Kafein merupakan bahan psikoaktif yang banyak diambil di seluruh dunia. Ya, kafein juga termasuk dalam kategori bahan psikoaktif, sama seperti dadah yang lain. Cuma kesannya tidaklah sebahaya ganja, marijuana, amphetamine, methamphetamine dan lain-lain.
Kafein berfungsi sebagai perangsang sistem saraf pusat, yang bermaksud ia memberi kesan aktiviti neural di dalam otak dan meningkatkan kepekaan, juga mengurangkan keletihan.
Sekiranya badan bergantung kepada kafein, membuang ia daripada diet seseorang akan menyebabkan “withdrawal symptom” sekitar 12-24 jam selepas mengambil kafein.
Kafein withdrawal ialah diagnosis perubatan yang diperakui dan boleh memberi kesan kepada orang yang selalu mengambil kafein.
Berikut adalah 8 gejala withdrawal kafein;
- Sakit Kepala
“Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala” juga merupakan antara gejala yang selalu dilaporkan. Kafein menyebabkan salur darah di otak untuk mengecut, menyebabkan aliran darah perlahan.
Satu kajian menemui bahawa 250mg (kurang daripada 3 cawan kopi) boleh mengurangkan aliran darah cerebral sebanyak 27%.
Memandangkan kafein boleh mengecutkan salur darah, mengurangkan atau berhenti daripada mengambilnya membenarkan salur darah untuk mengembang dan meningkatkan aaliran darah ke otak.
Perubahan aliran darah yang mendadak menyebabkan withdrawal yang menyakitkan kepala berkadar dengan masa otak mengambil tindakan untuk menyesuaikan dengan peningkatan aliran darah.
Sekalipun kafein menyebabkan sakit kepala, kafein juga merawat beberapa jenis penyakit kepala seperti migrain. Malangnya, aa tidak mampu merawat covidiot.
- Keletihan
”Pergi kedai, balik kedai, letih-letih” sebab lama tak pekena kafein.
Ramai dalam kalangan kita yang meminum secawan dua kopi sehari sebagai “energy boost.”
Kafein membantu meningkatkan kepekaan dan mengurangkan keletihan dengan menghalang receptors untuk adenosine, sejenis neurotransmitter yang menyebabkan rasa mengantuk.
Ia juga terbukti meningkatkan prestasi atlet, meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan kronik.
Sebagai contoh, sebuah kajian terhadap 213 orang pengambil kafein tegar menunjukkan yang berpuasa dari kafein selama 16 jam menyebabkan peningkatan rasa keletihan.
Tambahan pula, kesan tenaganya hanya mampu bertahan selama 6 jam sahaja dalam tubuh yang mendorong seseorang untuk pekena beberapa cawan kopi sepanjang hari untuk mengekalkan tenaga dan fokus.
Perbuatan ini membawa kepada lebihan ambilan dan kebergantungan terhadap kafein dan menyebabkan gejala withdrawal semakin parah.
- Kebimbangan (Anxiety)
Kafein merupakan perangsang yang meningkatkan degupan jantung, tekanan darah dan hormon stres cortisol dan epinephrine.
Pada orang yang mudah sensitif dengan kafein, sekadar secawan kopi boleh menyebabkan mereka rasa bimbang (anxious).
Sementara mengambil kafein boleh menyebabkan kebimbangan, tidak mengambil kafein terus juga boleh mengakibatkan perkara yang sama.
Kebimbangan merupakan gejala yang selalu dilaporkan bagi mereka yang tidak lagi mengambil kafein.
Badan boleh menjadi bergantung secara mental dan fisiologi kepadanya, menyebabkan rasa kebimbangan.
Apatah lagi sekiranya kafein yang diambil ditemani dengan “sugar-sweetened”, kekurangan mendadak pada paras gula juga boleh memburukkan lagi rasa kebimbangan.
Selain manusia, kajian terhadap haiwan juga mendapati bahawa pengurangan atau penghentian terus pengambilan gula untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan gejala kebimbangan.
- Susah Fokus
Antara punca utama mengapa orang memilih untuk mengambil kafein dalam bentuk kopi, teh atau minuman tenaga untuk meningkatkan fokus.
Minuman berkafein selalunya diambil sebelum ujian, acara sukan atau pembentangan untuk meningkatkan fokus.
Kafein meningkatkan adrenalin, sejenis hormon terhasil dari kelenjar adrenal – sebahagian reaksi normal terhadap stres.
Ia juga menggalakkan aktiviti neurotransmitter dopamine dan norepinephrine.
Gabungan reaksi hormon-hormon ini meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah dan merangsang otak yang menyebabkan peningkatan kepekaan dan fokus.
Tidak mengambil kafein langsung boleh memberi kesan negatif terhadap tahap fokus sementara badan berusaha untuk menyesuaikan kefungsian tanpa kafein.
- Tertekan
Kafein terkenal dengan fungsinya yang boleh meningkatkan mood baik.
Kebolehan menghalang hormon adenosine bukan sahaja meningkatkan kepekaan bahkan mampu meningkatkan mood baik.
Satu kajian menyatakan bahawa mengambil 1.5mg per kg berat badan manusia membawa kepada mood yang positif.
Banyak juga kajian mengaitkan pengambilan kafein secara sederhana kepada pengurangan risiko kemurungan (depression).
Sebuah kajian yang besar iaitu melibatkan 50,000 wanita yang meminum 4 cawan atau lebih kopi sehari memiliki 20% risiko kemurungan lebih rendah daripada wanita yang tidak kurang atau tidak meminum kopi.
Adapun begitu, kesan rangsangan kafein terhadap mood akan hilang setelah habis. Disebabkan inilah mood anda akan mengalami perubahan bila berhenti dari mengambil kafein.
- Irritability
Agak sukar untuk saya terjemahkan secara terus makna “irritability” ini. Ia boleh difahami sebagai satu keadaan badan seseorang yang tidak stabil pada mood dan fisiologinya. Contoh mudah, seperti mudah marah, cepat naik angin, mudah berpeluh, degupan jantung mencanak dan sebagainya.
Irritability muncul disebabkan kafein dalam badan sudah hilang. Agak sukar untuk peminum kafein tegar untuk memotong terus kafein tanpa menghadapi impak negatif pada mood mereka.
Kajian yang dijalankan ke atas 94 orang peminum tegar kafein, 89% peserta didapati susah meninggalkan kafein kerana gejala withdrawal termasuklah irritability dan kemarahan.
- Gigil
Ya, dah seperti gejala ketagihan dadah pula kesan pengambilan kafein, iaitu menggigil. Namun kesan ini sangat jarang berlaku seperti gejala lain.
Memandangkan kafein merupakan perangsang sistem saraf utama, kesan sampingan daripada terlalu banyak meminum kafein termasuk sekali tangan menggigil.
Bahkan, orang yang menghidapi anxiety disorder selalu disarankan untuk tidak mengambil kafein kerana boleh memburukkan lagi perasaan bimbang (anxiousness).
Orang yang mengambil kafein dalam kuantiti yang besar pada setiap hari, sekiranya terus berhenti akan menjadikan mereka menggigil. Kegigilan ini hanya berlaku pada tangan dan bertempoh 2 ke 9 hari.
- Rendah Tenaga
Ramai yang mengambil kafein kerana mahu mengisi kekurangan tenaga. Gaya hidup moden yang menyebabkan kekurangan tidur, kerja yang berat dan gizi tak seimbang menyebabkan kehilangan tenaga. Ini menyebabkan ramai orang mengambil kafein sebagai sumber tenaga luar seperti kopi untuk menyegarkan mereka.
Secawan kopi atau minuman tenaga meningkatkan kepekaan dan fokus, meningkatkan degupan jantung dan gula darah, membawa kepada perasaan peningkatan tenaga fizikal dan mental.
Kesan tenaga seperti ini menyebabkan peminum mahukan lagi dan lagi untuk menghasilkan tenaga pada tahap yang sama setiap hari.
Inilah mengapa kekurangan tenaga merupakan aduan kebanyakan orang yang mengurangkan atau memotong terus kafein.
Sebagai kesimpulan, ambo juga tengah mengalami gejala withdrawal ini. Semua gejala ambo dah rasa kecuali anxiety disorder dan tangan menggigil tu belum pernah lagi sebab bukan peminum kopi tegar sangat. Kepada peminum tegar, berusahalah untuk kurangkan pengambilan kafein secara berperingkat ya.
Rujukan
Jillian Kubala. (2018). 8 symptoms of caffeine withdrawal. Healthline.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih