Aku pun tak tahu nak namakan forum ni apa, sebab dapat maklumat minit terakhir. Jadi, aku namakan tajuk artikel aku ini sedemikian sebab itulah yang aku faham pada teras perbahasan. Jadi, aku turunlah ke forum ini. Aku datang dengan sahabat-sahabat aku. Ada yang tentera, ada merupakan arkitek, ada admin page ketenteraan.
Asalnya aku datang dengan sentimen penuh kemarahan, tapi masih dapat kawal. Aku fikir forum ini adalah untuk memurnikan terus perjuangan Komunis.
Tapi sebenarnya yang dijelaskan oleh panelis tadi adalah mengenai mereka mahu setiap fakta-fakta dalam buku teks dipaparkan dalam nada kiri dan kanan lebih adil. Dalam perbahasan itu, ada antara kami yang jadi emosi sebab ada soalan yang tidak dapat dijawab dengan jelas. Apa yang kawan-kawan aku tanyakan ialah mengenai apa naratif dan objektif yang mahu dipersembahkan dalam buku teks.
Aku ada bertikam lidah dengan Fadiah (peguam yang terkenal dengan isu kontroversi raja-raja Melayu) dalam beberapa isu. Terutama dalam ketika Fadiah ketika beliau menyamakan orang Cina dan India di Malaysia dengan pendatang-pendatang dan imigrant daripada Timur Tengah ke USA ketika salah seorang rakan aku mempertikaikan apa perlunya ada penterjemah Mandarin pada program Bahasa Melayu itu sedangkan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. Jadi, Fadiah cuba menyamakan situasi penduduk Cina dan India yang tidak fasih itu dengan situasi imigran timur tengah di Barat.
Pada aku,aku berkata kepada Fadiah walau aku dengan jelas mempertahankan bahawa Melayu ialah pribumi di Malaysia, tetapi aku tetap tidak sesekali memanggil dan menyamakan Cina dan India dengan imigrant Timur Tengah. Beliau ada hujah tersendiri. Tapi kami akhirnya agree to disagree sebab topik forum bukan tentang kepentingan Bahasa Melayu.
Pertikaman lidah aku seterusnya ialah aku berpendapat bahawa kalau pada POV sebuah gerakan itu boleh memurnikan pegangan dan gerakan mereka, apakah kita boleh mengiktiraf ISIS sebab pada setiap gerakan pengganas di dunia sekarang, mereka tentunya mempercayai tindakan itu betul. Kemudian, pertikaman lidah kami sampai kepada definisi perang dan seumpama dengannya.
Forum berjalan dengan pelbagai persoalan-persoalan lain seperti kenapa tidak ada golongan kanan dan juga pembuat buku teks di atas pentas kalau topik perbahasannya ialah mengenai perspektif sejarah dalam buku teks dalam sejarah. Penganjur memberitahu bahawa jemputan sudah dilayangkan kepada professor, golongan kanan tetapi tidak bersahut. Lantas aku menawarkan diri bahawa The Patriots boleh jadi rakan penganjur pada masa hadapan, agar nampak seimbang ada Kanan dan Kiri dalam penganjuran nanti.
Lalu, aku menyatakan pandangan aku kepada Fahmi Reza tentang usaha beliau untuk memastikan naratif golongan kiri boleh didengari. Pada hemat aku, aku memahami perjuangannya berkenaan buku teks sebab aku dan The Patriots juga pernah berada di tempatnya ketika perjuangan menuntut sejarah Melayu Hindu-Buddha dimasukkan dalam buku teks dan diceritakan dengan jujur. Jadi, aku memahami sedikit sebanyak struggle menukarkan buku teks ini.
Selepas itu, aku katakan pada beliau cadangan untuk remaja sekolah diberikan pendedahan adil kiri dan kanan tidak ada masalah. Tapi ia perlu diiringi dengan subjek mantik dan logik, sekurang-kurangnya pemikiran mereka dapat dipandu dengan disipilin pemikiran yang betul. Aku tidak bersetuju pada angka 15 tahun, mungkin 17 tahun cukup untuk mereka didedahkan pada perspektif sejarah kiri dan kanan.
Kemudian, aku perkenalkan diri aku sebagai penerbit buku Aku Seorang Patriots. Dalam buku tersebut, ia merangkumi perjuangan marhaen ketika zaman darurat dahulu. Pada aku, selain perspektif ideologi, perspektif pembesar dan pemimpin dimainkan, perspektif rakyat marhaen ini perlu dimasukkan. Mereka adalah mangsa kepada pertembungan ideologi orang atasan ini. Pada ini, aku dan beliau mencapai titik persetujuan bersama. Fahmi Reza bersetuju cadangan aku mengenai perspektif sejarah yang selalu dilupakan ini.
Selebihnya, forum terpaksa ditamatkan sebab kesuntukan masa. Tapi aku sempat berkongsi pendapat dengan Fahmi Reza dan moderator diluar forum, berkongsi pendapat yang agak terbantut ketika di dalam forum. Aku kata idea dia itu perlu diiringi dengan pengukuhan lain. Dan tentunya, aku berpendapat ia boleh berlaku kalau rakyat Malaysia sudah begitu terbuka dengan situasi seperti itu, dan ia perlu berjalan tanpa membuka kotak pandora.
Aku juga melahirkan pendapat aku bahawa walaupun kau nampak aku kanan dari sudut sosial, tetapi dalam bab ekonomi ini, dalam bab isu seperti campur tangan kerajaan dan agak tidak setuju dengan open market. Aku katakan boleh tak kita menganggap bahawa gerakan Komunis di Malaysia adalah sebuah gerakan ekstrem yang tak melambangkan ideologi sosialis dan komunis itu sendiri sebab sepanjang aku membaca kitab-kitab mereka, ia tidaklah mengambarkan bagaimana pengerakkan pada zaman darurat di Malaysia daripada yang aku belajar.
Kata aku, pada setiap ideologi itu, ada gerakan ekstremis. Setujukah beliau dengan perspektif aku bahawa gerakan komunis pada zaman dulu tidak lagi membawa ideologi sosialism dan komunis, sebaliknya mereka adalah golongan ekstremis Kiri? Jawapan Fahmi Reza aku tak berapa ingat. Mungkin beliau tak sempat menjawabnya atau aku tak berapa fokus pada jawapan beliau.
P.S: Ada orang tuduh aku yang cetuskan kekecohan masa forum ni. Masalahnya, aku tak cetuskan apa-apa pun. Kekecohan yang meletus dalam forum masa itu berlaku sebab salah faham sahaja. Kemudian semua kembali aman dan seperti biasa.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih