Cuba korang bayangkan kalau korang diberi peluang untuk bermain game yang paling korang minat secara real-life. Apa perasaan? Itulah peluang yang tak dilepaskan oleh Jann Mardenborough.
Korang dah tengok movie Gran Turismo (2023)?
Filem itu diinspirasi dari kisah hidup Mardenborough. Macam mimpi, dia dapat memandu kereta Nissan dalam perlumbaan sebenar! Sebelum ini, biasanya main kat Playstation je.
Layak ke gamer jadi racer?
Mardenborough tak mendapatkan peluang keemasan ini dengan mudah. Pada 2006, eksekutif Nissan Europe, Darren Cox bercadang untuk menjadikan gamer Gran Turismo kepada pelumba professional. Idea ini memang gila! Cox mengatakan mekanisme game Gran Turismo sangat mirip dengan pemanduan kereta sebenar. Inilah peluang marketing yang tak pernah sesiapa fikirkan!
Bagaimana gamer dipilih?
Pemain perlu menyertai pertandingan GT Academy menggunakan PlayStation Network ID. Kemudian, track record terbaik dari driving simulator akan dipilih untuk mewakili negara. Setiap negara cuma layak menghantar seorang calon pemenang sahaja. Calon-calon tersebut akan dilatih dalam kem perlumbaan selama seminggu sebelum seorang gamer terbaik dipilih untuk menyertai Nissan’s Driver Development Programme.
Gamer ni berjaya ke jadi racer?
Jann Mardenborough telah membuktikan diri seawal usia 19 tahun. Apa yang lebih menarik, dia terpilih semasa mengisi masa lapang sementara menunggu tawaran masuk kolej. Isi masa lapang pun berjaya! Dia telah mendapat tempat ke-4 pada 2016 (GT300) dan tempat ke-12 pada 2018 (GT500).
Tapi, seperti yang diceritakan dalam movie, pernah berlaku sebuah kemalangan yang meragut nyawa seorang penonton sepanjang karier Mardenborough. Kejadian itu sempat menjadi trauma dan dilema Mardenborough untuk berhenti daripada memasuki Litar Antarabangsa.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Korang yang memang minat genre perjuangan dan teknologi, dapatkan fiksyen AZRAHEL SI PENJEJAK KUBUR. Klik https://bit.ly/MK-Azrahel. Kalau nak beli novel ni, setiap pembelian korang akan disumbangkan ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti kita kepada rakyat Palestin! Klik: https://bit.ly/40FLVup




No comments yet