Engkaulah sekuntum bunga Sakura,

Mekarmu di tempat indah dan dingin,

Dan aku bagaikan padang pasir di Gurun Sahara.

 

Pernah dengar tak lagu ni? Pernah tak terfikir kenapa Sakura jugak yang dia ambik untuk buat lagu?

 

Ada falsafah yang mendalam disebalik bunga Sakura ni. Bunga Sakura ni bukan kerana cinta semata-mata. Tetapi sebenarnya membawa erti kehidupan.

 

Sakura membentuk jiwa bangsa Jepun melalui makna diri (imi, 意味) kepada orang Jepun, melalui tiga fasa kehidupannya: mekar, gugur dan tumbuh kembali. Bagi orang Jepun, ia melambangkan hidup, mati, dan hidup baru.

 

Sakura memperingatkan orang Jepun tentang hidup. Hidup manusia umpama hidup sakura, hidup yang singkat dan pasti ada penghujungnya. Walaupun singkat, ia mampu menghiburkan manusia melalui keindahannya. Sifat macam ni yang patut dicontohi manusia.

 

Sakura tak cuba jadi luar biasa. Namun bila semua bunga sakura kembang pada masa yang sama, ia mencipta keindahan yang luar biasa. Orang Jepun tak cuba menjadi hero sorang-sorang, tapi mereka melakukan tanggungjawab masing-masing secara jujur. Secara bersama, mereka cipta sebuah keajaiban (kiseki, 奇跡).

 

Sakura memperingatkan orang Jepun tentang mati. Sakura mengingatkan bahawa hidup ini sementara dan fans (mujō, 無常). Semua orang akan mati.

 

Orang Jepun umumnya tak takut mati, yang mereka takut ialah tak ada orang kenang mereka setelah mereka sudah tidak ada lagi. Lebih baik gugur seperti sakura, gugur dalam keadaan indah.

 

Orang Jepun obses dengan cara bunuh diri seppuku (切腹) atau hara-kiri (腹切り) kerana titisan darah itu umpama kuntum sakura yang gugur.

 

Sakura memperingatkan orang Jepun tentang hidup baru, harapan dan optimisme. Kematian ialah jambatan menuju alam baru. Musim sakura ialah masa untuk membuka buku baru, nafas baru, episod baru dalam hidup. Malah, permulaan musim Sakura pada April dijadikan sebagai permulaan persekolahan.

 

Walaupun Jepun pernah dibom Amerika, namun mereka masih mampu bangkit semula. Syiling 100 Yen yang diguna sejak tahun 1967 mempunyai ukiran sakura menjadi pendorong semangat kepada orang Jepun untuk membangunkan semula ekonomi mereka.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Baca pasal Sakura pun dah teruja, korang mesti akan terpikat untuk selam lebih dalam seperti era Sengoku, Edo dan Meiji bersama KITAB TAMADUN JEPUN. Buku ni menjadi pintu gerbang bagi anda menuju ke masa lalu Jepun yang memukau!

Dapatkan segera di: https://bit.ly/KitabTamadunJepunShopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply