Jangka hay.at sesuatu organisme sentiasa menjadi topik kajian saintis. Manusia misalnya mempunyai had hay.at dalam lingkungan 60 hingga 90 tahun.
Walaupun ada yang menghampiri 100 tahun seperti Putera Phillip misalnya, ia tidak mengubahkan purata umum. Berkat daripada keamanan sejagat, perubatan moden dan usaha vaksinasi, jangka hay.at manusia bertambah daripada 50-an sampai 80-an.
Tahap peningkatan usia pula berbeza antara manusia, bagaikan ada jam dalam tubuh setiap orang. Dalam bahasa sains tinggi, usia manusia mempunyai perkaitan mendalam dengan kumpulan zarah dan elektron (Fried & Nezin, 2017).
Bermakna perkaitan antara zarah dan elektron ini harus diubah terlebih dahulu, untuk melambatkan “penuaan”. Cuma bagaimana?
Semua organisme mematuhi hubungan zarah dan elektron ini. Begitu juga dengan organisme halus, yang mungkin sedikit berlainan… kerana ada organisme mikro boleh hidup begitu lama. Namun organisme mikro mempunyai keistimewaan.
Jika keadaan sekeliling mengizinkan, mereka boleh berhibernasi dan hidup balik pada zaman lain.
Pada tahun 1696, seorang penulis bernama John Harris menerangkan tentang sejenis organisme mikro digelar rotifer. Beberapa tahun kemudian, ilmu tentang rotifer dikembangkan saintis Antonie van Leeuwenhoek (Sylvia, Fuhrmann, & Hartel, 2005).
Rotifer ini sangat halus, dalam lingkungan 50 µm hingga 2000 µm (2 mm); majoriti hidup di persekitaran air tawar. Sebanyak 450 spesis rotifer dikelaskan sebagai bdelloidea, yang mengamalkan perseny.awa.an tanpa spe.rma (parthenogenesis).
Saintis berpendapat rotifer kelas bdelloid mempunyai sejarah 25 juta tahun, barangkali organisme mikro yang sangat kuno dalam alam ini.
Ada sebab kenapa rotifer ini mampu hidup lama. Mereka tahan lasak. Baru-baru ini, saintis Rusia menemui rotifer kelas bdelloid dalam lapisan ais di kawasan Artik sebelah Siberia.
Mereka ingin mencari rotifer paling tua yang masih hidup. Setakat ini saintis hanya menemui rotifer sekitar 10 tahun sahaja yang tersembunyi di sebalik lapisan ais.
Alangkah terkejutnya mereka, kerana rotifer yang mereka jumpa berusia 24,000 tahun… masih hidup, bergerak dan bernya.wa meskipun tidur begitu lama (Shmakova, et al., 2021). Rotifer ini hidup pada ketika Bumi masih berada dalam Zaman Ais (2.4 juta tahun dahulu hingga 11,500 tahun dahulu).
Dan mereka masih hidup sekarang kerana dibekukan. Kiranya mereka sekadar berhibernasi sehingga suhu sekeliling menjadi normal semula.
Organisme Lain Yang Dihidupkan Semula
Penemuan bdelloid rotifer 24,000 tahun ini mendapat perhatian luas di alam maya. Ramai mahu rotifer ini dikembalikan ke tempat mereka jumpanya. Menurut mereka, cukuplah satu pan.demik dalam nada gurauan.
Penemuan makhluk silam sebenarnya sudah menjadi perkara biasa. Demikian hari saintis menemui bang.kai tupai yang dibekukan dalam lapisan ais kawasan Artik selama 32,000 tahun. Dalam perut tupai ini pula, ada sejenis biji yang berjaya disemai saintis (Yashina, et al., 2012).
Menggunakan teknologi sedia ada, mereka berjaya mencambahkan biji benih tersebut. Dan ini bunga daripada benih 32,000 tahun lalu:
Selain bunga ini, saintis juga berjaya mengembalikan sejenis lumut yang beku di Antarktika selama 400-1000 tahun (Roads, Longton, & Convey, 2014). Malah cacing pun dihidupkan semula, selepas tidur selama 30,000 tahun… juga di Siberia (Shatilovich, et al., 2018).
Buat masa sekarang, saintis masih belum mampu menghidupkan semula organisme besar seperti gajah mammoth. Sebenarnya organisme besar terlalu rumit, tambah pula kalau mamalia. Dengan erti kata lain, aj.al tetap aj.al untuk mereka.
Tetapi saintis Rusia sedang gigih mencari jalan jika bahan genetik mereka boleh digunakan untuk sekurang-kurangnya mengembalikan spesis yang sudah pµpµs.
Rotifer patutnya lama ma.ti apabila dibekukan. Bukan semua rotifer boleh tahan sejuk pun. Tetapi rotifer yang bertahan 24,000 tahun ini menemui cara untuk melindungi sel dalaman mereka. Dan teknik mereka masih dikaji saintis.
Mungkin ada yang tertanya-tanya: apa manfaat kita dapat kalau kaji makhluk purba? Banyak manfaat. Ilmu takkan sesekali merugikan. Satu manfaat paling jelas ialah, saintis boleh faham tentang proses evolusi rotifer misalnya.
Dengan hanya membanding dengan rotifer 24,000 tahun lalu, mereka boleh nampak dari segi ciri-ciri fizikal. Ini akan membuka jendela tentang “sifat”, “sikap” dan “perangai” rotifer itu sendiri.
RUJUKAN:
Fried, R., & Nezin, L. (2017). Evidence-Based Proactive Nutrition to Slow Cellular Aging. CRC Press.
Roads, E., Longton, R.E., & Convey, P. (2014). Millennial timescale regeneration in a moss form Antarctica. Current Biology. 24 (6): 222-223.
Shatilovich, A.V., et al. (2018). Viable nematodes from Late Pleistocene Permafrost of the Kolyma River Lowland. Doklady Biologal Sciences. 480 (1): 100-102.
Shmakova, L., et al. (2021, Jun 7). A living bdelloid rotifer from 24,000-year-old Arctic permafrost. 31 (11): 712-713.
Sylvia, D.M., Fuhrmann, J.J., & Hartel, P.G. (2005). Principles and Applications of Soil Microbiology. Pearson Prentice Hall. Halaman 184.
Yashina, S., et al. (2012). Regeneration of whole fertile plants from 30,000-y-old fruit tissue (ditapiskan) in Siberian permafrost. PNAS.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih