Sebelum adanya UMNO dan sebelum adanya usul menubuhkan Malayan Union, ada sekelompok anak muda cuba memacu kemerdekaan tanah air kita dari cengkaman penjajah.

Mereka ini adalah pencetus gerakan nasionalis dalam membawa tanah air kita menuju kemerdekaan.

Orang memanggil gerakan kiri kerana sikap mereka yang rebellious dan melawan norma tadbiran kolonialis diwaktu itu.

Kalau membaca buku teks sejarah sekolah, nama seperti Burhanuddin Al Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob, Ishak Muhammad adalah antara nama yang disebut sebagai kalangan orang penting dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang merupakan parti politik pertama di Malaya dimana ia wujud hasil kesedaran untuk bangkit berjuang menuntut kemerdekaan berasaskan reformasi gerakan Islah yang diterajui kalangan penuntut dari Timur Tengah untuk melawan penjajah dan kolonial Barat.

Sebelum Jepun menjejakkan kaki ke tanah ini, Kesatuan Melayu Muda adalah gerakan yang paling lantang menyokong gagasan Kesemakmuran Asia Timur Raya dan Asia Untuk Asia. Mereka sedar bahawa Jepun adalah pembuktian hakiki dimana hegemoni kuasa Eropah sebelum ini yang dianggap kebal dan sukar ditangani memang boleh dikalahkan.

Bilamana Jepun mendarat di Kota Bahru dan mara sehingga ke Singapura, KMM menyambut mereka dengan tangan terbuka dengan harapan Jepun menjadi kuasa yang membebaskan dan memerdekakan Malaya.

Sepanjang pendudukan Jepun, kalangan anggota KMM yang diterajui Ibrahim Yaacob mendapat layanan baik dan diberikan banyak peluang politik dan bebas melakukan aktivitas kepartian selain merekrut kader kader dan leftenan parti untuk perjuangan kemerdekaan.

Pentadbiran Jepun diwaktu itu turut membantu pembentukan Malai-Gunsei, iaitu elemen ketenteraan sukarelawan Malaya yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat awam Malaya yang dipanggil berkhidmat untuk melicinkan pentadbiran harian dan urusan awam Malaya yang ditakluk Jepun selain kalangan ahli KMM sendiri.

Objektifnya adalah untuk memastikan adanya keanggotaan tentera sukarela yang bakal menjadi nukleus pasukan keselamatan Malaya bila Jepun mengiystiharkan kemerdekaan.

Usaha memerdekakan Malaya yang tidak henti2 oleh Ibrahim Yaacob juga dapat dilihat dengan nekadnya beliau untuk menuntut kemerdekaan Malaya bersama sama Indonesia dibawah gagasan Indonesia Raya dan beliau seringkali berusaha memujuk pentadbiran tentera Jepun pada waktu itu mempercepatkan usaha tersebut.

Tumpuan meningkatkan kemahiran anak watan Malaya juga dilaksanakan dengan pelaksanaan pendidikan vokasional disekolah sekolah, menyerap masuk anak muda dan kakitangan pentadbiran awam dalam pasukan sukarelawan tentera dan menghantar pelajar pelajar untuk melanjutkan pelajaran di universiti di Jepun sebagai langkah menyediakan Malaya kearah kemerdekaan dan mandiri serta mampu menjana lebih banyak kalangan rakyat yang berkemahiran.

Jepun merupakan pihak penakluk yang mempelopori pengajian vokasional kepada rakyat Malaya dimana mereka menekankan aspek kemahiran pertanian moden dan pertukangan serta kejuruteraan moden, ekonomi serta pembinaan sebagai asas membangunkan negara. Mereka melihay cara ini adalah satu2nya cara mengeluarkan rakyat yang dijajah kolonial Barat untuk mengembalikan semangat nasionalis dan mandiri dan tidak lagi melihat kebergantungan kepada bekas kolonial untuk membangun.

Walaupun sejarah Jepun dipenuhi dengan kezaliman, ia berlaku bukan kerna Jepun itu bersifat zalim tetapi disebabkan tekanan perang yang terus menerus menjerut perekonomian negara matahari terbit tersebut berikutan embargo bahan mentah, serangan keatas garisan logisitk yang makin menipis disebabkan asakan armada Berikat serta kekalahan teruk angkatan bersenjata empayar Jepun dalam beberapa siri pertempuran di Lautan Pasifik menyebabkan cengkaman mereka semakin goyah.

Kekurangan makanan dan bekalan ubatan yang dicatu bagi meneruskan kempen perang sedikit sebanyak menjejaskan kualiti hidup rakyat pada ketika itu yanh terus menerus memburuk. Ditambah lagi ancaman subversif oleh MPAJA yang menghasut rakyat untuk tidak bekerjasama dengan Jepun. Relatifnya orang Melayu tidaklah teruk dilayan oleh Jepun berbanding orang Cina.

Melihatkan Jepun semakin menghampiri ambang kekalahan, KMM diberikan peluang untuk menjadi kuasa yang akan mengambil alih pentadbiran Malaya dan Ibrahim Yaacob sendiri mendesak agar kemerdekaan Malaya dipercepatkan.

Namun ia tidak berlaku kerana Jepun secara rasminya menyerah kalah selepas ledakan atomik keatas Hiroshima dan Nagasaki.

Harapan kemerdekaan melalui Jepun telah tertutup.

Walaubagaimanapun sepatutnya Ibrahim Yaacob boleh saja mengambil peluang tersebut tetapi mengambil keputusan untuk angkat kaki ke Indonesia, meninggalkan KMM yang dibiar tanpa pemimpin dan hala tuju.

Kalangan kader dan ahli KMM pada awalnya sudah sedia untuk ambil alih pentadbiran, malah kalangan gerilawan juga sudah sedia untuk angkat senjata menghadapi bekas kolonial Malaya iaitu komunis tetapi dengan hilangnya Ibrahim Yaacob, KMM hilang arah dan berpecah serta tidak lagi mempunyai kelebihan yang kemudian diisi oleh MPAJA yang diterajui PKM.

Dan sewaktu vakum kuasa inilah belang dan taring PKM keluar. Mereka menghukum rakyat sesuka hati atas alasan tali barut melalui mahakamah kanggaru dan bertindak menyerang orang Melayu yang mereka anggap bekerjasama dengan Jepun.

Disini bermulanya rusuhan kaum dan dendam ini berterusan dipendam dan dibakar sehingga kemuncaknya pada 13 Mei 1963. Asas rusuhan ini bermula sejak penaklulan Jepun lagi.

Jika Ibrahim Yaacob tidak lari ke Batam dan kemudian Jakarta pastinya 14 hari Darurat selepas Jepun menyerah kalah tidak berlaku. Pasti KMM akan terus wujud dan Malaya pasti merdeka sama awal dengan Indonesia. Dan pasti tarikh dan tahun merdeka kita sudah 70 tahun dan bukan 60 tahun.

Pasti sejarah kita berbeda.

Tapi ketetapan Allah itu lebih baik dari perancangan kita hambaNya.

Gerakan kiri tidak pernah disorokkan sejarahnya malah diajarkan setiap darinya – yang bermula dengan kebangkitan Kaum Muda yang dicerminkan oleh gerakan Islah dari Timur Tengah sebelum perang dunia dan melahirkan ramai pejuang dan gerakan selepas perang dunia seperti PETA, PETIR, API, AWAS, KRIS dan PKMM.

Cuma orang kita sekarang bersangka sangka dan terlalu melihat sejarah dari sudut sentimen politik dan tidak obejktif.

Sejarah KMM dan parti radikal lain tetap ada.

Sayangnya mereka diperguna oleh PKM dan ini menjurus kepada pengharaman semua gerakan radikal Melayu dan sosialis Melayu.

Hanya kerana Jepun kalah lebih awal dan KMM lambat mengambil inisiatif.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Comments are closed.