Taun disabdakan Rasulullah SAW sebagai wabak penyakit yang menular hingga boleh membunuh mereka yang dijangkitinya. Jika umat Islam bersabar menghadapi situasi ini, mereka dijanjikan syurga dan pahala yang besar.

 

Daripada Amr bin Saad bin Abi Waqas (ra), daripada ayahnya bahawa beliau pernah mendengar ayahnya bertanya kepada Usamah bin Zaid (ra), “Apakah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah SAW berkaitan dengan wabak taun?”

 

Usamah menjawab, “Rasulullah SAW pernah bersabda: Wabak taun adalah kotoran yang dikirimkan Allah SWT kepada sebahagian Bani Israil dan juga orang-orang sebelum kalian.

 

إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَدْخُلُوهَا، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا مِنْهَا

 

Jika kalian mendengar ada wabak taun di suatu negeri, janganlah kalian memasuki negeri tersebut. Namun, apabila wabak taun itu tersebar di negeri kalian, janganlah kalian keluar dari negeri kalian menghindari dari penyakit itu.”

(Hadis Riwayat Bukhari-Muslim)

 

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya yang berjudul al-Thibb al-Nabawi, secara bahasa, taun adalah sejenis wabak penyakit.

 

Sayidatina Aisyah (ra) pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Adapun ta’n (tusukan dengan benda tajam) kami sudah mengetahuinya. Lalu, apakah yang dimaksudkan dengan taun?”

 

Nabi SAW menjawab: “Benjolan yang muncul seperti yang dialami oleh unta, tumbuh di bahagian belakang ketiak dan seumpamanya.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

 

Ketika Nabi SAW melarang umatnya untuk masuk ke daerah yang dijangkiti wabak taun ini dan melarang mereka keluar dari kawasan terjadinya penyakit tersebut, baginda telah menggabungkan penjelasan. Iaitu, jika masuk ke daerah yang terkena wabak sama saja dengan menyerahkan diri kepada penyakit tersebut.

 

“Sungguh itu (masuk dan keluar tempat wabak dengan bebas) bertentangan dengan ajaran syariat dan disiplin logik,” kata Ibnu Qayyim.

 

Ibnu Qayyim turut mengisahkan pada zaman Rasulullah SAW, jikalau ada sebuah negeri dijangkiti penyakit taun, baginda memerintahkan untuk mengkuarantinkan pesakit tersebut di tempat yang khusus serta jauh daripada rumah penduduk.

 

Selain itu, pada zaman Rasululullah SAW pernah terjadi wabak kusta yang menular dan mematikan sebelum ditemui ubatnya. Ketika itu, baginda memerintahkan untuk tidak mendekati atau menziarahi orang yang mengalami kusta tersebut.

 

‏ لاَ تُدِيمُوا النَّظَرَ إِلَى الْمَجْذُومِينَ

 

“Janganlah kamu terus menerus melihat orang yang menghidap penyakit kusta.” (Hadis Riwayat Bukhari)

 

Nabi Muhammad SAW juga memperingatkan umatnya untuk tidak mendekati negeri yang sedang merebaknya wabak. Dan sebaliknya jika berada di dalam tempat yang terkena wabak tersebut, dilarang untuk keluar daripada tempat tersebut.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Banyak lagi penyakit yang anda boleh tahu dengan THE PLAGUE! Buku yang sesuai untuk korang dapatkan ilmu sebegini! Mari beli di Shopee kami:

https://bit.ly/ThePlagueShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply