Firaun merupakan gelaran kepada pemerintah kepada peradaban Mesir Purba. Bagi orang melayu, perkataan firaun itu berasal dari perkataan arab yang berbunyi sama dimana asal-usulnya pula dari perkataan Hebrew yang berbunyi ‘parʿōh’. Dari perkataan Hebrew ini boleh dilihat kesamaannya dengan gelaran firaun di dalam Bahasa Inggeris iaitu Pharoah.
Walaupun bagaimanapun, tidak terdapat mana-mana bukti pun dari kajian arkeologi yang menunjukan pemerintah Mesir Purba memakai gelaran tersebut menunujukan pada dasarnya mereka adalah raja Mesir Purba.
Gelaran Firaun ini hanya digunapakai oleh pihak umum kerana pemakaiannya dalam kitab suci Al-Quran dan Injil. Bagi peradaban Mesir Purba, pemerintah mereka ditulis dalam bentuk istimewa membezakan nama raja dan nama rakyat biasa. Nama raja itu diukir didalam satu bujur memanjang yang di gelar ‘Cartouche’ melambangkan keabadian. Pengguanan gelaran Firaun hanya digunapakai pada zaman Kerajaan Baharu pada 1550-1059 SM.
Pada zaman ini, pemerintahan mereka mengunakan gelaran ‘per-aa’ yang membawa maksud Rumah Besar atau Istana. Gelaran ‘per-aa’yanglah merupakan titik permulaan gelaran Firaun atau ‘Pharoah’.
Nukilan ini bukanlah menceritakan tentang Firaun-firaun yang hebat, yang telah membawa peradaban Mesir Purba ke waktu kegemilangannya seperti Remses II, Amenhotep III dan Khufu. Sebaliknya, penulisan ini akan menceritakan serba sedikat tetang firaun-firaun atau pemerintah Mesir Purba yang menyaksikan kemunduran dan kehancuran peradaban mereka.
Nectanebo II, Firaun Mesir terakhir
Nctanebo II merupakan pemerintah Mesir Purba pada pengakhiran Dinasti ke-30 iaitu dari 380-343 SM. Beliau memerintah Mesir Purba dari Sais yang terletak di Delta Sungai Nil selama 17 tahun bermula dari 360 SM. Zaman ini menyaksikan kemunduran peradabaan Mesir Purba. Zaman kegemilangannya telah lama berlalu.
Zaman Kerajaan Baharu Mesir Purba yang meninggalkan banyak kuil dan monumen hebat telah musnah dek perebutan kuasa, serangan orang luar dan kelemahan kuasa pemerintah. Selepas itu, Mesir purba menyaksikan pepecahan kuasa pemerintahan juga penaklukan dari kuasa luar seperti Nubia, Libya dan Parsi sebelum tiba ke Dinasti ke-30.
Mengikut Herodotus, Nectanebo II menaiki takhta dengan merampasan kuasa dari Teos dengan merasuah komander askar upahan Yunani yang berkhidmat kepada Raja Teos. Nectanebo II cuba mengambalikan kegemilingan Mesir purba yang telah lama hilang. Beliau melakukan banyak projek pembinaan di seluruh Mesir Purba. Beliau juga berjaya menangkis beberapa cubaan penaklukan dari askar Parsi yang dihantar oleh Raja Parsi Artaxerxes III.
Walaubagaimanapun, pemerintahan Nectanebo II tidak kekal lama. Beliau akhirnya tewas kepada Parsi dalam Pertempuran di Pelusium pada 343 SM. Selepas kekalahan ini, Mesir Purba kembali diperintah oleh Kerajaan Parsi dibawah Raja Artaxerxes III. Nectanebo II melarikan diri ke Memphis dan seterusnya ke Nubia.
Beliau cuba mengambil kembali kerajaannya dengan bantuan Khabash dari Sais tetapi tidak berjaya. Menurut lagenda, Beliau akhirnya berlayar ke kerajaan Yunani di Macedonia. Pada akhir hayat beliau, Nectanebo II tidak akan kembali ke bumi Mesir.
Cleopatra VII Philopater, Firaun Ptolemy terakhir
Walaupun ditawan oleh Kerajaan Parsi selepas kekalahan Nectanebo II, Mesir kembali bebas apabila Alexander the Great meluaskan kekauasan Yunani. Untuk memudahkan penerimaan Alexander the Great sebagai pemerintah Mesir Purba, beliau telah melakukan upacara menaiki takhta firaun. Tambahan itu, beliau telah menyebarkan cerita yang mengatakan beliau adalah anak kepada Nectanebo II dan mempunyai hak ke atas takhta firaun Mesir Purba.
Selepas kem4tian Alexander the Great di Babylon, Ptolemy, salah seorang jeneral dibawah Alexander The Great, mengambil alih pemerintahan Mesir Purba sebagai gabenor atau ‘Satrap’. Beliau pada akhrinya menabalkan dirinya sebagai raja Mesir Purba dan memulakan dinasti baru iaitu Dinasti Ptolemy. Kerajaan baru ini mengambalikan kegemilangan Mesir Purba semula walaupaun diperintah oleh orang Yunani.
Pada pengakhiran dinasti ini, kita diketemukan dengan sorang wanita yang menjadi terkenal di seluruh dunia disebabkan oleh drama Shakespeare. Beliau adalah Firaun Cleopatra VII. Dilahirkan pada 69 SM kepada Ptolemy XII Aulete and Cleopatra V yang merupakan adik-beradik.
Beliau banyak menghabiskan masa remajanya di Rom bersama ayahnya. Ini kerana Ptolemy XII telah dibuang negara oleh penduduk Alexandria pada 58 SM disebabkan beliau tidak melakukan apa-apa tindakan selepas Rom merampas Cyprus dari Mesir Purba. Pada masa ini, Dinasti Ptolemy bukanlah pada puncak kegemilangannya.
Kerajaan Mesir Purba ini sedang menuju keruntuhan disebabkan oleh perebutan takhta dalam kalangan Ptolemy, pemberontakan rakyat Mesir dan pengaruh Rom yang semakin meningkat. Ptolemy XII kembali ke Mesir pada 55 SM bersama angkatan tentera Rom dibawah pimpinan Aulus Gabinius dan memerintah dengan bantuan tentera ini. Selepas pemergian Ptolemy XII, pemerintahan Mesir Purba telah turun kepada Cleopatra VII dan Ptolemy XIII untuk memerinatah bersama.
Seperti biasa, mereka berdua berp3r4ng sesama sendiri pada 49 SM. Pep3r4ngan ini berakhir dengan Cleopatar VII dibunag negara ke Syria. Setahun kemudian, Cleopatra VII kembali ke Alexandria dan berjaya mendapatkan bantuan Julius Ceaser yang marah akan Ptolemy XIII kera membvnvh Pompey yang melarikan diri ke mesir setelah kalah kepada Ceaser. Dengan bantuan Ceaser, Cleoptra VII berjaya mengalahkan Ptolemy XIII dalam pep4r4ngan. Ptolemy XIII sendiri dikatakan m4ti dalam pep3r4ngan ini.
Maka takhta pemerintahan Mesir Purba kini dikongsi diantara Cleopatra VII dan Ptolemy XIV. Tidak lama selepas itu, Cleopatra VII telah berpindah ke Rom bersama Ceaser, yang kini menjadi kekasih Beliau,, anak mereka Ptolemy Ceaserion dan Ptolemy XIV. Mereka tinggal di sana sehingga Ceaser dibvnvh di Senat Rom pada 44 SM. Sekembalinya mereka ke mesir, Ptolemy XIV dibvnvh dan digantikan dengan Ptolemy Ceaserion yang ditabalkan sebagai Ptolemy XV.
CleopatraVII pula bercinta dengan seorang Jeneral Rom bernama Mark Antony di Ephesus pada 41 SM. Mereka bersdau akhirnya berkahwin dan Antony tinggal di mesri jika beliau tidak mengetuai apa-apa kempen. Pada mulanya sekutu, akhirnya Cleoptra VII dan Antony berp3r4ng dengan Octavian yang merupakan cucu saudara dan pewaris kepada Julius Ceaser. Selepas mengalami kekalahan demi kekalahan dalam petempuran, Antony cuba membvnvh diri dan m4ti dalam dakapan Cleoptar VII.
Cleopatra VII cuba melakukan yang sama tetapi sempat dihalang oleh Octavian yang datang untuk menakluk kota Alexandria. Octavian menghalang cubaan membvnvh diri Cleopatra VII kerana ingin menayangkan firaun ini sebagai simbole kemenagan dalam perarakan di Rom. Umtuk megelak dimalukan sebegitu rupa, Cleoptra VII cuba bunh diri sekali lagi pada 12 Ogos 30 SM dan kali ini beliau berjaya.
Mengikut drama Shakespeare, Cleopatra VII m4ti kerana gigitan ular asp. Sebaliknya, ahli arkeologi berpendapat yang beliau mengunakan racun ular tedung yang tersorok di dalam pisau belati yang berongga sebagai alat untuk membvnvh diri.
Walaupun firaun Cleopatra VII telah m4ti, perlu diingatkan bahawa pemerintahan beliau adalah pemerinthan bersama. Ini bermaksud terdapat satu lagi firaun yang memerintah bersama Cleopatra VII. Firaun in adalah Ptolemy XV yang merupakan anak kepada Cleoptra VII dan Julius Ceaser.
Selepas kem4tian Cleopatra VII, octacian mengambil keputusan membvnvh Ptolemy XV dan mengakhirkan Dinasti Ptolemy di bumi Mesir. Dengan kem4tian kedua-dua pemerintah Mesir Purba, Mesir akhirnya diambil alih sebagai satu wilayah Rom.
Diocletian, Firaun Terakhir
Walaupun kerajaan Mesir Purba sudah hilang ditelan Empayar Rom, Jawatan Firaun masih dituruskan. Untuk memudahkan penaklukan dan penerimaan pemerintahan Rom di suatu wilayah jajahan baru, Rom akan mengintegrasikan kepercayaann dan budaya kawasan itu kedalam kepercayaan dan budaya Rom tersendiri. Oleh itu, Jawatan Firaun Mesir itu sendiri diberikan kepada Pemerintah Rom.
Selepas kejatuhan Dinasti Ptolemy ditangan Octavian, jawatan Firaun diberikan kepada Octavian ditambahkan pula dengan jawatan maharaja Rom. Octavian menjadi Maharaja Rom yang pertama serta firaun Mesir. Jawatan Firaun ini diberikan kepada maharaja Rom yang seterusnya sehinggalah ke Maharaja Diocletian.
Mengikut penceritaan, Diocletian dilahrikan di Croatia kepada bapa yang merupakan seorang bekas hamba. Beliau menaiki takhta pemerintahan Rom pada zaman yang bermasalah. Zaman ini lebih dikenali sebagai zaman Krisis Abad Ke-3. Zaman ini menyaksikan Empayar Rom hampir merundum disebabkan serang musuh luar, pep3r4ngan saudara dan kemelesatan ekonomi. Salah seorang yang menyelamatkan Empayar Rom dari terus hancur adalah Maharaja Diocletian. Diocletian menaiki takhta dalam keadaan yang penuh kesangsian.
Sewaktu pemerintahan Maharaja Carus, Diocletion merupakan komender pasukan berkuda yang terikat dengan kelaurga Maharaja. Maharaja ini dikatakan m4ti dipanah petir sewaktu kempen ketenteraan beliau menentang Sasanid. Selepas Carus, pemerintahan Rom diturnkan kepada dau anaknya iaitu Numerian, Maharaja Rom di Barat, dan Carinus, Maharaja Rom di Timur. Mahraja Numerian ma4i akibat racun manakala Maharaja Carinus m4ti dibvnvh oleh askarnya sendiri.
Akhirnya, Diocletion, seorang komander askar, telah dipilih untuk menaiki takhta Maharaja Rom. Kesangsiannya adalah Diocletian mungkin ada campur tangan dalam pembvnvh ketiga-tiga maharaja ini. Walaubagaimana pun permulaan Diocletian sebagai seorang Maharaja, Beliau cuba menampilkan diri beliau sebagai seorang pemulih Empayar Rom.
Semasa pemerinthana Diocletian (284 – 305 M), Beliau telah melakukan beberapa pembaharauan seperti mengukuhkan sempadan Empayar Rom dari serangna musuh luar, menghentikan inflasi yang melampau serta hasil cukai yang rendah penyebab permasalahan ekonomi, dan menyelesaikan masalah pewarisan takhta Rom yang menyebabkan Krisis Abad Ke-3 berterusan dengan mencipta sistem pemerintahnan Tetrarki.
Di dalam konteks Mesir, Belilau adalah salah sorang dari 5 Maharaja yang datang ke bumi mesir. Mesir juga tidak terlepas dari pembaharuan yang dilakukan oleh Diocletian: sistem cukai baharu yang menghentikan kelebiha golongan elit Yunani, penstrukturan sempdan daerah, menghapuskan sistem Nome yang telah digunapakai sejak purbakala dan membatalkan hak matawang sendiri. Penduduk Mesir telah menolak pembaharuan ini dan memberontak.
Semasa pemberontakan ini, Diocletian sendiri datang Mesir dan mengepung Alexandria selema 8 bulan pada 298 M. Kemenengan beliau ke atas penduduk Alexandria telah diabadikan dengan pembinaan ‘Pompey’s Pillar’ di bandar itu. Selapas itu, beliau telah menuju ke selatan mesir dan menghalau pengacau Nubia.
Tambahan pula, beliau menetapkan sempadan selatan Empayar ke Philae, selatan Aswan,. Maharaja Diocletian kembali semula ke mesir pada 302 M dimana beliau memberi roti kepada penduduk bandar Alexandria dan berucap menentang agama Manichaesims. Pada 303 M, beliau memula penyeksaan besar-besaran keatas penganut Kristian yang menyaksikan beribu-ribu penduduk Mesir m4ti. Beliau akhirnya menurun takhta pada 305 M dan m4ti pada 313 M.
Bukankah jawatan Firaun itu diberikan kepada pewaris Diocletian selepas dia menuruni takhta? Tidak. Ini kerana jawatan Firaun ini adalah jawatan yang dipegang sehingga m4tinya seseorang itu. Oleh itu, Diocletian masih digunapakai oleh para pendeta mesir sebagai seorang firaun. Dan ia masih dipakai selepas kem4tian Diocletian.
Selepas Diocletion m4ti, Empayar Rom telah mengalami perubahan dari segi agama rasminya. Sewaktu dulu, Empayar Rom mengamalkan agama paganisme. Sekarang Emapayar Rom telah berubah ke Kristian sehinggakan maharajanya sendiri menganuti Kristian. Dengan perubahan ini, Empayar Rom telah mengharam semua anutan paganisme.
Jawatan Firaun ini berkait rapat dengan ajaran paganisme kerana salah satu tugas firaun adalah menjadi tali hubungan antara tuhan-tuhan mesir dan penduduk mesir. Oleh itu selepas m4tinya Dioceltian, pendeta Mesir masih mengunapakai nama Diocletian sebagai firaun mesir untuk mengelakkan pengkaitan dengan maharaja Kristian Rom.
Ini terbukti dengan penemuan ukiran nama Diocletian sebagai firaun di Armant yang bertarikh 340 M, 27 tahun selepas kem4tian Diocletian. Ini boleh dikatakan yang Diocletian memegang jawatn Firaun selama-lamanya. Selepas Diocletian, tiada lagi firaun baharu.
Kesimpulan
3 orang firaun menunjuk perubahan status peradaban Mesir Purba. Kekalahn Nectenabo II menyaksikan tampuk pemerintahan Mesir Purba bukan lagi ditangan orang asal Mesir. Pembvnvhan diri Cleopatra VII dan kem4tian Ptolemy XV menyebabkan Mesir hilang daulatnya dan menjadi satu wilayah taklukan Rom. Serta, firaun bukan lagi memerintah dari bumi mesir. Penurunan takhta dan kem4tian Diocletian menyaksikan pengakhirna suatu budaya yang telah lama digunapakai digantikan dengan budaya yang baharu.
RUJUKAN:
Shaw, G. J. (2013). The Pharoah Life at Coart and on Campaign. London: Thomas & Hudson Ltd.
Fletcher, J. (2016). The Story of Egypt. London: Hodder & Stoughton Ltd
The Editors of Encyclopedia Britannica, (2020, 1 Januari). Carus. Dimuat turun daripada https://www.britannica.com/biography/Carus. Masuk pada 7 Oktober 2020
The Editors of Encyclopedia Britannica, (2020, 1 Januari). Carinus. Dimuat turun daripada https://www.britannica.com/biography/Carinus. Masuk pada 7 Oktober 2020
The Editors of Encyclopedia Britannica, (2020, 1 Januari). Numerian. Dimuat turun daripada https://www.britannica.com/biography/Numerian. Masuk pada 7 Oktober 2020
Extra Credits (2020, 22 Ogos). Third Century Crisis – Not Diocletian – Extra History – #3. Extra Credits. Dimuat turun daripada https://www.youtube.com/watch?v=lV8u3TS0CRw. Masuk pada 7 Oktober 2020
Artiikel dikirimkan oleh Syakireen Rahman untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih