Bulan puasa begini kalau dapat makan biskut tawar cicah teh panas waktu tengah hari memang sedap. Hari lain nampak biasa sahaja makanan tersebut tetapi masuk bulan puasa, terus kelihatan amat lazat.

Tahukah anda, terdapat satu jenis biskut tawar yang dicipta untuk mengurangkan onani ataupun menyabon.

Apa pula kaitan biskut tawar dan tabiat onani?

Kisah ini bermula apabila seorang puritan iaitu Sylvester Graham melihat gejala seksual dan onani sudah semakin membarah di dalam masyarakat Amerika Syarikat.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Jadi Sylvester Graham cuba untuk mengatasi masalah ini kerana terlalu kerap onani akan membuatkan anda mati pucuk dan merosakkan negara.

Malah jika anda berhenti untuk melakukan onani dalam masa agak lama, anda akan berasa resah dan gundah untuk membelai sekali lagi. Secara tidak langsung, fikiran anda tidak boleh fokus sehinggalah pembelaian berlaku.

Masalah inilah yang Sylvester Graham nak selesaikan.

Siasat punya siasat, akhirnya Sylvester Graham mendapat tahu punca kepada masyarakat Amerika Syarikat sangat beronani.

Ketagihan onani didakwa berasal daripada amalan masyarakat Amerika Syarikat yang gemar melantak daging tanpa kawalan.

Untuk itu Sylvester Graham telah meminta masyarakat Amerika Syarikat untuk mengamalkan diet vegetarian. Amalan memakan daging, minum arak dan rokok perlulah dielak bagi mengurangkan keinginan beronani.

Bagi Sylvester Graham sendiri, makanan dan onani itu ibarat aur dengan tebing. Bermakna makanan akan mempengaruhi kita untuk beronani. Jika kita makan dengan betul, rasa ingin membelai itu akan berkurangan.

Bermula dari situ, Sylvester Graham melancarkan perang melawan tabiat beronani.

Tapi Sylvester Graham tahu sayur dan buah tidak sesuai untuk dinikmati sepanjang masa. Tak kan lah masa minum petang pun, nak kena kunyah salad dan epal.

Maka, Sylvester Graham telah mencipta biskut tawar yang diberi nama sebagai Graham Cracker.

Pada awalnya Graham Cracker tidak mendapat sambutan daripada kalangan penduduk Amerika Syarikat kerana rasanya yang sangat hambar dan tawar.

Namun ada yang menyatakan bahawa dengan menikmati Graham Cracker, mereka secara perlahan-lahan semakin bebas daripada onani. Malah sabun hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh mereka.

Bermula dari situ, Graham Cracker terus mendapat permintaan tinggi sehinggakan muncul gerakan Grahamites.

Gerakan ini secara asasnya menumpukan fokus untuk makan sayur, buah dan bijiran sahaja dalam diet seharian mereka.

Paling menarik, Graham Cracker telah dijadikan makanan utama di hotal yang dikhaskan untuk lelaki. Bermakna jika anda ke hotel tersebut, anda akan dihidangkan dengan Graham Cracker bagi mengelakkan insiden lawan pedang.

Walau bagaimanapun bagi penjual daging, Sylvester Graham hanya menggunakan alasan onani untuk menjual biskut tawarnya sahaja.

Setiap pembelian buku The Patriots di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Mereka beranggapan Sylvester Graham cuba menutup periuk nasi mereka dengan menyebarkan cerita karut bahawa daging adalah punca ketagihan onani.

Apa-apapun, penentangan Sylvester Graham ini menjadi asbab kepada salah seorang Grahamites iaitu Dr. John Harvey Kellogg untuk mencipta cornflakes.

Cornflakes juga memiliki fungsi yang sama dengan Graham Cracker iaitu mengurangkan ketagihan onani.

Jadi kepada anda semua yang selalu tewas dengan sabun, sila dapatkan Graham Cracker untuk melawan kejahatan sabun.

RUJUKAN:

Braun Adee. (2014, Januari 14). Looking to quell sexual urges? Consider the Graham Cracker. The Atlantic. 

O’Neill, N. (2016, September 13). The graham cracker was invented to stop you from masturbating. New York Post. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply