Empayar Rom telah menduduki Wilayah Filistin dan mencorak pelbagai pembaharuan dan membentuk pelbagai aspek sama ada dari aspek pembangunan kerajaan, ekonomi dan sosial masyarakat di Filistin ini. Namun, sebenarnya jauh dari penjajahan Rom di tanah suci ini, telah ada pelbagai peradaban yang telah berdiri dan juga telah mengukir nama mereka dalam tinta sejarah.

Terdapat beberapa kerajaan yang pernah berdiri dalam tanah ini. Antaranya, Kanaan, kerajaan Bani Israil, dan Kerajaan Babylon. Kesemua ini pernah mendiami tanah ini dan mendirikan jejak kerajaan mereka sendiri di tanah ini.

[Masyarakat Kanaan]
Masyarakat Kanaan antara masyarakat yang terawal di tanah Filistin ini. Masyarakat Kanaan ini telah mengembangkan tanah ini menjadi sebagai sebuah kerajaan yang maju dalam sektor perdagangan berdasarkan laut Mediterranean. Masyarakat Kanaan ini kemudiannya menuju kepada kejatuhannya disebabkan faktor peluasa kuasa kerajaan di sekitarnya seperti Mesir. Penaklukan Israil juga antara faktor masyarakat Kanaan ini kemudiannya berasimilasi dengan penduduk Yahudi pada era penaklukan Yahudi.

[Kerajaan Yahudi, Judah dan Samaria]
Nabi Yusya Ibn Nun (Joshua) telah membawa kemuliaan untuk bani Israil dengan kelebihan yang Allah SWT berikan kepada mereka untuk menahan akan matahari bagi memberi laluan kepada bangsa ini untuk menaklukkan Filistin.

Kemuncak kerajaan Yahudi di Filistin ini adalah pada era pemerintahan Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS. Usai kewafatan Nabi Sulaiman AS, kerajaan ini mulai berpecah kepada dua. Utara dan Selatan Yahudi. Kerajan Utara terlebih dahulu dijajah oleh kuasa luar pada tahun sekitar 722 SM. Ibu kota kerajaan ini, Samaria telah terlebih dahulu dijajah sebelum Kerajaan Yahudi di Selatan.

Kerajaan Utara ini dikuasai oleh Pengaruh Asyuria. Berjalan tahun dan masa. Kerajaan Selatan pula ditakluk oleh kuasa luar. Nebuchadnezzar II dari kerajaan Babylon telah meluaskan empayarnya sehingga mengakibatkan sebahagian besar marga Yahudi dipaksa keluar dari tanah Suci ini.

[Era Parsi, Babylon]
Penaklukan Nebuchadnezzar II telah mengubah landskap tanah ini. Pada era ini, Yahudi dari Filistin telah dikeluarkan sepenuhnya dari tanah ini dan dipaksa untuk mendiami di Babylon. Penaklukan Babylon ini juga telah menjadi pengakhiran kepada kerajaan Yahudi pada peringkat pertama. Penjajahan Babylon di Tanah Filistin ini berakhir dengan penaklukan kerajaan Parsi dan memulangkan kembali marga Yahudi semula ke Filistin.

Berjalan zaman dan akhirnya Rom tiba di kerajaan ini dan menaklukkannya dan menjadikannya tanah yang suci sebelum Rom memeluk agama Kristian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.