Sebelum Ipar Adalah Maut, P. Ramlee dah lama buat filem yang memberi gambaran kepada realiti masyarakat yang relevan sampai sekarang. Antaranya, filem Gelora ni lah!
Tapi apa sebenarnya punca yang membuatkan P. Ramlee nak buat filem yang agak kontroversi ni?
Filem ini tidak lahir sekiranya P. Ramlee tidak bertengkar dengan Osman Abadi.
Menurut ceritanya, P. Ramlee ketika mula-mula mengenali Osman Abadi (pengarang kanan di Utusan Melayu ketika itu) telah dikecam oleh P. Ramlee kerana wartawan hanya pandai menghentam orang-orang filem terutama filem-filem arahannya.
P. Ramlee menerima ulasan terburuk dalam kerjayanya untuk filem 6 Jahanam. Mingguan Malaysia menyebut filem ini yang terinspirasi daripada kisah koboi sebagai lemah dan bukti bahawa pengarahnya sudah hilang daya kreatif.
“Dia orang cakap senang, tahu hentam saja. Skrip lemah, arahan lemah. Tapi siapa ada antara wartawan yang ada yang bagi skrip bagus pada saya?” kata P. Ramlee.
Mendengarkan kata-kata pedas tersebut terkeluar kata Osman Abadi, “Bagaimana kalau saya buat skrip, Encik Ramlee boleh terima ke?”
“Boleh, dengan syarat skrip misti bagus. Bila Encik Osman nak bagi?” kata P. Ramlee.
“Malam esok di studio ni,” jawab Osman Abadi.
Kira-kira jam 10.00 malam esoknya, Osman Abadi datang lalu bercerita di depan P. Ramlee berdasarkan nota yang ditulisnya di sekeping kertas.
Ketika mendengar cerita Osman Abadi, P. Ramlee hanya memejamkan matanya. Osman Abadi sendiri tidak tahu samada P. Ramlee mendengar ceritanya itu atau pun tidak.
“Selepas bercerita, P. Ramlee tidak berkata sepatah pun apakah cerita saya itu bagus dijadikan filem atau pun tidak,” kata Osman Abadi.
Melihatkan wajahnya, Osman Abadi yakin ceritanya itu tidak akan diterima.
Esoknya, Osman Abadi menerima telefon P. Ramlee yang memintanya menulis ‘rough idea’ cerita yang diceritanya itu. P. Ramlee memberi masa seminggu untuk Osman Abadi menyudahkannya.
Bagaimanapun, Osman Abadi hanya dapat menyudahkannya dua minggu kemudian. P. Ramlee sendiri menyusun cerita dan lakon layarnya manakala Osman Abadi menyusun dialognya.
Bermula dari situlah lahirnya filem ini yang dirangkumkannya dengan lagu popular ciptaanya – “Gelora” petikan filem “Seniman Bujang Lapok.”
Bolehlah dikatakan filem ini sebuah drama berat yang tidak ada komedi langsung. Dari awal hingga akhir ketegangan mencengkam penonton.
Hanya mereka yang berminat dengan filem-filem drama berat dan masih meminati karya P. Ramlee menyukai filem ini.
Bolehlah dikatakan juga, filem ini hanya sesuai ditonton oleh orang-orang dewasa saja dan boleh juga diagak kenapa filem ini jarang-jarang ditayangkan di tv kerana temanya yang tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja apatah lagi kanak-kanak.
P. Ramlee tidak banyak muncul dalam filem ini. Beliau hanya memegang watak dengan beberapa babak, tetapi tetap penting untuk keseluruhan cerita.
Kisah hubungan terlarang dalam filem ini penuh dengan pengajaran, ditambah dengan plot-twist yang paling gila dalam kebanyakan filem P. Ramlee.
Oleh: Azizul Farhan
___
Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?
Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA hanya ada di Shopee kami!
https://s.shopee.com.my/5AX63kuYme
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih