Demikian hari Free Malaysia Today yang mengimarahkan kedangkalan liberalisme mengudarakan sebuah artikel hasil tulisan Nur Hasliza Mohd Salleh. Institusi MRSM telah dijadikan sasaran kerana kononnya terlalu menghisap agama. Perlu diingatkan bahawa artikel dinaikkan tanpa sebarang kesahihan atau sekurang-kurangnya maklumbalas daripada pihak sekolah.

Baca selanjutnya: https://thepatriots.asia/serangan-bertalu-talu-puak-liberal-pada-mrsm/

Kemudian satu lagi kepelikan dinaikkan FMT kali ini hasil tulisan A. Kathirasen yang kononnya berpengalaman 42 tahun dalam jurnalisme. Meskipun dengan ilmu 42 tahun, Kathirasen mengatakan bahawa puak minoriti paling banyak bayar cukai.

Baca selanjutnya: https://thepatriots.asia/betul-ke-kaum-cina-pembayar-cukai-terbanyak/

Kali ini FMT membawa penulis bernama Rosli Khan yang tiada pengalaman 42 tahun. Cuma pengalamannya dalam perindustrian pengangkutan melebihi 30 tahun sahaja. Bolehlah. Seorang bayi yang beranak masa Rosli Khan baru berjinak-jinak boleh menjadi bapa dalam tempoh tersebut.

Rumusan daripada penulisan Rosli Khan:

  1. Bahasa Melayu setelah dirumikan telah meningkat dengan begitu maju. Ilmu dalam Jawi pula berkekalan, cuma keperluannya dipersoalkan. Lebih-lebih lagi apabila berada di Timur Tengah, Jawi langsung tidak diperlukan kerana semua boleh saja cakap bahasa Inggeris.
  2. Maka pendekatan Kementerian Pendidikan untuk membawa semula Jawi dipertikaikan. Sehingga timbul isu penyatuan negara. Pada asalnya mengatakan tiada kegunaan, kemudian Rosli Khan mengatakan tiada masalah untuk kembalikan Jawi untuk tujuan nostalgia.
  3. Kemudian ditambahkan pula kenapa tidak kembalikan sekali unsur-unsur kebudayaan lain? Sekatan terhadap kebudayaan dan tradisi Melayu yang lain perlu dihentikan juga.
  4. Perayaan Main Pantai dan Rodat Terengganu dipetik kerana telah bagaikan pupus. Ketiadaan unsur kesenian turut membvnvh sekolah muzik, akademi tarian, teater dan panggung wayang tradisi.
  5. Tiadanya semua ini bererti generasi seterusnya tidak boleh belajar proses pembikinan daripada pengskripan ke pengarahan. Kiranya Melayu telah mengetepikan seni sebegini tetapi ingin pula kembalikan Jawi. Jadi tidak relevanlah.
  6. Modal liberal macam biasa mengatakan ahli politik yang memufliskan Melayu daripada kebudayaan sebegini. PAS telah didakwa mengharamkan unsur kebudayaan ini di Kelantan dan Terengganu (pada 1999). Dan Barisan Nasional meneruskannya.
  7. Agenda Islam juga dipetik seolah-olah menjadi bebanan yang menenggelamkan unsur kebudayaan bukan teras Islam. Anwar Ibrahim diungkit kerana mendatangkan era Islamisasi (untuk menundukkan PAS).
  8. Dan macam biasa lagi, Melayu dituduh cuba ikut orang Arab. Melayu tiada keupayaan seni atau kebudayaan seperti orang dulu. Dan aurat juga disentuh pada penutup artikel.

Sejauh manakah kemuflisan Melayu dari segi kebudayaan? Itulah persoalan yang dibawa Rosli Khan dengan mentaliti kiamatisme (apocalyptical mentality) seolah-olah Melayu sudah tidak berbudaya. Apakah Melayu sudah tandus budaya?

Kalau dua soalan ini dapat dijawab dengan tepat, maka di situ juga terletaknya jawapan kenapa mentaliti Rosli Khan dilabel kiamatisme.

Pembelajaran Jawi tidak bermula baru-baru ini. Malah tempoh 10 tahun yang lalu pun bukan titik permulaan pembelajaran Jawi di sekolah. Sesiapa pun yang menghuni bangku sekolah pernah belajar Jawi. Waima pada 1980-an pun pelajar-pelajar terdedah dengan bait-bait Jawi.

Cuma jadi masalah apabila Dong Jiao Zong yang bising. Itu sahaja. Berzaman Jawi diajar di sekolah; bila organisasi sekolah Cina bising hanya kerana beberapa mukasurat, terus jadi polemik yang jijik lagi menjijikkan Kalau masih buta dan benak, itulah sebab kenapa orang Melayu tidak berpuas hati.

Pendekatan Rosli Khan pun sejujurnya sangat menarik. Kalau dirumuskan dalam bahasa mudah, Rosli Khan sedang mempersoalkan keperluan minum air – kenapa tidak makan saja? Itu yang masalahnya. Jawi dan Rodat Terengganu ialah unsur kebudayaan Melayu. Rosli Khan begitu kepanasan sebab Rodat Terengganu tidak diperjvangkan kerajaan yang memilih untuk naikkan Jawi. Kalau betul sayangkan budaya, kenapa perlu persoalkan Jawi? Bukankah Jawi itu unsur budaya juga?

Isu sedang dibawa Rosli Khan ialah tidak lain tidak bukan dakwaan Arabisasi yang merupakan topeng kebaculan juga. Kononnya Melayu semakin jadi seperti Arab – padahal hanya semata-mata mengamalkan Islam secara zahir dan batin. Sebenarnya yang dimaksudkan mereka ialah Islamisasi, bukannya Arabisasi.

Memang terdapat beberapa siri tradisi yang berdepan dengan sekatan kerajaan negeri. Antaranya ialah Main Puteri yang terdiri dengan unsur-unsur mistik (baca: usaha mencegah syirik). Ulek Mayang yang merupakan kesenian teragung Melayu pun digalakkan supaya tidak dinyanyikan pun, padahal liriknya mendatangkan sebuah kisah mistik. Namun terdapat kepercayaan jitu bahawa Ulek Mayang boleh mendatangkan masalah – jadi ambil jalan tengah, baik elakkan saja.

Kalau tengok dalam perenggan terakhir, aurat pun dipetik juga. Inginkan pemakaian baju kebaya tanpa tudung. Dalam konteks Rodat Terengganu pun diungkit sepasukan penari-penari anak dara yang menayangkan bahu. Bahagian disini agaknya tidak perlu dijelaskan pun. Biar pihak umum melafazkan pendapat masing-masing tentang sifat alahan liberal terhadap penyempurnaan Islam di Pantai Timur. Untuk menanahkan telinga mereka, Kelantan dan Terengganu wajar dilafazkan tahniah kerana sayangkan Islam.

Tentang kemuflisan budaya di Malaysia, tiada penjelasan perlu dibawa pun. Tunggu saja Hari Raya Aidilfitri dan lihat kebanjiran kebudayaan di serata negara. Penampilan baju Melayu dan kurung menandakan kesempurnaan fizikal. Kegiatan maaf-bermaafan mengagungkan kehebatan kerohanian Melayu. Dan perbualan dan gelak tawa dengan gurauan dan jenaka mengilhamkan kekuatan sosial ukhwah Melayu. Semua ini disempurnakan dengan kedatangan Islam.

Memandangkan Aidilfitri itu sendiri berkait rapat dengan Islam, apakah Aidilfitri pun wajar dipertikaikan juga?

Kalau betul sayangkan budaya, pendidikan Jawi takkan mungkin dipersoalkan. Setuju aktiviti tari-menari wajar dididikkan – tetapi bagaikan pilih antara minum air atau makan nasi.

Belum lagi cakap pasal keperluan Jawi itu sendiri. Dalam matematik pun ada perkara-perkara yang tidak akan digunakan orang dalam hidup. Jika Jawi diperlekehkan kerana tidak digunakan Rosli Khan selama 50 tahun, apa gunanya didik anak yang berjiwa sastera dengan kerumitan Algebra?

Kenapa yang itu tidak dijadikan persoalan semasa menjadi lembu cucuk hidung nasionalisme minoriti?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.