Apakah feudalisme? Ramai penulis Melayu tak faham benda ni dan selalu dikaitkan dengan raja Melayu. Feudalisme ni untuk maksud yang paling asli takde kaitan pun dengan raja. Ia adalah konsep dari Eropah yang menerangkan keadaan sosiopolitik di sana ketika abad pertengahan dan berkaitan dengan PEMILIKAN TANAH.

Sesetengah penulis Melayu ni takut dengan feudalisme yang dia kaitkan sendiri kepada ‘raja Melayu’. Takut bercampur benci. Padahal, dia tak benci kepada feudalisme kapitalis yang memang dari situlah makna feudalisme itu berasal. Dia boleh menerima pula ‘feudalisme politikus’ dan membuntut politikus walau jelas telah mengencingi mukanya.

Feudalisme yang dia kaitkan dengan raja Melayu itu adalah separuh mitos, dan pada hari ini adalah seluruhnya dongeng, sebab kuasa politik dan pentadbiran sudah dipinjamkan kepada ahli politik. Tidak relevan lagi kebencian dan ketakutan yang berlebih-lebihan kepada so-called ‘kuasa raja’ itu, macamlah dia hidup di zaman hikayat.

Saya terbaca artikel tersebut yang menyatakan ‘ekonomi feudal’ raja Melayu telah menghalang keusahawanan Melayu. Semua hujah dalam artikel saudara Iqbal diambil dari penulis asing terutama dari pegawai penjajah. Habis tu, adakah di zaman imperialisme British dulu, penjajah telah menggalakkan keusahawanan orang Melayu? It’s funny.

Berapa ramai anak Melayu jadi tauke besar? Siapa yang menguasai bandar dan pekan-pekan? Ladang-ladang luas siapa yang pegang? Tender kerajaan siapa yang pegang?

Jika Melayu sudah berjaya di zaman penjajah, tidaklah orang Melayu menubuhkan RIDA dan selepas merdeka, orang Melayu keras menjalankan ‘affirmative action’ seperti DEB untuk menyembuhkan kesan diskriminasi ekonomi British ke atas pribumi.

Siapa yang merampas hartabenda Ngah Ibrahim, usahawan Melayu paling berjaya? Bukan sultan tetapi British dan Ngah Ibrahim dibuang negeri manakala harta benda dan rumahnya diserah kepada Kapten Speedy. Siapa yang bunuh Maarof Zakaria, pengusaha bank Melayu?

Selalu penulis Melayu mengambil contoh dari karya Munshi Abdullah namun hakikatnya beliau tidak pergi ke seluruh negeri-negeri Melayu. JIka sekiranya pemerintah di Kelantan digambarkan negatif, itu tidaklah bermakna raja-raja Melayu di tempat lain semuanya begitu.

Mereka mungkin membayangkan ‘usahawan Melayu’ di zaman dahulu mesti memiliki ciri-ciri seperti tauke Cina atau saudagar Inggeris. Ini SALAH. ‘Usahawan Melayu’ pada masa dahulu adalah PEMBESAR MELAYU itu sendiri. Rakyat biasa yang berdagang, menjadi kaya dan berpengaruh, punya pengikut maka dia akan menjadi pemimpin. Kemudian, dilantik menjadi pembesar, yakni memimpin satu-satu wilayah pengaruhnya.

Di negeri Perak sebagai contoh memiliki ramai pembesar dan mereka ini adalah ORANG KAYA dan dari situ berasalnya gelaran ‘Orang Kaya’ sebab mereka ni adalah usahawan dan ahli korporat yang berjaya di zamannya. Siap ada sistem pembesar 32 melambangkan berapa ramai USAHAWAN MELAYU yang diserapkan ke dalam pentadbiran Kesultanan Melayu zaman dahulu.

Memang mudah mencari sisi gelap melalui penulisan kerani penjajah. Sebab penjajahan perlu sejenis propaganda untuk melemahkan semangat melawan imperialisme. Hakikatnya, penjajah British jugalah yang telah menjalankan dasar monopoli dan bertanggungjawab memusnahkan kelas menengah Melayu yakni kelompok pedagang Melayu yang bergerak bebas sebelum era imperialisme.

~SK
For Justice in History


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.