Pada 1513, Patih Yunus mengepalai serangan angkatan laut kerajaan Mataram di Pulau Jawa bagi menyerang tentera Portugis di Melaka. Seorang Portugis, Fernando Peres de Andrade menulis:

“Jong Patih Yunus begitu besar sekali sehinggakan Anunciada (kapal perang panglima laut Portugis) yang berada di sebelah jong Patih Yunus, tidak lagi kelihatan seperti sebuah kapal”.

(Ahmad Jelaini Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Selat Melaka, Abad Ke-15 Hingga Ke-18 mukasurat 159 merujuk kepada tulisan Cortesao A, 1967 berkenaan catatan The Suma Oriental Of Tome Pires)

Jong merupakan kapal rumpun Melayu yang digunakan sebagai kapal perang dan juga kapal dagang.

Saiznya hampir dua kali ganda daripada kapal bangsa Eropah dan Jong Melayu tidak dibenarkan berlabuh di dermaga China kerana saiznya yang besar sehingga saudagar-saudagar rumpun Melayu melabuhkan Jong mereka sedikit jauh dari pelabuhan.

Anthony Reid dalam bukunya Charting The Shape Of Early Modern Southeast Asia telah menggunakan istilah leviathan (bukan Leviathan yang dalam siri Supernatural tu) untuk menggambarkan Jong Melayu yang membawa makna “Raksasa Laut” atau “Kapal Gergasi”.

Seorang pengkaji Inggeris Robert Dick mengatakan bahawa sejak dari awal abad Masihi tamadun-tamadun timur dunia yang lain seperti India dan China bergantung penuh kepada kepakaran nakhoda-nakhoda dari Tamadun Melayu dan kapal-kapal Jong Melayu yang mampu mengharungi lautan luas dengan mudah dan cepat. Teknologi kapal-kapal Melayu kemudiannya ditiru oleh orang-orang China, India dan Arab serta Barat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) UKM. Bukan pakar sejarah tetapi peminat seumur hidup.

Leave A Reply