Ger ialah pondok bulat yang boleh dipasang dan dipisahkan dengan cepat untuk dibawa mengikut keperluan nomad.

 

Ger biasanya terdiri daripada beberapa tiang kayu yang kemudiannya ditutup dengan kain. Bumbung Ger dibuat terbuka berbentuk bulat supaya supaya api dapat dinyalakan di tengah pondok, dengan asap keluar dari bukaan ini.

 

Ger dipercayai berasal dari Padang Rumput Eurasia, khususnya kawasan yang kini menjadi sebahagian daripada Kazakhstan dan Rusia moden.

 

Ger pertama mungkin serupa dengan struktur seperti pondok yang digunakan oleh nomad Turki dan Mongol selama berabad-abad. Ger merebak ke arah barat dengan Empayar Mongol pada abad ke-13.

 

Ger tak banyak berubah sepanjang sejarah. Ger juga berevolusi mengikut keperluan masyarakat. Paling ketara, cara mereka diangkut.

 

Pada zaman dahulu, Ger akan dinyahpasang untuk dibawa dengan kuda ke lokasi seterusnya di mana orang nomad akan membawa lembu mereka untuk meragut. Kini, Ger dibungkus dan diletakkan di belakang trak pikap keluarga.

 

Ger masa kini juga lengkap dengan teknologi panel solar. Orang Mongol kini boleh guna perkakas elektrik kerana sebelum ni Ger tak ada sebarang sambungan elektrik biasa.

 

Pintu Ger sengaja dibina menghadap ke selatan. Hal ini disebabkan selatan dianggap sebagai tempat matahari berada, dan dengan itu ia dianggap sebagai sumber kehidupan dan kehangatan.

 

Orang Mongol percaya bahawa roh nenek moyang mereka berasal dari utara, jadi mereka tak meletakkan pintu Ger mereka menghadap ke arah itu.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Ger ni antara perkara yang korang jarang dengar tentang Mongol. Kalau tak mesti asyik-asyik Genghis Khan je. Cuba selam dalam lagi bersama KITAB TAMADUN MONGOL. Dapatkan segera!

https://bit.ly/3KhafNU


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply