Dilahirkan pada Januari 1412. Keluarganya memiliki tanah yang diuasahakan bersama kakak dan abangnya. Setiap kali loceng Gereja berbunyi, dia adalah yang paling bersungguh-sungguh pergi ke Gereja.

Sekitar umur 13 tahun, dia telah mendengar satu suara yang menyatakan bahawa, dia adalah orang yang akan membawa kemenangan kepada negaranya, Perancis.

Pada masa itu, Perancis dan England telah berperang selama 100 tahun. England telah menguasai beberapa tempat penting di Perancis dan hampir mencapai kemenangan. Salah satu sebab kelemahan Perancis pada masa itu adalah berlakunya perebutan takhta antara Charles VI dan keluarga Burgundi yang bersekutu dengan Inggeris.

Ketika berumur 16 tahun, dia diberitahu untuk bertemu dengan Charles VI sendiri. Masa itu, dia menyamar sebagai tentera dengan memakai baju tentera Perancis untuk menghampiri raja. Mereka bertemu di Chinon dan dia yakinkan raja bahawa dia mampu mengundurkan Inggeris dari Perancis.

Seterusnya, di bawah telunjuknya, Perancis berjaya mengambil semula kota-kota yang dirampas dan berjaya gagalkan beberapa serangan tentera England. Akhirnya tentera England tewas dan berundur dari Perancis.

Bagaimana gadis yang berusia 16 tahun ini, berasal daripada keluarga petani mampu menggepalai tentera, malah mampu mengundurkan Inggeris? Tiada siapa yang tahu. Ahli sejarah hanya mengandaikan dia memang gadis yang bijak dalam ketenteraan.

Kemudian, dia ditangkap oleh pihak Burgundi dan dibawa ke wilayah jajahan England, Rouen. Di sana, barulah mereka sedar bahawa yang memberikan halangan kemenangan kepada mereka hanyalah seorang gadis.

Pada masa itu, ajaran Gereja melarang wanita menyertai peperangan. Menyertainya dikira menderhaka terhadap agama. Maka, dia dianggap sebagai ‘heretic’ sehinggalah dia mengaku salah. Banyak kali dia disoal oleh seorang Biskop, apa yang menyebabkan dia terlibat dalam peperangan.

Dia hanya menjawab, ada suara yang memberi arahan kepada dia. Secara popularnya dalam buku sejarah, suara itu datang dari malaikat dan orang soleh (saint) atas arahan Tuhan.

Ahli psikologi menyatakan, dia mungkin ada penyakit schizophrenis, tetapi penghidap tak mungkin mampu menjadi orang yang mampu menggepalai tentera.

Selepas tamat tempoh perbicaraan, dan berlaku cubaan melarikan diri olehnya, akhirnya mahkamah menjatuhkan hukuman bakar hidup-hidup ke atas dirinya. Pada masa itu umurnya 19 tahun.

Dia adalah Joan of Arc.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply