saint’s Eve berasal daripada perayaan Samhain yang disambut bangsa silam Celtic. Untuk menyambut Samhain, bangsa Celtic biasanya menyalakan unggun api dan mengenakan pakaian untuk menghalau hantu.

Campurtangan Kristian berlaku sekitar abad kelapan, apabila Paus Gregory III memilih 1 November sebagai hari untuk memperingati para wali Kristian (Christian saints). Disebabkan itulah Halloween dikatakan sebagai All Saints’ Eve, kerana “eve” menandakan malam bagi perayaan keesokannya. Segala sambutan Samhain dikekalkan bagi Halloween. Namun faktor ribuan tahun telah mengubahkan perayaan ini dari punca agama kepada stimulasi budaya semata-mata. Semasa Halloween, tidak mustahil bagi seseorang untuk mengenakan pakaian dalam identiti Lucifer dan Lilith pun.

Namun salah satu elemen Halloween pun boleh dipuji juga. Sudah jadi satu kebiasaan yang mana sekumpulan kanak-kanak berusia 2-6 tahun (atau lebih tua lagi) pergi rumah ke rumah berpakaian seperti itik atau labu. Mereka hanya meminta gula-gula atau pastri sahaja, seperti diamalkan semasa Krismas cuma tanpa baju pelik dan sebutan “trick or treat”. Semasa Krismas, mereka hanya menyanyikan lagu-lagu tertentu. Bagi negara-negara Islam kuat dengan sejarah Kristian, amalan sebegini turut diteruskan sebenarnya – cuma mereka hanya membaca surah-surah pendek.

Berbalik kepada tajuk, setiap Halloween menyaksikan penyambut berbelanja sekurang-kurangnya AS$86.27. 29 juta dalam kalangan penyambut siap sedia untuk menghiaskan haiwan-haiwan peliharaan pun. Seperti dikatakan, sebanyak AS$8.8 bilion dibelanjakan untuk pakaian, topeng, sarang labah-labah palsu, pembalut gula-gula dan beg pemberian plastik. Semua ini hanya akan masuk tong sampah keesokan harinya.

Maka perlu ada pendekatan terperinci bagi menguruskan masalah sampah ini. Pakaian merupakan unsur utama yang perlu dibetulkan, kerana semasa Halloween kedai-kedai seperti Spirit, Target dan Walmart menggunakan bahan-bahan sintentik murah untuk dipakaibuang. Oleh itu, para penyambut disarankan untuk bertukar-tukar pakaian dengan sahabat atau jiran. Apa-apa sahaja tindakan perlu dibuat bagi mengelakkan lambakan keterlaluan di tempat pelupusan sampah.

Langkah kedua untuk menguruskan masalah sampah ialah gula-gula mesra alam. Pencemaran plastik sudahpun teruk, lebih-lebih lagi dengan lambakan satu hari seperti Halloween. Balutan gula-gula disarankan digantikan dengan kotak-kotak kecil atau beg-beg kertas. Beg-beg pemberian pula digalakkan ditukarkan dengan beg-beg kain. Raga dan beg kertas tidak mampu menampung berat gula-gula setiap budak yang bakal kumpul dari rumah-rumah lain sama. 

Setiap hari sekurang-kurangnya 8 juta cebisan plastik mencerobohi kawasan laut. Dipercayai sebanyak 5.25 trilion plastik-makro dan –mikro yang berapungan di sekitar lautan. Sekitar 1950, populasi dunia yang hanya 2.5 bilion mengeluarkan 1.5 juta tan plastik. Dengan populasi melebihi 7 bilion pula, sebanyak 320 juta tan plastik dikeluarkan. Pada tahun 2034, angka ini dipercayai bakal menyentuh 640 juta tan.

Maka impak perayaan-perayaan satu hari terhadap alam sekitar perlu difikirkan juga.

RUJUKAN

2019: Halloween Spending To Reach $8.8 Bilion-https://nrf.com/insights/holiday-and-seasonal-trends/halloween

Halloween is terrible for the environment. Here’s how to do it sustainably-https://www.fastcompany.com/90416104/halloween-is-terrible-for-the-environment-heres-how-to-do-it-sustainably

The Problem With Plastic Pollution. https://www.sas.org.uk/our-work/plastic-pollution/plastic-pollution-facts-figures/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.