Jumaat, 23 Oktober 202623 Okt 2026
Fenomena Sinestesia: Saat Seseorang Mampu Merasa Perkataan
Psikologi

Fenomena Sinestesia: Saat Seseorang Mampu Merasa Perkataan

Pernah terfikir bagaimana bunyi untuk warna biru? Apakah
rasanya? Bau sesebuah lagu? Apakah warna lagu kegemaran anda? Bagi kebanyakan
orang, mungkin mereka tidak pernah mendengar fenomena sinestesia. Sinestesia ialah
keadaan di mana seseorang itu mampu merasai sesuatu deria (contohnya:
pendengaran) yang menterjemah kepada medium yang lain dalam masa yang sama
(contohnya: visual). Contoh lebih jelas apabila anda mendengar muzik dan anda
mampu melihat corak-corak warna di dalam muzik tersebut secara visual.

Jom kita lihat sinestesia yang melibatkan deria utama kita.
Sebenarnya terdapat lebih 80 jenis sinestesia, tetapi ini antara senarai yang
telah disenarai pendekkan.

  • Kromestesia – Melihat bunyi melalui warna

Sinestesia ini melibatkan bunyian dan warna. Melihat
bunyi termasuk lagu dan diterjemahkan kepada warna. Pergerakan dan bentuk
adalah termasuk sekali. Lain orang, lain pengalamannya. Setiap not ada warnanya
yang tersendiri.

  • Sentuhan Cermin
    Sinestesia (Mirror-touch sinestesia)

Anda melihat seseorang menyentuh telinga mereka,
tetapi anda pula yang rasa seperti telinga anda disentuh.

Malah dalam kalangan orang yang tidak mengalami
sinestesia, lebih kurang 30% orang mempunyai gejala ini apabila mereka juga
mengalami kesakitan sewaktu melihat orang lain terluka. Ini mungkin apabila
kita ada perasaan empati terhadap orang lain.

  • Lexical-Gustatory
    Synesthesia

Antara jenis sinestesia yang jarang berlaku. Seseorang
itu boleh ‘merasa’ perkataan. Bukan sahaja deria rasa yang terlibat, malah
seseorang itu boleh merasa suhu serta lokasi perkataan tersebut. Contohnya
perkataan ‘almari’, suhu yang panas dan rasa seperti ikan masin.

  • Sinestesia
    Kalendar

Anda boleh melihat warna setiap hari di dalam
kalendar. Contohnya hari isnin berwarna kuning, selasa berwarna hitam dan
lain-lain. Situasi ini berbeza bagi setiap individu. Malah mungkin juga
seseorang itu akan mengalami minggu bekerja dengan warna gelap dan minggu
bercuti dengan warna yang cerah. Sekali-sekala hari itu akan ditafsirkan
sebagai bentuk (bulat, bujur, dll.).

  • Sinestesia
    Grapheme

Sinestesia grapheme berwarna adalah keadaan di mana
seseorang itu melihat huruf dan nombor sebagai warna. Huruf ‘A’ contohnya boleh
jadi warna hijau muda atau kuning, ataupun warna yang lain. Warna ini konsisten
mengikut waktu. Dan keadaan ini juga antara fenomena biasa sinestesia.

Untuk yang tidak mengalami pengalaman sinestesia, ia sukar
dibayangkan oleh seseorang kerana kita sendiri tidak merasai perkara tersebut.
Sinestesia ini adalah subjektif dan sangat berbeza setiap orang, apa yang kita
rasa, apa yang kita alami. Namun, apa yang dapat disimpulkan ialah sinestesia
ini membantu kreativiti seseorang dalam menghasilkan sesuatu karya yang luar
biasa. Sememangnya manusia adalah suatu makhluk yang kompleks.

RUJUKAN:

6 Intriguing Types of Synesthesia: Tasting Words, Seeing Sounds, Hearing Colours And More. https://www.spring.org.uk/2014/05/6-intriguing-types-of-synesthesia-tasting-words-seeing-sounds-hearing-colours-and-more.php

Sinestesia, Fenomena Unik Saat Seseorang Bisa Merasakan Warna. https://hellosehat.com/hidup-sehat/fakta-unik/sinestesia-adalah-merasakan-warna/

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet