Dalam sejarah Yahudi, Golem dikenali sebagai makhluk mistik tanpa jiwa yang diciptakan dengan ilmu sihir tertentu.

Perkataan Golem dikenalpasti pertama kali muncul dan tercatat di dalam Perjanjian Lama pada bab Psalm bahagian 139 ayat 16:

“טז גָּלְמִי, רָאוּ עֵינֶיךָ, וְעַל-סִפְרְךָ, כֻּלָּם יִכָּתֵבוּ:
יָמִים יֻצָּרוּ; ולא (וְלוֹ) אֶחָד בָּהֶם”.

Terjemahan:

16. “Tatkala mata-Mu melihat gumpalku yang belum berupa, maka segala perkara ini telah tersurat dalam kitab-Mu dan segala hari pun yang lagi akan datang, yang sesuatu dari padanya pun belum ada”.

‘Gumpalku yang belum berupa’ atau perkataan גָּלְמִ֤י (ga-le-mi) di atas bermaksud Golem atau sesosok makhluk yang belum sempurna kejadiannya.;

kitab Talmud, Nabi Adam a.s mengikut kepercayaan umat Yahudi juga merupakan Golem pada 12 jam pertama penciptaannya, sebelum baginda menjadi manusia yang sempurna yang dibekali jiwa, akal, nafsu dan sebagainya yang layak digelar sebagai seorang manusia.

Selain Nabi Adam a.s, Prophet Jeremiah, iaitu salah seorang utusan Tuhan yang wujud di dalam kepercayaan umat Yahudi juga dipercayai memiliki kemampuan khusus menciptakan dan membangkitkan para Golem.

Perbuatan Prophet Jeremiah membangkitkan para Golem ini diyakini oleh umat Yahudi sebagai sebuah bentuk ‘Kebangkitan Jiwa’. Dalam erti kata mudah, ia merupakan sebuah ibadah.

Pada abad pertengahan, sebahagian daripada umat Yahudi yang menetap di benua Eropah menggunakan kitab sihir Kabbalah yang dikenali sebagai Sefer Yetzirah (Buku Penciptaan) sebagai sumber utama rujukan untuk membangkitkan Golem. Selalunya, para rabbai (seperti pendeta) yang berkelayakan membangunkan para Golem.

Kitab Sefer Yetzirah ini diyakini mengandungi ilmu-ilmu disiplin ketika Tuhan menciptakan manusia, menciptakan kehidupan, menciptakan Golem pertama, Nabi Adam a.s. Hanya Rabbai yang benar-benar menguasai kitab ini mampu membuka kunci ilmu pengetahuan seterusnya mampu mengetahui nama sebenar Tuhan. Nama sebenar Tuhan hanya diketahui oleh mereka yang telah menguasai keseluruhan isi kitab Sefer Yetzirah.

Jadinya, tugas membangunkan Golem bukannya sebuah tugas yang mudah.

Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk membangunkan Golem dan diantara kesemua kaedah tersebut, hanya tiga kaedah sahaja yang diketahui umum, di antaranya adalah:1. Kaedah pertama, mengumpul tanah liat atau pasir lalu membentuk sosoknya seakan-akan manusia. Setelah itu, Rabbai akan menuliskan perkataan ‘Emet’ (Kebenaran) di dahi Golem untuk menghidupkannya. Untuk membatalkan sihir Golem, Rabbai akan menghapuskan perkataan Emet di dahi Golem tersebut.

2. Kaedah kedua, setelah membentuk Golem, Rabbai dikehendaki melakukan ritual berjalan atau menari mengelilingi Golem sambil mengucapkan mantera memuji Tuhan untuk menghidupkannya. Untuk membatalkan sihir Golem ini pula, Rabbai akan melakukan ritual yang sama tetapi dengan keadaan yang berbalik iaitu berjalan atau menari ke belakang dan mengucapkan mantera secara terbalik.

3. Kaedah ketiga dengan menampalkan sekeping kulit haiwan yang telah diukir nama Tuhan lalu menampalkannya di atas mulut atau lengan Golem. Untuk membatalkan sihir ini pula, cukup dengan menanggalkan semula kepingan tersebut daripada tubuh Golem.

Prosuder penciptaan Golem menurut Rabbi Aryeh Kaplan, tanah atau pasir yang diambil haruslah tanah yang suci (tanah yang dimana belum digali/disentuh oleh manusia). Manusia yang ingin melakukan proses ritual penciptaan Golem haruslah membersihkan dirinya daripada segala kekotoran dari segi fizikal dan rohani.


Proses penciptaan Golem tidak menggunakan banyak tenaga tetapi melalui proses meditasi. Proses meditasi ini memakan waktu yang sangat lama. Hasil daripada meditasi ini akan menciptakan suatu semangat yang mana semangat ini akan disalurkan ke dalam tubuh badan Golem seterusnya mampu membangunkannya.
Mengikut abjad dari bahasa Hebrew, perkataan אֱמֶת (Emet) mengandungi tiga huruf khas, iaitu huruf pertama, pertengahan dan terakhir iaitu Aleph, Mim dan Tev (abjad Hebrew ada 28 huruf).
Mengikut catatan dongeng Ashkenazi Hasidic, Golem yang dibangkitkan akan menjadi hamba abdi kepada si penciptanya. Segala tugasan yang diberikan kepada Golem akan dikerjakan tanpa bantahan kerana mereka makhluk tanpa jiwa.

Dalam sebuah versi cerita terkenal yang pernah terjadi di Eropah suatu ketika dahulu, mengisahkan tentang tindakan seorang Rabbai yang membangkitkan Golem untuk melindungi komuniti Yahudi Eropah daripada ditindas oleh umat Kristian Eropah.
Peristiwa ini terjadi ketika tersebarnya khabar angin mengenai umat Yahudi membunuh kanak-kanak Kristian untuk mendapatkan darah mereka dalam menjalankan ritual keagamaan mereka.

Khabar angin anti-simetik yang dikenali sebagai ‘Blood Libel’ ini tersebar begitu meluas di benua Eropah dan digunakan untuk pihak tertentu sebagai alat politik dan propaganda mereka untuk membantai, menyekat dan memulaukan umat Yahudi.Akibat daripada khabar angin ini, kedudukan umat Yahudi Eropah terancam dan mereka seringkali dikecam dan diugut bunuh.

Seorang Rabbai yang bernama Yehuda Loew (The Maharal) yang terkenal dengan sebagai ilmuwan Talmud, falsafah dan pengamal ilmu mistik, menciptakan Golem untuk melindungi komuniti Yahudi Eropah daripada ancaman umat Kristian Eropah. Kaedah yang digunakan oleh Yehuda Loew untuk membangunkan Golem dengan menuliskan nama di dahinya. Golem.Yehuda Loew diciptakan daripada tanah dasar sungai Moldavia (Romania).

Nama Golemnya adalah Yoselle.Golem milik Yehuda Loew menunjukkan peranan yang terbaik dalam melindungi komuniti Yahudi Eropah. Selain ditugaskan untuk melindungi manusia, Golem Yehuda Loew juga ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja berat kerana kekuatan fizikalnya yang sangat kuat.

Tetapi, satu sahaja kelemahan penggunaan Golem, iaitu mereka akan menjadi semakin kuat apabila mengerjakan pelbagai tugasan sehingga sampai ke kemuncaknya, jasad tanpa jiwa ini akan mula menunjukkan sifat agresif dan pemberontakannya. Yang paling menakutkan, Golem akan mempertikaikan kewujudannya sebagai hamba, lahirnya pola pemikiran secara rasional dan ingin hidup sebagai seorang manusia.

Selain itu, terdapat pantang larang ketika membela Golem. Setiap hari Jumaat petang, Golem tersebut wajib direhatkan. Ini kerana Golem akan hilang kendali dan mengamuk pada hari Sabbath (Sabtu) hari di mana umat Yahudi dilarang bekerja, hari khusus untuk beribadah kepada Tuhan.

Keadaan yang mula tidak terkawal ini berjaya dihadang oleh Rabbai Yehuda Loew. Rabbai Yehuda Loew berjaya menghapuskan perkataan Emet di dahi Golemnya lalu membatalkan sihirnya. Golem tersebut kembali menjadi jasad tidak bernyawa.

RUJUKAN:

1. History of the Literary Cultures of East-Central Europe: Types and Stereotypes, Marcel Cornis-Pope dan John Neubauer (halaman 302).

2. Golem: A Legendary Clay Beast Created to Protect Jewish People, Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.