Pernah tak korang tengok video Flamingo patuk kepala pasangannya dan ada darah mengalir ke mulut anak mereka?

 

Tau tak sebenarnya tu bukan darah!

 

Itulah “Crop-Milk”. Crop-Milk ni ialah sekumpulan sel yang mengandungi banyak protein dan lemak yang diludahkan oleh flamingo dewasa dari kerongkong mereka ke kerongkong anak mereka.

 

Flamingo satu lagi menjadi corong untuk menitiskan susu yang nampak macam darah ke dalam paruh anak mereka yang ternganga. Bukannya dia patuk bini dia.

 

Ada juga flamingo yang tak menggunakan pasangannya sebagai corong dan menyusukan terus ke paruh anaknya.

 

Kedua-dua flamingo jantan dan betina menghasilkan prolaktin, hormon yang membolehkan pengeluaran Crop-Milk. Pasangan flamingo boleh memberi makan anak mereka bergilir-gilir dan tak semestinya bergantung pada betina sahaja.

 

Dan sebenarnya perkara ni lebih kurang je dengan apa yang dilakukan oleh mamalia lain. Perbezaan utamanya ialah flamingo mempunyai pigmen dalam hati bernama canthaxanthin yang mengubah warna susu mereka kepada warna merah pekat macam darah.

 

Ingat, tu bukanlah darah seperti yang korang sangka sebelum ni.

 

Pigmen dalam susu tu lah yang akan mewarnakan bulu flamingo daripada putih kepada merah bila mencapai dewasa.

 

Lagi satu info menarik, anak flamingo tak boleh cari makan sendiri disebabkan bentuk paruhnya yang berbeza dengan flamingo dewasa.

 

Selama dua bulan pertama kehidupan bayi flamingo, paruhnya tak cukup terbentuk untuk cari makan makanan sendiri. Cara flamingo dewasa cari makan dengan memasukkan paruh dalam air tak boleh dibuat oleh bayi flamingo.

 

Bayi flamingo akan bergantung sepenuhnya pada ibu bapa mereka untuk bagi makan.

 

Bayi flamingo juga hanya boleh minum susu dan tak boleh makan makanan lain disebabkan paruh yang tak terbentuk sepenuhnya.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak tahu lagi pasal fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami! Link pembelian: https://bit.ly/Biologiashopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply