Firaun Cleopatra atau Cleopatra VII Philopator adalah firaun terakhir yang memerintah Mesir di fasa Dinasti Ptolemaic. Baginda mempunyai darah keturunan dari Ptolemy I Soter, jeneral tentera berdarah Yunani Macedonia yang sentiasa menjadi peneman Alexander the Great ketika perluasan empayar, kemudian mengasaskan Dinasti Ptolemaic sebagai pemula kepada Zaman Hellenistik selepas kemangkatan Alexander.
KEHIDUPAN AWAL KE PERLANTIKAN MENJADI FIRAUN
Cleopatra VII lahir pada 69 SM, puteri kedua dari enam adik beradik hasil perkahwinan ayahandanya, Firaun Ptolemy XII dan ibunda yang masih kabur identitinya. Berkemungkinan besar ibunda Cleopatra adalah Cleopatra VI Tryphaena, juga dikenali sebagai Cleopatra V Tryphaena. Semasa remaja, Cleopatra mempelajari seni dan falsafah Yunani di institusi Musaeum dan Perpustakaan Alexandria.
Firaun berketurunan Ptolemy diberi takhta oleh organisasi paderi bernama High Priest of Ptah yang mana tradisi kenaikan takhta mempunyai campuran budaya antara Mesir dan Yunani Macedonia. Dinasti Ptolemy menubuhkan sistem beraja Hellenistik dan menggunakan bahasa Yunani dalam urusan kerajaan. Walaupun para firaun Ptolemy memerintah Mesir, mereka tidak ingin mempelajari bahasa Mesir Purba yang sekian lama menjadi simbolik ketamadunan orang Piramid ini. Berlainan dengan Cleopatra di zaman remaja, baginda mempelajari bahasa Mesir Purba, menjadikan baginda sebagai firaun Ptolemy pertama mempelajari lebih satu bahasa. Baginda juga mahir berbahasa Ethiopia, Hebrew, Arab, dialek Syriac, Media, Parthia, dan Latin.
Tahun 58 SM, Cleopatra pernah menemani ayahandanya ketika pengusiran ke Rom setelah berlaku pemberontakan yang membenarkan Berenice VI, kakak sulung Cleopatra menaiki tahkta. Pada 55 SM, firaun Ptolemy XII dapat mengembalikan takhtanya dengan bantuan ketenteraan dari Rom yang diketuai oleh jeneral Aulus Gabinius dengan menggulingkan pemerintahan anak sulungnya.
Pada 51 SM, Cleopatra dilantik menjadi firaun selepas kemangkatan ayahandanya. Di fasa awal pemerintahannya, Cleopatra mengalami banyak dugaan yang menimpa seperti kebuluran akibat kemarau berpanjangan dan hasil pertanian yang tidak berhasil akibat ketidak-kawalan terhadap paras air Sungai Nil. Baginda juga terpaksa menghadapi karenah para askar Gabiniani, iaitu sebilangan askar Rom yang diperintah oleh jeneral Gabinius, bertugas menjaga ayahanda Cleopatra atas sebab perlindungan setelah firaun Ptolemy XII mendapat takhtanya dari tangan pengkhianat. Tambahan lagi, Cleopatra harus melangsaikan hutang ayahandanya kepada Rom sebanyak 17.5 juta drachmas.
P3RANG SIVIL
Pada 29 Ogos 51 SM, Cleopatra menjadi pemerintah tunggal mengikut rekod penulisan bersama bukti bahawa baginda tidak mengiktiraf adik lelakinya, Ptolemy XIII sebagai pemangku serta menolak perkahwinan sesama mereka. Perkahwinan sesama adik-beradik adalah tradisi yang diamalkan sejak pemerintahan Firaun Ptolemy II, di mana baginda berkahwin dengan kakaknya, Arsinoe II. Ptolemy yang tidak berpuas hati dengan tindakan Cleopatra itu membina pengaruhnya dengan mengajak Potheinos, seorang sida, penasihat dan pengurus harta; komander p3rang iaitu Achillas, dan gurunya Theodotus of Chios bersatu menentang Cleopatra.
Pada 49 SM, Ptolemy XIII memulakan perlantikkan dirinya sebagai pemerintah dan berp3rang dengan Cleopatra di kota Alexandria. Di akhir pep3rangan, Cleopatra terpaksa berundur ke Thebes atas kekalahannya menentang adik sendiri. Pada musim luruh 48 SM, Cleopatra pergi ke Syria, salah satu jajahan Rom bersama adik perempuannya, Arsinoe IV bagi mengumpul kekuatan tenteranya untuk menumbangkan Ptolemy XIII sekali lagi. Namun kempen pep3rangan ke Alexandria terhenti kerana terpaksa berhadapan dengan askar Gabiniani dan askar adiknya, memaksa Cleopatra membina kubu di timur delta Sungai Nil.
Di Greece, empayar Rom juga mengalami p3rang sivil terbesar iaitu P3rang Sivil Caesar dan P3rang Pharsalus adalah salah satu siri p3rang sivil tersebut melibatkan tentera kedua-dua jeneral p3rang berpengaruh, Julius Caesar dan Pompey pada 9 Ogos 48 SM. Tentera Pompey mengalami kekalahan teruk dan terpaksa berundur ke kota Tyre yang terletak di Lubnan. Kemudian Pompey memilih Mesir untuk memulihkan kekuatan tenteranya. Sebab? Pompey mempunyai hubungan erat dengan kerabat diraja Ptolemy. Penasihat Ptolemy XIII yang mengetahui misi Pompey itu melaporkannya menyatakan rasa tidak selesa akan kehadiran Pompey dan bala tenteranya.
Maka, misi membvnuh Pompey dilaksanakan dengan rancangan jeneral Theodotus. Pada mulanya, surat jemputan dihantar kepada Pompey untuk berlabuh di perlabuhan berdekatan kota Pelousion, seterusnya menyerang gerombolan Pompey dan memancung kepalanya. Dengan kepala Pompey yang dip4ncung, Ptolemy XIII dapat menunjukkan kuasanya dengan menyerahkan kepala tersebut kepada Caesar. Tindakan Ptolemy XIII mengundang kemarahan Caesar dan memaksa Ptolemy dan Cleopatra untuk berdamai di hadapan Caesar di istana kerajaan dinasti Ptolemy.
CLEOPATRA BERSAMA JULIUS CAESAR
Cleopatra cuba menghantar utusan sebagai wakilnya dalam pertemuan damai itu namun apabila mendengar khabar bahawa Caesar lebih selesa berurusan dengan kerabat diraja wanita, Cleopatra datang bersemuka dengannya sendirian. Menurut sejarahwan Rom bernama Cassius Dio melalui penulisan rekodnya, Cleopatra tidak memaklumkan kehadiran dalam pertemuan itu, sebaliknya menyeludup masuk ke istana dengan memasuki gulungan tilam, bertemu Caesar berdua-duaan dengan memakai pakaian menjolok mata dan menggoda dengan kebijaksanaannya.
Ptolemy XIII menyedari akan tindakan kotor Cleopatra mula menghasut penduduk Alexandira untuk memberontak. Caesar mengesan tindakan gila Ptolemy itu telah menangkapnya dan menenangkan orang ramai dengan kepetahan pidatonya. Pada akhir pertemuan ini, Cleopatra menang dengan kelayakannya sebagai pemerintah Mesir melalui wasiat ayahandanya. Ptolemy XIII tidak berpuas hati lagi dan memintak pertolongan adiknya yang memerintah kerajaan Cyprus, Arsinoe IV membawa pasukan tentera seramai 20,000 orang menawan Alexandria. Caesar dan Cleopatra yang tidak dapat melawan Ptolemy XIII terp3rangkap dalam istana seperti banduan sehinggalah 47 SM.
Antara bulan Januari dan Mac 47 SM, bantuan ketenteraan Rom tiba ke Alexandria kemudian memaksa Ptolemy XIII dan Arsinoe IV berundur ke Sungai Nile. Ptolemy XIII lemas dalam percubaan melarikan diri menggunakan bot manakala Arsinoe IV ditangkap kemudian dibawa ke ibu kota Rom, kemudian mendapat hukuman buangan ke kuil Artemis yang bertempat di Ephesus.
Walaupun Caesar berjaya menghapuskan kebangkitan pemberontakan Ptolemy XIII, namun status Caesar sebagai ahli konsul telah tamat pada akhir 47 SM. Pegawainya iaitu Antony berjaya membantu Caesar mendapat lantikan sebagai Dictator, nama bagi ahli majistret republic Rom dan mendapat kuasa bagi menyelesaikan konflik di Mesir. Bagi memastikan Cleopatra tidak keterlaluan dalam memerintah seperti apa yang kakaknya lakukan, Caesar melantik adik lelaki Cleopatra iaitu Ptolemy XIV sebagai pemerintah kedua melalui perkahwinan sesama adik-beradik. Perkahwinan ini hanya sebagai langkah politikal dan tiada hubungan cinta antara Cleopatra dan adiknya. Yang benar ialah Caesar dan Cleopatra menjalin hubungan cinta secara sulit. Pernah Caesar mengikuti rombongan Cleopatra berlayar di Sungai Nil bagi melihat monumen-monumen Mesir Purba kerana Caesar ingin mengetahui lebih lanjut tentang sungai ini. Tetapi sejarahwan bersepakat bahawa rombongan ini hanya pertemuan romantik Caesar dan Cleopatra, tidak lebih dari itu.
Hasil dari hubungan sulit mereka berdua, lahirnya anak lelaki bernama Caesarion atau ‘Firaun Caesar’ pada 23 Jun 47 SM. Caesar tidak ingin anak hasil dari ratu Mesir diketahui sesiapa terutamanya isteri ketiganya iaitu Calpurnia namun berlainan dengan Cleopatra, berkali-kali mengumumkan kelahiran Ceasarion di khalayak ramai. Lebih memeranjatkan, Cleopatra bersama Ptolemy XIV, membawa Caesarion pergi melawat di Rom bagi bertemu dengan Caesar. Selepas lawatan itu, Caesar didapati dibvnuh pada 15 Mac 44 SM oleh ahli konspirasi yang dirancang dari ahli senat yang khuatir akan kekuasaan Caesar yang bakal melahirkan pemerintahan diktator. Beberapa bulan kemudian, Ptolemy XIV m4ti diracun oleh Cleopatra dan mengangkat Caesarion yang berumur 3 tahun menggantikan tempat adiknya.
CLEOPATRA DAN P3RANG SIVIL LIBERATORS’
Akibat dari pembvnuhan Caesar, p3rang sivil ini berlaku pada 42 SM bagi membela atas kemangkatan Caesar oleh persekutuan Second Triumvirate dengan para pembvnuh Caesar. Kedua-dua pihak iaitu Gaius Cassius Longinus, salah satu pembvnuh Caesar dan Publius Cornelius Dollabella, wakil konsul di Syria dan pegawai setia Caesar menulis surat permohonan bantuan ketenteraan kepada Cleopatra. Sudah semestinya Cleopatra berpihak kepada pembela Caesar, maka Cleopatra secara sopan menolak permintaan Cassius dengan alasan kerajaan sendiri juga mengalami konflik dalaman padahal baginda secara senyap menghantar 4 gerombolan tentera legion yang Caesar tinggalkan kepada Cornelius.
Di akhir pep3rangan, iaitu musim 42 SM, pembela Caesar memenangi pep3rangan dalam P3rang Kota Philippi dan membawa kepada pembvnuhan Cassius dan seorang lagi pembvnuh Caesar, Marcus Junius Brutus. Pada musim panas 41 SM, setelah Second Triumvirate menguasai seluruh empayar Rom, salah satu ahli persekutuan iaitu Marcus Antonius atau Antony menubuhkan ibu pejabat Tarsos di Anatolia dan mengajak Cleopatra untuk bertemu dengannya melalui persuratan.
Pada mulanya Cleopatra menolak ajakan Antony namun setelah dipujuk oleh utusan Antony iaitu Quintus Dellius, baginda pergi ke Tarsos dengan kapal mewahnya. Pertemuan ini memberi peluang kepada Cleopatra untuk menerangkan salah sangka bahawa baginda memihak kepada para pembvnuh Caesar, setelah berkali-kali bantuannya tiba lambat berjuang bersama tentera pembela. Namun yang sebenarnya, Antony telah lama berkenan dengan Cleopatra dan ingin memulakan hubungan cinta mereka walaupun dia sendiri mempunyai isteri ketiga bernama Fulvia yang turut berjuang dalam politik Rom.
CLEOPATRA BERSAMA ANTONY
Pada November 41 SM, Antony tiba di Alexandria atas jemputan dari Cleopatra. Dia menaiki kapal mewah Cleopatra dan mendapat sambutan baik dari penduduk Mesir kerana kehadirannya sama seperti Caesar, tidak membawa rombongan tentera Rom seperti jeneral Rom lain lakukan. Cleopatra menerima cinta Antony bukan kerana cinta semata. Antony seperti Caesar, ahli politik yang berpengaruh. Dia adalah calon terbaik bagi Cleopatra untuk melahirkan pewaris kuat seperti mana baginda berhubung sulit dengan Caesar.
Sepanjang bersama Antony, dia dapat merampas mana-mana tanah bekas jajahan dinasti Plotemy seperti Cilicia dan Cyprus (masa itu milik Rom) dan kembalikan kepada Cleopatra menggunakan kuasanya sebagai ahli sekutu Triumvirate. Pada musim bunga 40 SM, Antony harus meninggalkan Mesir bagi berhadapan konflik dalaman di jajahan Syria. Cleopatra membantu Antony bagi memberi 200 buah kapal bagi memudahkan ekspedisi ke Syria. 3 tahun mereka berdua berpisah namun Cleopatra tidak berputus hubungan dengan pasangannya.
Pada akhir 40 SM, Cleopatra melahirkan pasangan kembar berlainan jantina, bernama Alexander Helios dan Cleopatra Selene II. Cleopatra menamakan anaknya Helios (bermaksud matahari) dan Selene (bermaksud bulan) dari nama dewa-dewi Yunai kerana baginda mengharapkan inilah petunjuk bahawa pada masa akan dapat Antony berupaya menakluk empayar Parthia seperti Alexander The Great lakukan dulu.
Setelah Fulvia meninggal dunia, Antony dipaksa membuktikan kepercayaannya kepada Octavian dengan mengahwinkan adik perempuan Octavian. Pada 37 SM, Antony bertemu dengan Cleopatra dan memohon untuk menampung perbelanjaan kempen pep3rangan Antony menentang Kerajaan Parthia. Sebagai balasan, dia bersetuju menyerahkan kawasan timur Mesir termasuklah Cyprus, Crete, Cyrenaica (Libya), Jericho dan sebahagian besar Syria dan Lubnan. Cleopatra bersetuju dan mereka tinggal bersama lagi sebagai kekasih, sehinggalah Cleopatra melahirkan anak lelaki kedua bernama Ptolemy Philadelphos pada 36 SM.
Walaupun memperoleh bantuan Cleopatra bagi melancarkan p3rang Antony, keputusannya kalah teruk di tangan Parthia. Antony memutuskan penceraian dengan adik perempuan Octavian dan rela pergi ke Mesir bagi bertemu Cleopatra kembali. Tahun 34 SM di mana Rom mengadakan sambutan “Donations of Alexandria”, Antomy mengumumkan bahawa Caesarion adalah anak Caesar dan layak memerintah Rom berbanding Octavian yang cuma berstatus anak angkat Caesar. Perkara ini mengundang kepada p3rang propaganda antara Antony dan Octavian, di mana bagi pihak Octavian, Antony telah dipengaruhi oleh Cleopatra demi menjadikan Mesir sebagai ibu kota Rom. Akhir tahun 32 SM, Senat melucutkan segala jawatan Antony dan Octavian mengisytiharkan pep3rangan kepada Cleopatra.
DI AKHIR KEHIDUPAN CLEOPATRA
Pada 2 September 31 SM, bala tentera Octavian telah mengalahkan gabungan tentera pimpinan Antony dan Cleopatra dalam P3rang Actium. Kapal p3rang Cleopatra meninggalkan p3rang tersebut dan kembali ke Mesir. Antony ikut serta bersama beberapa buah kapal lain. Ketika Alexandira diserang oleh tentera Octavian pada 30 SM, Cleopatra terpaksa memalsukan kem4tiannya dan membawa berita ini kepada Antony. Setelah mendengar khabar tersebut, Antony membvnuh dirinya dalam kekalahannya dan tewas dalam mengekalkan kekuasaan Cleopatra.
Octavian memberi peluang kepada Cleopatra untuk tunduk kepada Rom namun baginda berkeras dan mengurungkan dirinya di bilik tidur bersama dua orang pembantunya. Dalam pengurungan, Cleopatra mendengar berita bahawa dia dan keluarganya akan dibawa ke Rom. Dari situ Cleopatra mengambil keputusan untuk membvnuh diri. Dikatakan, melalui Plutarch, Cleopatra membenarkan dirinya digigit oleh jenis ular berbisa Asp yang berkait dengan simbol keabadian. Mungkin atas dasar mengekalkan keabadian dirinya selamanya, dia berbuat sedemikian. Octavian begitu marah namun dia harus menunaikan permintaan terakhir Cleopatra iaitu kuburnya ditanam bersebelahan dengan Antony.
Caesarion pula pergi ke Utara Mesir dan memerintah selama 18 hari, kemudian terpaksa menerima hukuman m4ti pada 29 Ogos 30 SM di Alexandira kerana berhadapan dengan tuduhan palsu tentang perlantikan dirinya sebagai raja yang dipersetujuan oleh Octavian. Dengan ketiadaan lagi pewaris keturunan Ptolemy, Octavian mengistiharkan Mesir berada dalam jajahan daerah Rom. Maka Octavian menjadi Maharaja Rom pertama dengan gelaran Augustus.
Cleopatra cuma berumur 39 tahun setelah kemangkatannya dan telah memerintah Mesir selama 22 tahun. Cleopatra boleh dikatakan sebagai wanita besi walaupun bersikap Machiavellianism kerana baginda mampu mempertahankan kemerdekaan Mesir selagi mana dia bergelar Firaun dan mempunyai tanggungjawab kepada rakyatnya, walaupun terpaksa menggoda dua tokoh politik terkenal. Baginda juga mampu mempertahankan sebuah tradisi Mesir Purba bernama ma’at – keseimbangan dan keharmonian – selagi mana tradisi tersebut masih dipraktikan. Walaupun Cleopatra bukan berdarah Mesir, namun baginda adalah simbolik kewanitaan yang mmepunyai sumbangan terbesar dalam sejarah tamadun Mesir Purba.
Kini, legasi Cleopatra diabadikan dalam dunia dokumentasi sejarah Mesir Purba seperti National Geographic dan Ancient History. Tidak ketinggalan dunia perfileman juga menyiarkan kehidupan Cleopatra dalam politik ‘godaan’ dalam filem Cleopatra (1963) arahan Joseph L. Mankiewicz. Di Jepun, syarikat Design Works yang mereka mobile game Fate/Grand Order – video permainan mengenai P3rang Holy Grail, pep3rangan antara ahli sihir bersama penemannya berupa roh tokoh sejarah bernama Servant – menerapkan watak Cleopatra sebagai Servant dengan kelasnya sebagai Assassin.
SUMBER:
Flamarion, Edith (1997). Cleopatra: The Life and Death of a Pharaoh. “Abrams Discoveries” series. Translated by Bonfante-Warren, Alexandra. Harry Abrams.
Fletcher, Joann (2008), Cleopatra the Great: The Woman Behind the Legend, New York: Harper.
Johnson, Janet H. (1999), “Late and Ptolemaic periods, overview”, in Bard, Kathryn A. (ed.), Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt, London: Routledge, pp. 66–72.
Pina Polo, Francisco (2013), “The Great Seducer: Cleopatra, Queen and Sex Symbol”, in Knippschild, Silke; García Morcillo, Marta (eds.), Seduction and Power: Antiquity in the Visual and Performing Arts, London: Bloomsbury Academic.
Volkmann, Hans (1958). Cleopatra: a Study in Politics and Propaganda. T.J. Cadoux, trans. New York: Sagamore Press.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih