Dunia hanya nampak Mark Zuckerberg saja apabila berbicara tentang Facebook. Sejujurnya Zuckerberg tidak membina empayar ini seorang diri. Beliau dikelilingi orang-orang kanan yang begitu pintar.
Mereka bermula dengan matlamat untuk menghubungkan silaturahim antara masyarakat. Tawaran yang lebih menarik menjatuhkan semua pesaing relevan, dan Facebook mendominasi sebagai platform media sosial yang disukai.
Tidak pelik sekarang ini, Facebook menjadi realiti maya untuk keperibadian pengguna yang hantaran dan komen tidak lagi perlu ditaip.
Bermula sekecil-kecil maklumat dan asal-usul, media sosial seperti Facebook telah berintegrasi dengan permainan dan kerjaya pun.
Ramai orang membina empayar perniagaan melalui Facebook, daripada penjaja tepi jalan hingga pencipta kandungan seperti Nuseir Yasin.
Semuanya kerana orang-orang kanan Zuckerberg terutamanya Chris Cox yang dianggap orang kedua paling berkuasa (Wagner, 2018).
Cox bertanggungjawab menguruskan produk-produk syarikat seperti Facebook, Instagram, Messenger, WhatsApp dan sebagainya. Tanggungjawab Cox menjana Facebook AS$40 bilion hanya daripada iklan saja.
Apabila berundur dari Facebook, Cox meninggalkan kelompangan yang tidak mampu diisi sesiapa. Zuckerberg membahagikan tanggungjawab Cox untuk diuruskan empat jabatan.
Salah satu jabatan tersebut diketuai Fidji Simo, seorang wanita 35 tahun dari Perancis.
Simo naik dalam hierarki korporat Facebook bukan sekadar dengan senyuman. Beliau juga menjadi ahli lembaga pengarah bagi syarikat hiburan Cirque du Soleil dan pertubuhan Women in Product.
Sebelum ini beliau menjadi Naib Presiden Facebook yang menguruskan Monetisasi, Permainan dan Video. Namun sekarang, beliau mengetuai sebuah jabatan Facebook bernama Facebook App.
Penunjuk Emosi Baru
Selama ini Facebook hanya memberikan mempunyai tiga tawaran untuk pengguna tunjukkan perasaan.
Dan ada juga menggunakan meme, sambil berkata diri mereka legend.
Sekarang Facebook menawarkan cara baru untuk tunjukkan emosi. Sama seperti Bitmoji (Snapchat) dan Memoji (Apple), Facebook membangunkan produk baru bernama Avatar yang boleh digunakan secara luas.
Menurut Fidji Simo, semakin ramai menggunakan rangkaian atas talian – maka mereka mesti boleh luahkan diri sepenuhnya (Lee, 2020). Jadi dengan adanya avatar, pengguna ibaratkan “meletakkan diri” dalam alam maya supaya reaksi masing-masing dilihat ramai.
Cara untuk buat Avatar pun mudah saja:
1. Buka app Facebook di telefon pintar. Tekan “More”.
2. Turun dan cari “See More”.
3. Pilih Avatar
Dan layari untuk buat Avatar sendiri berdasarkan cita rasa masing-masing.
Sesudahnya siap, Avatar sudah boleh digunakan.
Berikut ialah contoh cadangan reaksi Avatar saya.
Semua ini boleh digunakan dalam komen. Andai kata ada berita menarik atau perkongsian pelik dari ahli politik, tentu sekali Avatar sesuai digunakan untuk menggambarkan perasaan kalian.
Tidak pasti sejauh mana cetusan Simo boleh pergi. Tetapi status sebagai produk baharu semestinya ada tarikan yang besar.
Semua ini merupakan sebahagian daripada usaha Facebook untuk kekal relevan. Semakin lama Facebook berdepan dengan cabaran baru. Peralihan generasi boleh membuatkan Facebook ditelan zaman, yang mungkin mahu rangkaian sosial lebih peribadi atau pro-perniagaan.
Malah dengan industri komputer semakin maju, Facebook mesti memperbaharui sistemnya. Disebabkan itulah Facebook kerap menukar rekaan paparan, dan juga mempelbagaikan perkhidmatan.
Mungkin satu hari Facebook akan ketinggalan zaman – mungkin tidak. Pengendalian Zuckerberg lebih kepada pembaharuan; jadi ia amat membantu Facebook mengharungi masa.
RUJUKAN:
Lee, A. (2020, Mei 18). Facebook launched its Bitmoji-like Avatars. Here’s how to make yours. CNN.
Wagner, K. (2018, Mei 8). Chris Cox is becoming Facebook’s most important executive not named Mark Zuckerberg. Vox.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih