Kata pengarang kitab Kashf al-Maḥjūb, Shaykh Syed ʿAlī al-Hujwīrī rahimahuLlāh, seseorang telah datang berjumpa dengan Shaykh Junayd al-Baghdādī rahimahuLlāh lalu ditanya dari mana dia datang. Dia menjawab, ”Aku baharu sahaja selesai mengerjakan ibadah Haji.”

“Bermula saat pertama kali engkau melangkah keluar dari rumahmu, adakah engkau ikuti dengan memulakan langkah meninggalkan semua dosa-dosamu?” tanya Shaykh Junayd.

“Aku tidak memikirkannya,” jawab orang itu.

“Kalau begitu,” kata Shaykh Junayd, “engkau tidak memulakan sebuah perjalanan. Di setiap hentian di mana engkau beristirahat di malam hari, adakah engkau mencapai tahap demi tahap semakin dekat dengan-Nya?”

“Tidak”. jawabnya.

“Makanya engkau tidak menempuh sebuah perjalanan.” Shaykh Junayd berkata lagi, “Ketika engkau memakai pakaian iḥrām di Mīqāt dan menanggalkan pakaian harianmu, adakah engkau juga membuang sikap dan tabiatmu yang buruk?”

“Tidak pula aku terfikir akannya.”

“Makanya engkau tidak memakai pakaian iḥrām dan ketika engkau berdiri di padang Arafah, bergetarkah hatimu dalam seketika merasai akan kehadiran-Nya seolah-olah Dia ada di hadapanmu?”

“Tidak, aku tidak merasainya.” jawabnya lagi.

“Bererti engkau tidak singgah di Arafah dan apabila engkau tiba di Muzdalifah, adakah engkau mengumpul semua kehendak dan keinginan duniawimu semasa engkau mengutip batu-batu kerikil itu supaya engkau boleh lemparkannya apabila sampai ke Jamarāt al‑ʿAqaba?”

Dia mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Bererti engkau tidak sampai ke Muzdalifah. Ketika engkau Ṭawāf mengelilingi Ka’bah, apakah engkau merasa kagum dan terpesona dalam memandang keindahan dan keagungan Maha Suci ALlah ‎ﷻ di tempat suci itu?”

“Tidak, aku hanya mengira sudah berapa kali jumlah pusingan telah dilakukan.” katanya dengan perlahan.

“Makanya engkau tidak melakukan Ṭawāf mengelilingi Ka’bah. Ketika engkau berlari-lari anak antara Ṣafā dan Marwah, adakah engkau mengenangkan akan pergorbanan dan perjuangan Siti Hājar, (semoga ALlāh merahmatinya)? Terfikirkah engkau akan ketaatan dan ketaqwāannya kepada ALlāh?”

Dia hanya diam membisu.

“Makanya engkau tidak berlari. Ketika engkau datang ke Mina, apakah keinginan jasmanimu yang sia-sia itu telah lenyap?”

Dia masih lagi menjawab tidak.

“Bererti engkau belum mengunjungi Mina. Ketika engkau melontar batu-batu kerikil, apakah engkau lemparkan sekali keinginan-keinginan nafsu syahwatmu yang melekatkan dalam hatimu?”

Jawapannya masih lagi tidak.

“Jika begitu, engkau belum melontar batu-batu kerikil dan apabila engkau tiba di rumah sembelihan dan melakukan ibadah korban seekor kambing, adakah engkau korbankan juga nafsu amārahmu?”

“Tidak.”

Lalu Shaykh Junayd al-Baghdādī menyambung katanya lagi, “Kalau begitu, engkau belum lagi mengerjakan ibadah Haji. Kembalilah semula dan lakukan seperti mana yang telah aku gambarkan supaya engkau mampu sampai ke maqam Hajinya Nabi ʾIbrāhīm ʿalayhi s-salām kekasihnya ALlah ‎ﷻ, yang mana ketaqwāan dan keikhlāṣannya telah diperakui oleh-Nya.”

‎وَإِبْرَٰهِيمَ ٱلَّذِى وَفَّىٰٓ
Dan juga Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya).

Sūrah an-Najm ayat 37


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.