Jumaat, 23 Oktober 202623 Okt 2026
Eksplorasi Karya

Flerken: Oyen Yang Boleh Menentang Thanos

Saya orang DC. Atau mungkin lebih tepat untuk gelar saya sebagai peminat komik Dark Horse. Namun oleh kerana Dark Horse merupakan anak syarikat kepada DC bolehlah saya dianggap sebagai orang DC. Kebiasaanya saya tidak begitu gemar menonton filem-filem dari Marvel. Ya, saya mengaku, DC amat ketinggalan dalam filem perihal live action berbanding Marvel.

Kekuatan DC bukan filem live action namun ianya siri dan filem animasi mereka yang mampu menyaingi animasi Jepun dan tidak boleh disentuh langsung oleh Marvel. Malah studio animasi Jepun turut membantu menerbitkan siri animasi DC melalui filem “Batman Ninja”.

Filem animasi Batman Ninja amat unik. Kita boleh melihat adiwira barat melalui adunan budaya asia. Usaha yang sedemikian bukanlah kali pertama namun. Berberapa adiwira barat seperti Spawn dan lain-lain juga mempunyai adapatasi Jepun dalam bentuk manga.

Namun
cukuplah mengenai DC. Saya ingin menceritakan mengenai satu watak Marvel yang
menarik perhatian saya dan ya, watak ini mampu menewaskan Thanos. Mungkin atas
sebab itu watak ini “dihilangkan” dalam filem Endgame demi memanjangkan cerita.
Watak itu ialah Goose the Flerken.

Sebelum
ceritakan lebih lanjut mengenai sejarah dan latar belakang spesies Flerken, saya
akan jawab terus mengapa Flerken mampu menewaskan Thanos. Fleren dalam dunia
MCU mempunyai kemampuan untuk menelan batu infiniti tanpa memberi kesan
negatif. Fakta ini telah dipaparkan dalam filem Captain Marvel. Fakta ini saja
cukup untuk memberi kelebihan kepada Avengers untuk menewaskan Thanos. Noktah.

Flerken
pada rupa paras fizikalnya menyerupai kucing di Bumi. Dalam siri komik Captain
Marvel, beliau mempunyai seekor Flerken bernama Chewie yang pada awalnya
disangkakan seekor kucing biasa. Captain Marvel menamakan kucing tersebut
sebagai Chewie atas rupa paras kucing tersebut menyerupai Chewbacca satu watak
dalam filem Star Wars. Chewie disenaraikan sebagai salah satu sidekick Captain
Marvel yang rasmi oleh Marvel.

Perbezaan
Flerken dengan spesies kucing biasa ialah mereka mampu mengeluarkan sesungut
dari mulut mereka. Mereka juga mempunyai dimensi poket dalam tubuh mereka yang
membolehkan mereka menelan segala perkara malah objek yang lebih besar dari
tubuh mereka. Menurut MCU juga objek-objek yang ditelan tidak memberi kesan
negatif kepada mereka. Flerken juga merupakan spesies yang bijak dan mampu
memahami percakapan spesies haiwan lain.

Flerken mampu mengeluarkan sesungut dari mulut mereka.

Namun Flerken dalam filem MCU boleh dikatakan telah dilemahkan atau di “nerf”. Di dalam komik Marvel kuasa yang ada pada Flerken adalah lebih dari yang dipaparkan oleh dunia MCU seperti kuasa teleportasi dan kemampuan biologi untuk bertelur.

Biarpun Flerken mampu bertelur sehingga 100 biji telur dalam satu masa, spesies Flerken merupakan spesies terancam dan dikatakan tidak sampai 200 ekor yang masih hidup dalam satu semesta. Atas sebab ini juga ramai peminat memberi theory yang Flerken MCU yang bernama Goose sengaja dihilangkan bagi menimbul dan memanjangkan konflik dengan Thanos.

Rocket
Raccoon juga dikata pernah jatuh cinta kepada Chewie di dalam komik.

Hubungan berbeza spesies ini jarang membawa hasil wahai Rocket.

Jadi,
memandang ramai memberi pandangan tentang siapa yang mampu menewaskan Thanos,
maka saya kemukan pandangan saya. Tak perlu manusia, cukuplah kita hantar
seekor kucing.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet