Legenda tentang seekor anjing comel yang dikenali sebagai Hachiko ini amat terkenal bukan saja di Jepun, tetapi di seluruh dunia.

Kesetiaan anjing baka Akita yang tidak pernah goyah terhadap pemiliknya membuatkan ia mendapat gelaran “Chuken Hachiko,” yang bererti “anjing setia Hachiko.”

HACHIKO ANJING JENIS APA?

Semua orang kenal dengan Hachiko, tetapi anjing jenis apakah dia ni? Hachiko adalah dari baka Akita Inu, sejenis baka anjing Jepun yang telah menjadi sangat popular dan dikenali di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

KESETIAAN YANG MENGAGUMKAN

Kisahnya bermula pada tahun 1924, ketika Hidesaburo Ueno, seorang profesor di jabatan pertanian dari University of Tokyo, mengambil seekor anjing yang dinamakan Hachiko untuk dibela. Anjing itu adalah baka Akita, sejenis baka yang berasal dari kawasan pergunungan di utara Jepun.

Tidak lama kemudian, mereka memulakan rutin harian mereka yang hampir semua orang sudah mengetahuinya hari ini, bermula dengan anjing itu menyambut kepulangan Profesor Ueno pada setiap hari di stesen Shibuya, tidak jauh dari kampus universiti.

Malangnya, Profesor Ueno meninggal dunia pada Mei 1925, kerana pendarahan otak semasa memberi ceramah. Hachiko yang tidak mengetahui langsung apa yang berlaku, meneruskan rutin hariannya iaitu setiap hari pergi ke stesen Shibuya untuk menunggu pemiliknya, ia berterusan selama sembilan tahun sembilan bulan dan lima belas hari berikutnya.

BAGAIMANA IA DISEDARI

Sebahagian besar penumpang di stesen itu pada awalnya berfikir bahawa Hachiko hanyalah sekadar berkeliaran, tetapi apabila mereka menyedari bahawa dia masih sedang menunggu tuannya yang telah lama meninggal dunia, orang ramai dan para penjaja mula memberinya sedikit makanan dan air.

Sudah tentu ada yang mengatakan bahawa dia hanya datang untuk diberi makan oleh orang lain. Tetapi salah seorang pelajar profesor itu telah mendokumentasikan dengan penjelasan bahawa anjing itu akan tiba tepat ketika kereta api akan sampai di stesen pada waktu petang, iaitu pada waktu dan tempat yang sama pemiliknya pulang.

PENINGGALAN HACHIKO

Bekas pelajar itu kemudian menerbitkan artikel di salah satu akhabar terbesar di Tokyo, beliau memulakan kisah legenda Hachiko. Sejak itu, kisah ini telah menjadi popular turun temurun, malahan diabadikan dalam buku, komik, dan juga turut diadaptasi dalam filem Hollywood.

Namun, penghormatan yang paling abadi untuk kesetiaan Hachiko adalah patung gangsa yang didirikan pada tahun 1934 di luar Stesen Shibuya.

Patung Hachiko kini menjadi tempat pertemuan warga Tokyo yang paling terkenal, dan menjadi mercu tanda Shibuya yang popular.

Pada Februari 2015, jabatan pertanian Universiti Tokyo pula mendirikan patung gangsa di kampus mereka – kali ini dengan tujuan simbolik demi menyatukan kembali Hachiko dengan Profesor Ueno.

Setelah kematiannya, Hachiko diawet dan dipamerkan di Muzium Alam dan Sains Nasional di Ueno, tidak lama kemudian Hachiko akhirnya disemadikan di Tanah Perkuburan Aoyama, sebuah lokasi yang tenang dan damai.

Dia berkongsi tempat bersemadinya bersama dengan tidak lain dan tidak bukan, sahabat manusia kesayangannya semasa hidup, Profesor Ueno.

Pada 2009, sebuah filem yang diadaptasi dari kisah Hachiko ditayangkan. Hachi: A Dog’s Tale adalah filem drama yang merupakan versi remake dari filem Jepun tahun 1987 berjudul Hachikō Monogatari.

Ia memaparkan kisah benar seekor anjing Akita bernama Hachikō. Filem versi remake ini dibintangi oleh Richard Gere, Joan Allen dan Sarah Roemer.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.